Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»MOT Lancar Geran Ganti Kereta Lama dengan Baharu, Peruntukan RM10 Juta!
Auto Terkini

MOT Lancar Geran Ganti Kereta Lama dengan Baharu, Peruntukan RM10 Juta!

SyafieBy Syafie27/01/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

MOT perkenal geran untuk menggantikan kereta lama lebih 20 tahun

KERAJAAN MADANI menerusi Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) hari ini melancarkan Program Geran Padanan bagi Penggantian Kenderaan Lama.

Program itu adalah inisiatif strategik bagi menggalakkan pemilikan kenderaan lebih selamat, cekap tenaga dan mesra alam, selain merangsang pertumbuhan industri automotif tempatan serta mengurangkan beban kos sara hidup rakyat.

Majlis pelancaran program itu disempurnakan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, dan turut dihadiri pegawai kanan Kementerian dan barisan kepimpinan industri automotif negara.

Peruntukan RM10 Juta, Geran Hingga RM2,000

Melalui Belanjawan 2026, Kerajaan memperuntukkan RM10 juta bagi membantu kira-kira 5,000 pemilik kenderaan berusia lebih 20 tahun menggantikan kenderaan lama dengan model baharu lebih moden dan selamat.

Di bawah program itu, penerima layak akan menikmati geran padanan sehingga RM2,000, yang turut dipadankan dengan jumlah sama pengeluar kenderaan tempatan.

Pendekatan ini bertujuan mengurangkan kos pembelian kenderaan baharu dan memastikan bantuan Kerajaan memberi impak kewangan yang lebih bermakna dan mampan.

Kurangkan Risiko Kemalangan, Lindungi Nyawa

Program itu adalah sebahagian usaha berterusan Kerajaan untuk mengurangkan bilangan kenderaan lama yang tidak lagi selamat berada di jalan raya, sekali gus menurunkan risiko kemalangan dan melindungi nyawa pengguna.

Kenderaan lama lazimnya lebih terdedah kepada kegagalan mekanikal, kurang dilengkapi ciri keselamatan moden, dan tidak memenuhi piawaian keselamatan semasa.

Penggantian kenderaan uzur menerusi program itu dilihat sebagai intervensi keselamatan jalan raya yang signifikan dan berimpak tinggi.

Kerajaan menegaskan, keselamatan jalan raya adalah isu nyawa, dan setiap kenderaan lama yang dikeluarkan daripada jalan raya melalui program itu adalah risiko yang berjaya dikurangkan demi kesejahteraan rakyat.

Pelupusan Melalui e-DeREG, AATF

Pelaksanaan program turut diperkukuh melalui penggunaan Sistem Pembatalan Pendaftaran Kenderaan Secara Dalam Talian (e-DeREG) daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), yang membolehkan pembatalan pendaftaran dilakukan secara digital, pantas dan telus, tanpa keperluan hadir ke kaunter.

Kenderaan lama yang diserahkan akan dilupuskan secara sah melalui Fasiliti Rawatan Automotif Bertauliah (AATF), iaitu pusat pelupusan berlesen yang memastikan proses dilakukan secara terkawal, profesional dan mematuhi piawaian alam sekitar.

Melalui mekanisme AATF, pelupusan kenderaan akan:

  • Mengelakkan penyalahgunaan identiti dan nombor pendaftaran
  • Memastikan kenderaan lama tidak kembali ke jalan raya secara haram
  • Mengurus bahan buangan dan komponen kitar semula dengan selamat
  • Menyokong agenda kelestarian alam sekitar dan ekonomi kitaran

Inisiatif tersebut turut membantu mengurangkan masalah kenderaan terbiar, meningkatkan kebersihan persekitaran dan memelihara imej bandar serta komuniti.

Manfaat kepada Rakyat, Industri Automotif

Selain memberi manfaat langsung kepada rakyat melalui penjimatan kos pembelian dan penyelenggaraan, program itu turut:

  • Menyokong pertumbuhan industri automotif tempatan
  • Merangsang permintaan domestik dan aktiviti ekonomi
  • Mewujudkan peluang pekerjaan dalam sektor automotif dan kitar semula
  • Menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara yang lebih mampan dan inklusif

Orang ramai yang layak digalakkan merebut peluang itu untuk menikmati kenderaan lebih selamat, mengurangkan kos jangka panjang, dan bersama menyumbang kepada jalan raya lebih selamat dan persekitaran lebih bersih.

Maklumat lanjut mengenai syarat kelayakan dan mekanisme permohonan akan diumumkan MOT dari semasa ke semasa.

MOT perkenal geran untuk menggantikan kereta lama lebih 20 tahun
MOT perkenal geran untuk menggantikan kereta lama lebih 20 tahun
MOT perkenal geran untuk menggantikan kereta lama lebih 20 tahun
MOT perkenal geran untuk menggantikan kereta lama lebih 20 tahun
MOT perkenal geran untuk menggantikan kereta lama lebih 20 tahun
MOT perkenal geran untuk menggantikan kereta lama lebih 20 tahun
MOT perkenal geran untuk menggantikan kereta lama lebih 20 tahun

SUMBER: FBKementerianPengangkutan

Anthony Loke Siew Fook Auto Terkini Geran Padanan Penggantian Kenderaan Lama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kementerian Pengangkutan (MOT) kerajaan madani
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Triumph Daytona 660 2026 – Suspensi Boleh Laras, Quickshifter Standard

    18/03/2026
    Auto Terkini

    Volkswagen ID. Cross 2027, Rekaan Ringkas Kurang Drama, Sasar Harga Mula RM126 k

    18/03/2026
    JPJ kuat kuasa pemasangan peranti SLD pasa bas ekspres
    Auto Terkini

    JPJ Perketat Penguatkuasaan Bas Tiada Peranti Had Kelajuan Sempena Raya 2026

    18/03/2026
    PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tol
    Auto Terkini

    Diskaun Tol 50 Peratus Sempena Aidilfitri 2026!

    18/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Proton X90 2026 facelift
    Roda4

    Proton X90 2026 Facelift Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM99,800

    By Syafie15/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.