Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»MOTO: Ahmad Fazrul Juara CP130 Cub Prix Pusingan Ke-4
Roda2

MOTO: Ahmad Fazrul Juara CP130 Cub Prix Pusingan Ke-4

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju25/05/2015
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

CP130 race in TerengganuHAMPIR tiga tahun tanpa sebarang kejayaan, Ahmad Fazrul Sham akhirnya berjaya menamatkan kemarau setelah muncul juara CP130 pada Pusingan ke-4 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berlangsung di Kompleks Sukan Negeri Gong badak, Terengganu.

Pelumba Yamalube AHM itu mempamerkan peningkatan ketara pada perlumbaan kali ini dan berjaya mencatat masa terpantas pada sesi Superpole sekaligus  memulakan perlumbaan dari petak pertama dengan mengetepikan trio Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing, Mohd Hafiz Nor Azman, Mohd Zamri Baba dan Norizman Ismail.

Fazrul Sham leading the Cp130 race in TerengganuFazrul menamatkan 18 pusingan perlumbaan dengan masa 12’31.675s, 0.499s di hadapan Zamri muncul naib juara manakala turut berada di atas podium ialah abang Fazrul, Ahmad Fazli Sham yang menamatkan perlumbaan dengan masa 12’38.066s sekalipun sekadar bermula dari petak ke-10.

Mengulas tentang kemenangannya, Fazrul menyatakan kunci utama kemenangan adalah hasil kerja berpasukan dan komunikasi baik sehingga menemui formula tepat untuk digunakan ke atas jentera.

“Saya kembali menemui keserasian bersama jentera Yamaha setelah beralih dari Honda yang digunakan pada musim lepas. Hasilnya, catatan masa semakin baik dalam setiap sesi latihan sehingga ke perlumbaan akhir,” jelas Fazrul yang kini naik ke tangga kelima keseluruhan dengan 45 mata.

CP115 PodiumCP115

Sementara itu, kepantasan Kasma Daniel Kasmayudin semakin sukar digugat apabila pelumba itu mudah melintasi garisan penamat bersendirian setelah berjaya mendahului perlumbaan sejak pusingan pertama.

Kasma yang bermula dari petak pertama menamatkan 15 pusingan keseluruhan dengan masa 10’40.676s manakala Ahmad Abdul Kadir (Motul Yamaha YY Pang) menaiki podium buat pertama kali pada musim ini dengan berada di tangga kedua dan rakan sepasukan, Tengku Amirul Haffirudin ketiga, masing-masing dengan masa 10’42.135s dan 10’42.266s.

Kasma Daniel kini menjadi pendahulu CP115 dengan mengumpul 70 mata diikuti Tengku Amirul berada di kedudukan kedua dengan 66 mata. Manakala pelumba Felda PB Racing, Mohd Fareez Afeez di kedudukan ketiga, 40 mata.

WIRA PodiumWIRA

Dalam saingan Wira, Mohd Harith Farhan Baharin merealisasi impian untuk mengejar kemenangan hatrik di halaman sendiri setelah muncul juara dengan masa keseluruhan 8’42.452s.

Pelumba Kozi Yam Honda Racing itu diberi tentangan sengit oleh Mohd Khairul Ikhwan Ajis (Espada William Racing) dan Saiful Izman Ahmad Zamani (Felda AFB Tech Cardinals Racing) pada peringkat awal perlumbaan namun kedua-dua pelumba tersebut terbabit dengan kemalangan pada pertengahan perlumbaan.

Insiden itu membuka peluang buat Harith untuk terus menjarakkan diri di hadapan sehingga ke garisan penamat manakala rakan sepasukan Khairul Ikhwan, Amirul Hakim Mohd Rizal berjaya menamatkan saingan di tangga kedua dengan masa 8’43.547s dan tempat ketiga milik Nazirul Izzat Mohd Bahauddin (elf Koyoko KC Racing) dengan masa 8’45.274s.

Kemenangan itu meletakkan Harith terus selesa mendahulu senarai keseluruhan dengan 95 mata, 42 mata mendahului Saiful Izman di kedudukan kedua dengan 53 mata manakala Amirul Hakim ketiga dengan 46 mata.

CP130 PodiumKEPUTUSAN

CP130

1.Ahmad Fazrul Sham (Yamaha) 12’31.675s

2.Zamri Baba (Honda) 12’32.174s

3.Ahmad Fazli Sham (Yamaha) 12’38.066s

Kedudukan Keseluruhan

1.Ahmad Fazli Sham (Yamaha) 64 mata

2.Mohd Zamri Baba (Honda) 60 mata

3.Elly Idzlianizar Ilias (Honda) 53 mata

CP115

1.Kasma Daniel Kasmayudin (Yamaha) 10’40.676s

2.Ahmad Abdul Kadir (Yamaha) 10’42.135s

3.Tengku Amirul Haffiruddin (Yamaha) 10’42.266s

Kedudukan Keseluruhan

1.Kasma Daniel Kasmayudin (Yamaha) 70 mata

2.Tengku Amirul Haffiruddin (Yamaha) 66 mata

3.Fareez Afeez (Yamaha) 40 mata

WIRA

1.Harith Farhan Baharin (Honda) 8’42.452s

2.Amirul Hakim Mohd Rizal (Yamaha) 8’43.547s

3.Nazirul izzat Mohd Bahauddin (Yamaha) 8’45.274s

Kedudukan Keseluruhan

1.Harith Farhan Baharin (Honda) 95 mata

2.Saiful Izman Ahmad Zamani (Yamaha) 53 mata

3.Amirul Hakim Mohd Rizal (Yamaha) 46 mata

Ahmad Fazli Sham Ahmad Fazrul Sham CUB PRIX KEJUARAAN Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS musim 2015 Zamri Baba
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    13/04/2026
    Aveta Serra 125 2026
    Roda2

    Aveta Serra 125 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM5,088!

    13/04/2026
    Roda2

    Aveta VS115 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM3,488!

    14/04/2026
    Honda Vario 125 Street 2026
    Roda2

    Honda Vario 125 Street 2026 Rasmi Tiba di Malaysia – Gaya Street, Harga RM7,468

    10/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    Aveta VS115 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM3,488!

    By Syafie14/04/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    By Syafie10/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
    Aksesori

    MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

    By Syafie09/04/2026
    Nissan Sakura 2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

    By Abang Hirata13/04/2026
    Aveta Serra 125 2026
    Roda2

    Aveta Serra 125 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM5,088!

    By Syafie13/04/2026
    Honda ZR-V Cross Touring 2026 MUGEN
    Aksesori

    MUGEN Perkenal Kit Aero Honda ZR-V 2026

    By Abang Hirata10/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.