Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Motosikal Batman Dilelong, Harga Batpod Dijangka Cecah Lebih RM400K!
Autotainment

Motosikal Batman Dilelong, Harga Batpod Dijangka Cecah Lebih RM400K!

Han OthmanBy Han Othman06/09/20163 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JIKA anda peminat adiwira, Batman yang cukup kaya raya, mungkin motosikal ini boleh dimasukkan dalam senarai koleksi jentera dua roda dalam garaj peribadi anda. Ini kerana satu daripada Batcycle – dengan nama rasmi, Batpod – yang  dijadikan prop dalam premis filem The Dark Knight dan The Dark Knight Rises arahan Christopher Nolan dan lakonan Christian Bale kini dilelong di Britain.

Casis Batpod adalah rekaan kustom sepenuhnya dan dikuasakan enjin Honda 750 dengan tayar lumba Hoosier 31″, manakala material badan diperbuat daripada gentian kaca. Namun, motosikal ini memerlukan beberapa hal penyenggaraan kecil seperti menukar bendalir, bateri, tangki minyak dan kawalan terotel baharu. Jika anda ambil peduli tentang hal kecil tersebut, anda hampir pasti dapat menunggang motosikal ini secara nyata!

Ya, seperti anda bayangkan, prop filem asli ini semestinya bernilai tinggi. Walaupun terdapat sedikit kerosakan pada cagakan senapang sebelah kiri yang berlaku semasa sesi penggambaran filem, Batpod dijangka dapat dijual antara AS$80,000 (RM325,956) hingga AS$106,000 (RM431,891). Sesi lelongan akan berlangsung pada 27 September ini di rumah lelongan Prop Store.

Video YouTube di bawah ini ialah sedutan aksi Batman menunggang Batpod dalam filem The Dark Knight.

Di bawah ini pula foto Batpod yang diambil daripada laman web Prop Store.

autotainment Batcycle Batcycle dilelong Batman Batpod Christian Bale Christopher Nolan motosikal Batman roda2 The Dark Knight The Dark Knight Rises
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Honda XR300L dan Honda XR300 Rally di India
Roda2

Honda Perkenal XR300L, XR300 Rally di India – Model Kembara Lebih Mampu Milik?

28/07/2026
Spyshot BMW S 1000 RR 2027
Auto Terkini

#Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

28/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

27/07/2026
LS2 Global previu produk 2027
Aksesori

LS2 Malaysia Catat Pertumbuhan Jualan, Perkenal Koleksi Terbaharu 2027

27/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Auto Terkini

#Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

By Syafie27/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Nissan GT-R NISMO 2020
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

By Abang Hirata28/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.