Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Modenas Pulsar NS200 vs Yamaha FZ150i? 5 Perbandingan Streetbike Pilihan Rakyat Malaysia
Roda2

Modenas Pulsar NS200 vs Yamaha FZ150i? 5 Perbandingan Streetbike Pilihan Rakyat Malaysia

ZYBy ZY21/02/20185 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MAHUKAN motosikal baru yang cukup berkuasa untuk ulang-alik ke tempat kerja dengan bajet tidak lebih RM10,000?

Tidak dinafikan dengan bajet sederhana ini, kapcai sporty seperti Yamaha Y15ZR atau Honda RS150R sentiasa jadi pilihan utama. Bukan sekadar praktikal dengan bakul di depan untuk mengisi beg laptop atau dokumen penting, tetapi pada masa sama masih tampak cukup bergaya walaupun belum diubah suai.

Bagaimanapun, jika jarak perjalanan harian jauh dan anda pula tidak mahu kerap mengisi minyak, anda pasti inginkan streetbike; atau motosikal yang menawarkan kapasiti tangki minyak lebih besar. Pada bajet sama, iaitu cuma RM10,000, ada dua streetbike yang kerap menjadi dilema pembeli Malaysia: Modenas Pulsar NS200 atau Yamaha FZ150i?

Apakah kelebihan dan kekurangan kedua-dua streetbike ini? Mana satukah yang lebih menepati cita rasa dan keperluan anda? Ikuti perbandingan di bawah.

1. REKABENTUK DAN GAYA

MODENAS PULSAR NS200
YAMAHA FZ150i

Kriteria utama yang selalu diberikan perhatian adalah rekabentuk. Pulsar NS200 dengan gaya lebih garang dan gagah sememangnya menang mudah dalam segmen ini. Tambahan pula turut didatangkan dengan ciri tambahan seperti panel suis dengan lampu latar dan gad  percik atau splash guard.

BACA >>> Modenas Lancar 3 Model Bajaj – Harga Pula ‘Tak Masuk Akal’, Bermula RM5,989!

Rekaan FZ150i pula sudah agak ketinggalan zaman jika dibandingkan barisan model Yamaha lain dalam segmen 150cc seperti Y15ZR dan NVX 155. Ada ura-ura mengatakan Yamaha bakal memperkenalkan versi FZ150i facelift terbaru tahun ini dalam bentuk Yamaha M-Slaz/Xabre yang sudah dua tahun diperkenalkan di pasaran Thailand dan Indonesia.

M-Slaz di Thailand tampak sangat bergaya dibandingkan FZ150i sekarang.

Bagaimanapun, kesahihan maklumat masih belum dapat dipastikan. Tiada juga sebarang imej spyshot didedahkan tentang kelibat model itu. Jadi buat masa ini, jika gaya menjadi kriteria utama, adalah tidak sukar mencadangkan Pulsar NS200.

2. PRAKTIKALITI

Pengembaraan jarak jauh tidak jadi masalah kepada NS200 dan FZ150i.

Memandangkan tujuan utama anda memilih streetbike berbanding kapcai adalah untuk tunggangan jarak jauh, berita baiknya, Pulsar NS200 dan FZ150i cukup cemerlang dari segi penjimatan bahan api, jarak tunggangan dan keselesaan jarak jauh.

Berdasarkan pengalaman dan pengamatan kami, rata-rata penunggang NS200 dan FZ150i di Malaysia mampu mencapai tahap penjimatan bahan api kira-kira 35km/liter. Tiada masalah menamatkan jarak tunggangan lebih 300km dan ada yang mampu menjangkau 400km untuk isian tangki penuh. Tahap ergonomik kedua-dua jentera juga cukup selesa dengan posisi tunggangan menegak, dan pelana lebar memberikan cukup keselesaan untuk penunggang dan pembonceng.

Perbezaan utama, Pulsar NS200 didatangkan dengan tangki minyak plastik, manakala FZ150i menggunakan material besi. Ini bermakna beg tangki jenis magnet boleh digunakan penunggang FZ150i jika inginkan ruang simpanan tambahan. Namun, tiada masalah untuk menambah rak dan kotak muatan di bahagian belakang kerana aksesori untuk FZ150i dan Pulsar NS200 sememangnya sudah ada di pasaran.

3. PRESTASI TUNGGANGANModenas Pulsar Power

Dijana enjin bersesaran lebih tinggi, 4-lejang silinder tunggal SOHC 200cc, Pulsar NS200 tidak mengecewakan. Malah, menduduki tempat tertinggi dalam senarai nisbah kuasa per wang bagi kategori motosikal pasaran tempatan. Dengan keupayaan enjin 24hp, jelas NS200 lebih berkuasa daripada FZ150i yang cuma berkuasa 16hp. Model Modenas itu juga masih menjimatkan dengan margin perbezaan yang tidak jauh berbeza di belakang FZ150i.

