Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»MOT: Tujuh Langkah Baharu Pertingkat Keselamatan, Kurangkan Kemalangan Kenderaan Berat
Auto Terkini

MOT: Tujuh Langkah Baharu Pertingkat Keselamatan, Kurangkan Kemalangan Kenderaan Berat

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju06/01/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KEMENTERIAN Pengangkutan (MOT) mengumumkan tujuh langkah baharu yang akan diambil untuk mengurangkan risiko kemalangan membabitkan kenderaan berat yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.

Pengumuman terbaharu itu adalah usaha berterusan selepas kemalangan membabitkan lima kenderaan yang meragut tujuh nyawa tidak berdosa, termasuk mencederakan puluhan lagi di KM204 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Utara.

Berikut tujuh langkah baharu akan dilakukan MOT:

1. Tubuh Pasukan Bertindak Atasi Isu Kenderaan Berat

  • Satu pasukan bertindak (taskforce) khas akan ditubuhkan untuk menangani isu berkaitan kenderaan berat secara menyeluruh.
  • Pasukan itu melibatkan pelbagai pihak berkepentingan untuk merangka dan melaksanakan pendekatan efektif demi keselamatan pengguna jalan raya.

2. Penguatkuasaan Bersepadu, Efektif

  • Penguatkuasaan bersepadu dan berterusan melibatkan semua pihak untuk memastikan pematuhan terhadap peraturan lalu lintas melibatkan kenderaan berat demi keselamatan pengguna jalan raya.
  • Agensi terlibat ialah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

3. Pendigitalan Penguatkuasaan (Sedang Dibangunkan)

  • MOT akan meluaskan capaian pemasangan sistem HS-WIM (High Speed – Weigh in Motion) yang kini dalam peringkat akhir pelaksanaan pembangunan, dan dijangka mula beroperasi seawal suku ketiga 2025.
  • Rancangan induk (master plan) penguatkuasaan HS-WIM akan dibangunkan dan pemasangan sistem akan dibuat di kawasan hotspot seperti kawasan berisiko tinggi kemalangan dan aliran trafik tinggi.
  • Kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Automated Awareness Safety System, AWAS) akan ditambah baik dengan melaksanakan kaedah point-to-point berbanding kaedah statik sebelum ini. Ini membenarkan pemantauan halaju kenderaan secara lebih menyeluruh.

4. Tambah Baik Perundangan, Latihan

  • MOT akan mempertingkat aspek perundangan seperti keperluan pindaan dan penambahbaikan undang-undang di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333], Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 [Akta 715] dan Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 
[Akta 334].
  • Ini termasuk:
    • Mengkaji keperluan penetapan kadar kompaun dan denda mengikut peratusan lebih muatan bagi kesalahan membawa muatan berlebihan.
    • Mengkaji kewajaran mengenakan liabiliti terhadap pihak penerima konsain (consignee) yang mungkin turut bertanggungjawab dalam ekosistem kesalahan membawa muatan berlebihan.
    • Melihat kerangka perundangan untuk mewartakan peraturan kenderaan trak pikap membawa barangan atau muatan selamat selagi tidak melebihi had muatan dibenarkan.
  • Latihan kompetensi pengendalian kenderaan beratakan ditambah baik (latihan keselamatan) untuk semua pengendali kenderaan berat menerusi latihan keselamatan Amalan Kod Industri (Industrial Code of Practice, ICOP). Ini akan dilakukan pihak APAD.

5. Tambah Baik Prosedur, Pemeriksaan Teknikal Berkala Puspakom

  • Prosedur pemeriksaan berkala kenderaan berat akan ditambah baik dengan menumpukan keselamatan komponen kenderaan kritikal seperti tayar dan sistem brek.
  • Ini termasuk menambah elemen pemeriksaan dan keselamatan melibatkan komponen kritikal tersebut dalam prosedur operasi standard (SOP) pemeriksaan berkala dalam memastikan spesifikasi keselamatan dipatuhi sepenuhnya.
  • MOT dalam fasa akhir untuk melantik pusat pemeriksaan kenderaan motor (PPKM) baharu untuk perkhidmatan pemeriksaan kenderaan motor selain Puspakom.

6. Pematuhan Integriti Penguatkuasaan

  • MOT akan melaksanakan pemantauan ketat terhadap integriti pusat pemeriksaan kenderaan di lapangan untuk memastikan penguatkuasaan dan kawalan keselamatan pada tahap terbaik.
  • Anggota JPJ akan menggunakan peranti kamera badan (body-worn camera) di lapangan untuk meningkatkan ketelusan dan keberkesanan penguatkuasaan, terutama melibatkan kenderaan berat.

7. Nilai Semula Dasar Kenderaan Bina Semula (Rebuilt)

  • MOT akan menilai semula dasar pendaftaran dan penggunaan kenderaan rebuilt untuk memastikan hanya kenderaan berat yang mempunyai integriti, keselamatan dan kualiti terbaik dibenarkan berada atas jalan.
  • MOT juga akan bekerjasama dengan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) untuk menilai semula secara menyeluruh dasar tersebut.
Auto Terkini Integriti dan rasuah pemeriksaan kenderaan Isu Keselamatan Jalan Raya isu lori dan Kementerian Pengangkutan (MOT) PUSPAKOM
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Mula Operasi 5 Mac Ini
    Auto Terkini

    Loke: Terminal LTSIP Jadi Litar Lumba Haram, JPJ Akan Sita Motosikal ‘Mat Rempit’

    06/04/2026
    Auto Terkini

    Hajiji: Kajian Semula Subsidi Diesel Bergantung Kepada Krisis Tenaga Global

    06/04/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Audit Jualan Diesel Perlu Diperketat, Kekang Ketirisan Subsidi di Sabah

    06/04/2026
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Lancar Kempen ‘Hybrid Done Right’, Tempahan All-New Prelude Kini Dibuka

    06/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Ron95
    Auto Terkini

    Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

    By Syafie31/03/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Chear Motorrad rasmi membuka bilik pameran, jualan dan servis baharu motosikal BMW di Shah Alam.
    Auto Terkini

    Chear Motorrad Shah Alam Rasmi Buka – Bilik Pameran Motosikal BMW Serba Lengkap

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Kenderaan Elektrik (EV)

    SUV EV Toyota Urban Cruiser 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM197,480

    By Syafie05/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.