Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Muat Naik Foto dengan Superbike MV Agusta, Lewis Hamilton Tukar Karier?
Roda2

Muat Naik Foto dengan Superbike MV Agusta, Lewis Hamilton Tukar Karier?

ZYBy ZY02/10/20171 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HEBOH mengenai Lewis Hamilton memuat naik gambar beliau bersama sportbike merah dalam profil Twitter dengan kapsyen berbunyi ‘Announcement coming tomorrow...’ (Akan diumumkan esok). Menimbulkan tanda tanya, apakah ayam tambatan pasukan Mercedes AMG Petronas itu bakal menukar karier perlumbaan kereta kepada motosikal?


Berita baik buat peminat Formula Satu (F1), Hamilton sebenarnyan masih lagi bersama sukan lumba itu buat masa ini. Berita baik kepada peminat motosikal pula,  MV Agusta dengan kerjasama Hamilton baru saja melancarkan MV Agusta F4 edisi terhad – MV AGUSTA F4 LH44!

Ya, berita baik buat pengumpul motorsikal ‘rare’ dan ‘Limited Edition’ kerana superbike tersebut ditawarkan 44 unit sahaja di seluruh dunia, sekali gus meningkatkan reputasi eksklusif unit itu dengan potensi harga dijangka meningkat berkali ganda pada kemudian hari.

Sebelum berbincang soal harga lebih lanjut, kita lihat dulu apa ditawarkan edisi MV Agusta F4 edisi terhad.


Membawakan nombor perlumbaan Hamilton, iaitu 44 yang dapat dilihat pada segenap sudut jentera, sama seperti Lewis Hamilton Brutale Dragster RR edisi terhad sebelum ini yang turut dilayangkan warna merah Candy Apple Red – tampak mengghairahkan!

Enjin dan sistem supensi Ohlin turut menerima hiasan edisi terhad, dan kini didatangkan dalam warna hitam anodized menggantikan warna perak dan emas. Menambah baik lagi kosmetik dan keselesaan, bahagian pelana kini dikemaskan dengan fabrik premium Alcantara yang sememangnya tahan lasak.

Tidak seperti sesetengah pengeluar yang sekadar menghasilkan unit edisi terhad dengan perubahan warna baharu, MV Agusta F4 LH44 bagaimanapun menawarkan komponen prestasi tinggi. Memang sukar dipercayai kerana superbike dalam keadaan standard pun sedia cukup berkuasa.

Menggantikan sistem ekzos 4 cabang model asal ialah titanium paip 4-1 daripada SC Exhaust, dengan padanan unit kawalan baharu, meningkatkan lagi kuasa jentera raksasa itu kepada 212hp – peningkatan sebanyak 7hp.

Menambah baik pengendalian, unit terhad MV Agusta F4 dipasang sepasang tayar Pirelli Diablo Supercosa yang juga edisi terhad untuk motosikal itu (lencana LH44 turut tertera pada dinding tayar).

Akhir sekali, tidak sah sesuatu model itu disebut sebagai edisi terhad jika harga yang ditawarkan tidak mampu membuatkan anda sakit jantung. Walaupun harga rasmi belum diumumkan, khabar angin mengatakan setiap unit terhad MV Agusta F4 LH44 ini bakal dijual pada harga €50,000-€60,000 (RM248,881 – RM298,657) yang tidak termasuk segala jenis cukai. Aduh!

Mampu tengok sahaja

GALERI

44 brutale dragster Edisi Terhad Lewis Hamilton lewis hamilton 44 lewis hamilton career limited edition MV Agusta mv agusta f4 mv agusta f4 lh44 rare roda2
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Honda XR300L dan Honda XR300 Rally di India
Roda2

Honda Perkenal XR300L, XR300 Rally di India – Model Kembara Lebih Mampu Milik?

28/07/2026
Spyshot BMW S 1000 RR 2027
Auto Terkini

#Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

28/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

27/07/2026
LS2 Global previu produk 2027
Aksesori

LS2 Malaysia Catat Pertumbuhan Jualan, Perkenal Koleksi Terbaharu 2027

27/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Auto Terkini

#Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

By Syafie27/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
Nissan GT-R NISMO 2020
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

By Abang Hirata28/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.