Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Moto Guzzi V7 III Racer Limited-Edition (2020) – Cafe Racer Edisi Khas untuk AS, Kanada
Roda2

Moto Guzzi V7 III Racer Limited-Edition (2020) – Cafe Racer Edisi Khas untuk AS, Kanada

AryonBy Aryon28/02/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MOTO Guzzi ialah antara pengeluar motosikal antarabangsa yang memiliki sejarah cukup ikonik lebih seabad lama dalam dunia permotoran. Daripada tradisi yang dijaga rapi sejak 1921, hinggalah kejayaan dalam sukan permotoran.

Semua produk Moto Guzzi dihasilkan di Mandello del Lario, menggabungkan teknologi terbaik dengan teknik pembuatan Itali kelas pertama. Pengeluar itu kini memiliki tidak kurang 3,300 kejuaraan lumba, termasuk 14 gelaran GP Dunia, 22 rekod dunia dan 11 kemenangan Trofi Pelancong Isle of Man.

BACA >>> Jepun Buka Tempahan Moto Guzzi V9 Bobber Sport, ¥1.3 Juta (RM49k)

Moto Guzzi menetapkan nilai tradisi tersendiri menerusi solusi teknikal yang dipadankan dengan gaya badan signatur semata-mata untuk memelihara penampilan legenda dimiliki motosikal itu.

MODEL EDISI KHAS PASARAN AS, KANADA

Terbaharu Piaggio Group Americas memperkenalkan model Moto Guzzi V7 III Racer Limited-Edition (2020) yang didedikasikan khas untuk pasaran Amerika Syarikat (AS) dan Kanada. Model itu bukan hanya siri paling sporty, tetapi juga antara paling prestij yang menunjukkan kemampuan pengeluar Itali itu dalam menghasilkan jentera kustom terus dari kilang.

Bukan saja terhad dari segi konsep, tetapi juga berbeza dalam aspek estetika dan teknikal berbanding versi terdahulu, dan juga V7 III lain. V7 III Racer Limited-Edition (2020) memperkenalkan grafik putih berkilat baharu dengan aksen merah. Ini pasti mengingatkan peminat Moto Guzzi kepada warna ‘Rosso Corsa’ yang dipilih untuk mengecat frem dan swingarm, juga mengimbau semula tentang V7 Sport (1971) yang terkenal dengan julukan ‘Telaio Rosso’ dan jika diterjemah merujuk kepada ‘frem merah’.

Penampilan sporty V7 III Racer Limited-Edition (2020) dapat dikesan pada bar clip-on dan pelana bertekstur klasik. Kalau diikutkan tradisi, model Racer memang datang dengan pelana tunggal sport, tetapi realitinya, jentera versi baharu ini dibuat untuk dinaiki dua orang. Jadi, penutup pelana boleh ditanggalkan apabila diperlukan untuk membonceng.

Selain rim jejari untuk imej klasik, V7 III Racer Limited-Edition (2020) turut menggunakan komponen premium lain seperti peg kaki belakang yang dicanai daripada bilet solid, stem stereng ringan dan gad yok stereng. Tetapi, inovasi teknikal paling penting ialah penggunaan absorber Öhlins boleh laras dalam spring prabeban dan dalam mampatan dan lantunan semula

Ciri suspensi baharu itu membolehkan V7 III Racer Limited-Edition (2020) diasak lebih agresif dan mampu mencabar pelbagai kondisi permukaan jalan.

BACA >>> Moto Guzzi V9 Bobber Sport (2019) – Varian Baharu Lebih Sporty Muncul Minggu Ini

V7 III Racer Limited-Edition (2020) akan berada di pasaran AS, Jun ini pada harga AS$9,990 (RM40,670), manakala Kanada pada Julai dengan harga C$11,590 (RM35864).

Amerika Syarikat Kanada Moto Guzzi Moto Guzzi V7 Moto Guzzi V7 III Racer Limited-Edition (2020) roda2 V7
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 790 DUKE 2027 – The Scalpel Kembali, Gaya Agresif Ala 990 DUKE/1390 SUPER DUKE R

    24/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    21/06/2026
    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    20/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    18/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

    By Syafie23/06/2026
    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    By Abang Hirata20/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.