PEMBERIAN rasuah untuk meluluskan ujian pemeriksaan kenderaan berat di Puspakom bukannya satu cerita dongeng atau cakap-cakap netizen?
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Jumaat lalu (3 Januari 2025) mendedahkan seorang individu ditangkap kerana disyaki terlibat dalam kes rasuah di Puspakom.
Kenyataan menyatakan perbuatan itu dipercayai untuk meluluskan kenderaan berat yang diperiksa di Puspakom di ibu kota. Kejayaan penahanan itu adalah hasil kerjasama SPRM dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
SPRM berkata;
Individu itu diserahkan JPJ petang tadi (Jumaat) dan ditahan selepas dirakam keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya. Kes sedang disiasat di bawah Seksyen 16(b) (A) Akta SPRM 2009.
"Siasatan awal mendapati suspek membuat bayaran rasuah berjumlah ratusan ringgit bagi setiap kenderaan diperiksa sebagai balasan meluluskan pemeriksaan kenderaan berat di Puspakom.
"Penangkapan ini mencerminkan komitmen teguh SPRM dan JPJ dalam memastikan integriti proses pemeriksaan kenderaan terus terpelihara dan bebas daripada sebarang amalan rasuah."
Leave a Reply