Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»MOTO: Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Terima Kunjungan Diraja
Roda2

MOTO: Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Terima Kunjungan Diraja

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju04/05/2015
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Cub Prix Terima Lawatan Diraja - Pandulaju.comKejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS pusingan ke-3 yang berlangsung di Dataran Tanjung Emas, Muar, Johor mencipta sejarah apabila menerima kunjungan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan ahli keluarga diraja.

Sultan Ibrahim yang ditemani Tunku Abdul Jalil Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Laksamana Johor dan Tunku Idris Iskandar Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong merupakan keluarga diraja pertama yang meluangkan masa hadir memeriahkan kejuaraan motosikal kebangsaan ini sejak ia dianjurkan pada 1994.

Bagi pihak promoter kejuaraan, Safe Aim Mutual Sdn Bhd dan penaja utama, PETRONAS, kunjungan keluarga diraja ini memberi makna amat besar kepada perlumbaan underbone tempatan yang telah menjadi landasan utama bagi mencungkil bakat muda negara sebelum diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.

Lebih membanggakan, Sultan Ibrahim sendiri menyaksikan pelumba satelit PETRONAS, Mohd Affendi Rosli, Ahmad Fazli Sham dan Abdul Muhaimin Roslan mendominasi kelas perdana CP130 manakala Kasma Daniel Kasmayudin memenangi perlumbaan CP115.

“Kunjungan Sultan Johor ke kejuaraan ini memberi makna besar dan pengiktirafan di dalam usaha kami untuk mencungkil bakat-bakat muda Malaysia dalam sukan permotoran dari peringkat akar umbi, selain turut menjadi landasan untuk pelumba dan pasukan mengembangkan kemahiran dan bakat mereka sebelum ke peringkat lebih tinggi,” jelas Rizan Ismail, Pengurus Besar Bahagian Pengurusan Jenama, Kumpulan Komunikasi Strategik PETRONAS.

Cub Prix Terima Lawatan Diraja - Pandulaju.comAntara pelumba-pelumba tempatan yang dikembangkan bakat mereka melalui Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS termasuklah dua pelumba Program Pembangunan Bakat PETRONAS, Hafizh Syahrin Abdullah yang kini beraksi di dalam Kejuaraan Motosikal Dunia FIM dalam kategori Moto2 dan juga Ramdan Rosli yang kini beraksi dalam saingan Moto2 di Kejuaraan Motosikal Eropah FIM CEV Repsol. Dua lagi pelumba Moto2 negara yang turut memulakan karier perlumbaan profesional mereka di Cub Prix ialah Azlan Shah Kamaruzaman dan Mohd Zaqhwan Zaidi.

Selain itu, PETRONAS yang membekalkan minyak rasmi kejuaraan, PETRONAS Primax 95 turut mempunyai 14 pelumba di dalam pasukan PETRONAS Yamaha-CKJ, PETRONAS Yamaha Maju Motor dan PETRONAS Yamaha Team yang bersama-sama bersaing memburu gelaran pada musim ini.

Perlumbaan di Dataran Tanjung Emas, Muar menyaksikan buat kali pertama acara perlumbaan dan aktiviti promosi melibatkan pelbagai jenama barangan yang bersesuaian untuk semua golongan telah berlangsung dengan berlatarbelakangkan sungai dan jarak berhampiran dengan Istana Tanjung.

Seramai 129 pelumba mengambil bahagian melibatkan 26 pasukan keseluruhan dalam enam kategori perlumbaan termasuk CP130, CP115, Wira (Perlumbaan khusus untuk pelumba berusia 13 hingga 17 tahun) dan kategori persendirian, Pro-Am Cup.

CUB PRIX Dataran Tanjung Emas KEJUARAAN Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS musim 2015 Kunjungan Diraja Muar Petronas Sultan Ibrahim Sultan Iskandar Sultan Johor
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 790 DUKE 2027 – The Scalpel Kembali, Gaya Agresif Ala 990 DUKE/1390 SUPER DUKE R

    24/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    21/06/2026
    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    20/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    18/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    By Shazwan Hisam18/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

    By Syafie23/06/2026
    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    By Abang Hirata20/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.