Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Moto Guzzi V85TT – Enduro Klasik Kini Ada untuk Peminat Malaysia, Harga Mula RM78k
Roda2

Moto Guzzi V85TT – Enduro Klasik Kini Ada untuk Peminat Malaysia, Harga Mula RM78k

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju28/06/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MOTO Guzzi Malaysia memperkenalkan moel enduro klasik pertama, V85TT. Jentera seberat 208kg ini dibangunkan khas buat mereka yang berminat dengan aktiviti lasak ala Rali Dakar.

Bagaimanapun, V85TT bukan sekadar untuk kegunaan off-road, tetapi selesa ditunggang untuk kegunaan biasa dengan dua pilihan varian: Standard dan Premium. 

ENJIN V-TWIN 90º

V85TT dijana enjin baharu bersesaran 853cc V-Twin 90º berkuasa 80hp @ 7750rpm dan tork 80Nm @ 5,000rpm dengan teknologi suntikan bahan api dan transmisi klac manual 6-kelajuan. Penggunaan aci engkol dan rod piston baharu menyumbang kepada pengurangan berat badan hingga 30 peratus, manakala blok enjin lebih kecil meningkatkan kelajuan respons terotel selain mengurangkan gegaran.

Kapasiti tangki minyak 23 liter memberikan tunggangan sejauh 400km. 

BACA >>> #Spyshot: Moto Guzzi V85 Dikesan dengan Rekabentuk dan Enjin Serba Baharu

ADA 3 MOD TUNGGANGAN

Bagi keseronokan tunggangan maksimum, Moto Guzzi melengkapkan jentera enduro ini dengan segudang ciri terkini. Ada tiga mod tunggangan disediakan: Road, Rain dan Off Road.

Setiap mod yang dipilih mengubah talaan pemetaan enjin dan kalibrasi Kawalan Traksi MGCT (boleh dinyahaktif), termasuk tetapan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan respons throttle-by-wire berbeza. V 85TT turut didatangkan dengan Kawalan Jelajah untuk tunggangan santai di lebuh raya dengan hanya menekan butang untuk memperlahankan atau meningkatkan halaju motosikal.

CIRI PERALATAN

V85TT dilengkapi kluster instrumen digital TFT dengan warna latar dan karakter dapat disesuaikan mengikut situasi pencahayan berbeza menerusi sensor terbina dalam. Kluster instrumen memaparkan spidometer klasik, takometer dan odometer, termasuk jam, indikator gear dan kondisi suhu semasa.

Turut tersedia ialah dua palam USB yang diletakkan pada bahagian meter dan bawah pelana untuk kemudahan mengecas. Lampu LED depan berfungsi sebagai lampu suluh tinggi dan rendah bersama lampu siang (DRL) automatik yang memantulkan logo ‘helang’ Moto Guzzi.

Lampu belakang juga bercirikan LED dengan karakter 3D tersendiri, dan tidak ketinggalan lampu signal LED didatangkan dengan sistem nyahaktif automatik.

BACA >>> 5 Fakta Tentang BMW F 850 GS (2019) yang Perlu Anda Tahu

Moto Guzzi menawarkan platform multimedia Moto Guzzi MIA dengan konektiviti telefon pintar untuk motosikal. Sistem operasi itu membolehkan penunggang menerima panggilan telefon dan memainkan muzik menerusi interkom helmet. Juga buat kali pertama disediakan fungsi navigasi.

TIGA PAKEJ AKSESORI

V85TT didatangkan dengan tiga pilihan pek aksesori:

  • Pek Touring (Base dan Plus): Kotak sisi aluminium 1.5mm (33 liter – kiri, 39 liter – kanan); Kotak aluminium 41 liter 1.5mm; Visor pengadang angin kembara; Lampu LED tambahan; Bar tubular pelindung enjin; Tongkat tengah; Moto Guzzi MIA.
  • Pek Sport Adventure: Ekzos Moto Guzzi; Bar tubular pelindung enjin; Cermin sisi boleh lipat; Absorber Öhlins.
  • Pek Urban: Kotak sisi urban aluminium; Moto Guzzi MIA; Tongkat tengah; Sistem Anti-Kecurian Elektronik.

Moto Guzzi Malaysia turut menawarkan aksesori tambahan V85TT seperti frem cabut pantas, perlindungan aci pacu @ driveshaft, beg tangki minyak, pelana lebih selesa, gad lumpur, tuil brek dan klac, gad tangki minyak, pedal cengkaman brek dan tayar advencer sport (Michelin Anakee Adventure). 

BACA >>> Panduan Pilih Motosikal Harian [Siri 3] – Adventure Touring

HARGA DAN VARIAN

V85TT yang diimport dari Itali ini didatangkan dalam dua pilihan varian dengan harga:

  • V 85TT – RM79, 888 (harga pengenalan bagi unit terhad) sebelum dijual pada harga sebenar RM87,888
  • V 85TT (dengan grafik Evocative)- RM89,888
GALERI
Enduro Klasik Guzzi V 85TT Moto Guzzi Moto Guzzi Malaysia Moto Guzzi V85TT motor enduro roda2 touring
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.