Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»MOTO: Vespa LXV 150 3V
Roda2

MOTO: Vespa LXV 150 3V

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju16/05/2016
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Vespa LXV 150 3V

PEMINAT skuter klasik dari Itali pasti teruja dengan pelancaran varian terbaharu jenama itu, LXV 150 3V dengan teknologi suntikan terus. Dilancarkan Naza Premira Sdn Bhd selaku pengedar dan pengimport tunggal Vespa di Malaysia, skuter ini bukan sahaja menampilkan gaya vintaj, malah menggabungkan teknologi Piaggio termaju.

LXV 150 3V mengekalkan struktur Vespa LX dan menekankan tarikan klasik Vespa yang terkenal sejak era 60-an dengan perincian seperti kemasan krom pada bar hendal tubular, cermin pengadang angin ‘flyscreen’, lampu hadapan bulat, dan dua kerusi berasingan kemasan kulit. Semua elemen klasik rekaan semula itu disatukan dengan trenkuasa empat lejang, 3 injap (3V) dan berkapasiti 150cc baharu serta berteknologi maju.

Enjin 3V dengan suntikan bahan api elektronik kali ini lebih ringan berbanding model terdahulu dan dibina di kilang Pontedera yang juga ibu pejabar Piaggio di Itali. Pembinaan enjin membabitkan penyelidikan dalam menghasilkan teknologi kurang geseran dan meningkatkan keupayaan dinamik bendalir.

Hasilnya, enjin Vespa baharu ini lebih efisien dengan peningkatan prestasi dan penjimatan bahan api kira-kira 30 peratus lebih baik berbanding generasi awal selain menjana emisi terendah.

Naib Presiden Naza Two Wheels Division, Nik Danial Nik Mahmood berkata, Vespa menerusi model ini dengan bijak menggabungkan elemen penting rekabentuk klasik popular dengan teknologi Piaggio yang menghasilkan tunggangan hebat dengan penggunaan bahan api rendah, hantaran kuasa lancar dan peningkatan keselesaan tunggangan dalam trafik urban atau keseronokan perjalanan jauh di luar kota.

“Inovasi yang digandingkan dengan gaya retro Vespa yang signatur memberikan pemiliknya ciri kesederhanaan, stail, praktikaliti dan efisien dalam satu pakej sangat berharga. Model ini adalah untuk peminat Vespa yang cintakan gaya klasik Vespa dengan teknologi termaju,” katanya.

Didatangkan dalam tiga warna menarik, Midnight Blue (biru), Rossa Chianti (maroon), dan Beige (coklat pucat) dengan harga asas RM11,658.

DSC_0022  D14U7735  D14U7725

DSC_0026 DSC_0019 DSC_0015 DSC_0021

D14U7729  DSC_0025 DSC_0016 D14U7612

SPESIFIKASI
ENJIN 150CC, Silinder tunggal LEM, 4 lejang, suntikan elektronik
TRANSMISI Automatik CVT
KUASA MAKSIMUM 12hp (8.7kW)@7,500rpm
TORK MAKSIMUM 12Nm@5,000rpm
SUSPENSI lengan tunggal dengan spring heliks dan absor berhidraulik tindak-ganda tunggal (hadapan); absorber dengan pelaras prabeban 4 tetapan (belakang)
BREK brek cakera 200mm (hadapan); brek dram 110mm (belakang)
TAYAR 110/70 tubeless (hadapan); 120/70 tubeless (belakang)

LXV 150 3V Naza Group of Companies Naza Two Wheels Piaggio Vespa
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Honda XR300L dan Honda XR300 Rally di India
    Roda2

    Honda Perkenal XR300L, XR300 Rally di India – Model Kembara Lebih Mampu Milik?

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    LS2 Global previu produk 2027
    Aksesori

    LS2 Malaysia Catat Pertumbuhan Jualan, Perkenal Koleksi Terbaharu 2027

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.