Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»MOT: “Kami Tidak Akan Tunduk kepada Tonto”
Auto Terkini

MOT: “Kami Tidak Akan Tunduk kepada Tonto”

SyafieBy Syafie23/01/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Anthony Loke-Siew Fook | Tonto

KEMENTERIAN Pengangkutan (MOT) menegaskan tidak akan tunduk kepada sebarang ancaman daripada Tonto yang cuba menggagalkan penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), khususnya dalam operasi membanteras kenderaan berat yang membawa muatan melebihi had dibenarkan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, berkata kewujudan Tonto yang menyalurkan maklumat kepada pihak tertentu bagi mengelakkan tindakan penguatkuasaan sememangnya menjadi cabaran utama kepada JPJ.

JPJ Dicadang Dilengkapkan Kamera Badan, Senjata Api

Sehubungan itu, beliau memaklumkan MOT sudah memohon peruntukan daripada Kementerian Kewangan (MoF) bagi memperkukuh keupayaan anggota penguat kuasa JPJ.

Menurut Loke, antara langkah dicadangkan ialah melengkapkan anggota JPJ dengan kamera badan dan senjata api bagi tujuan mempertahankan diri, terutama ketika menjalankan operasi di lapangan yang berisiko tinggi.

Memang wujud cabaran daripada tonto, tetapi Kerajaan tidak boleh tunduk kepada sebarang ancaman kerana penguatkuasaan undang-undang ini melibatkan keselamatan jalan raya dan nyawa manusia,” katanya.

Sistem Mata Demerit Akan Dirombak

Anthony Loke Siew Fook | Menteri Pengangkutan

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Roslan Hashim (Kulim-Bandar Baharu) di Dewan Rakyat berhubung cabaran penguatkuasaan kes lebihan muatan, termasuk dakwaan kewujudan Tonto dan status pelaksanaan sistem mata demerit.

Mengulas lanjut, Loke menjelaskan sistem mata demerit masih dilaksanakan, tetapi akan dirombak dan ditambah baik bagi memastikan pelaksanaan lebih berkesan serta adil.

MEnurutnya, penambahbaikan itu penting terutama bagi melindungi pemandu yang dipaksa pengusaha atau majikan untuk membawa muatan berlebihan.

Lebih 3,600 Kenderaan Berat Diambil Tindakan

Sementara itu, menjawab soalan asal Cha Kee Chin (Rasah) mengenai penguatkuasaan operasi khas JPJ pada suku keempat 2025, Loke memaklumkan sebanyak 3,604 kenderaan berat dikesan dan diambil tindakan kerana membawa muatan melebihi had dibenarkan.

Penguatkuasaan tersebut dilaksanakan bagi tempoh 14 Oktober hingga 31 Disember 2025, sebagai sebahagian usaha berterusan Kerajaan untuk meningkatkan keselamatan jalan raya dan membanteras pelanggaran undang-undang kenderaan berat.

SUMBER: AstroAwani

Anthony Loke Siew Fook Auto Terkini Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kementerian Kewangan (MOF) Kementerian Pengangkutan (MOT) tonto
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    18/06/2026
    Auto Terkini

    Audi A6 allroad 2027, Wagon Versi Lasak Untuk Pelbagai Permukaan Jalan

    17/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    16/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    15/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026 Nissan X-Trail e-Power e-4ORCE Facelift Sah Tiba Di Malaysia Suku Keempat 2026

    By Shazwan Hisam12/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.