Dari segi tunggangan, fizikal FZ150i yang lebih ringan dan ramping memudahkan motosikal itu dikendalikan, terutama dalam situasi trafik sesak dalam bandar. Model Yamaha itu juga sesuai untuk penunggang bertubuh kecil seperti golongan wanita. Pulsar NS200 pula lebih berat dan nampak lebih maskulin serta turut didatangkan dengan absorber monoshock boleh laras yang lebih menepati sasaran penunggang berrtubuh lebih besar.

BACA >>> Yamaha FZ150i Kurang Ranggi? Sila Bikin Jadi Sportbike, Streetfighter atau Cafe Racer Sekarang!

Secara keseluruhan, kedua-dua streetbike itu cukup berkuasa untuk ditunggang di kawasan bandar dan lebuh raya dalam jarak sederhana. Walaupun lebih berkuasa, Pulsar NS200 belum cukup setanding dengan jentera 250cc  popular lain untuk ‘bertempur’ di lebuh raya jika itu yang anda impikan.

4. PENJAGAAN DAN BAIK PULIH

Modenas Pulsar Power
Event Modenas Pulsar Power Test merupakan satu usaha Modenas mempromosikan lagi model itu

Antara faktor akhir yang membuatkan ramai pembeli masih ragu-ragu adalah kos penjagaan dan baik pulih. Jika itu dilema anda, FZ150i adalah pilihan yang lebih sesuai.

Walaupun kos pembaharuan cukai jalan dan insurans adalah hampir sama antara Pulsar NS200 dan FZ150i, tetapi alat ganti FZ150i jauh lebih mudah didapati kerana turut berkongsi banyak komponen sama dengan kapcai Y15ZR yang lebih popular. Ini termasuk faktor kehadiran streetbike itu yang sudah berada kira-kira 10 tahun di pasaran.

BACA >>> #Videotomotif: Siapa Berani Kata Pulsar NS200 Motor ‘Cikai’, Wajib Tonton Video Ini!!!

Tidak dinafikan, walaupun secara umum penjagaan dua streetbike itu masih sama seperti motosikal lain, pengenalan teknologi tiga palam pencucuh DTS-i pada Pulsar NS200 sedikit sebanyak menyukarkan aspek penjagaan dan baik pulih kerana masih banyak bengkel luar yang belum arif tentang teknologi seperti itu.

Namun, Modenas nampak agak agresif menganjurkan sesi bertemu pelanggan dan penunggang Pulsar NS200 bagi menambah baik khidmat selepas jualan. Jadi, isu penjagaan seperti pusat servis dan alat ganti tidaklah begitu membimbangkan seperti motorsikal 200-250cc jenama kecil lain yang kerap kali diabaikan.


KESIMPULAN

Pada harga sekitar RM9,000, kedua-dua streetbike itu mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Nampak mudah untuk memenangkan Pulsar NS200, tetapi harus diingat dalam perbandingan ini sengaja kami tidak menyentuh isu modifikasi FZ150i yang mampu memberikan hasil menakjubkan. Apa saja kriteria yang anda mahu, kami ada ringkasannya di bawah.

MODENAS PULSAR NS200
Pro: Lebih kuasa, lebih gaya. Sesuai buat mereka yang tidak minat modifikasi.
Kontra: Alat ganti sukar didapati, menyukarkan modifikasi.

YAMAHA FZ150i
Pro: Lebih jimat bahan api. Alat ganti dan modifikasi mudah didapati.
Kontra: Tidak begitu berkuasa dan bergaya dalam rupa asal.

autotainment Bajaj Pulsar NS200 fz150 vs ns200 Hong Leong Yamaha Malaysia (HLYM) Modenas modenas pulsar NS200 roda2 sportbike streetbike Yamaha Yamaha FZ150i
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Chear Motorrad rasmi membuka bilik pameran, jualan dan servis baharu motosikal BMW di Shah Alam.
Auto Terkini

Chear Motorrad Shah Alam Rasmi Buka – Bilik Pameran Motosikal BMW Serba Lengkap

04/04/2026
Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
Auto Terkini

Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

03/04/2026
BSH memang hadiah utama MMOTY 2026
Auto Terkini

BSH Dominasi Anugerah Allianz – Bikes Republic MMOTY 2026, Umum Peluas Rangkaian BigWing di Utara

03/04/2026
Ducati Superleggera V4 Centenario 2026
Roda2

Ducati Superleggera V4 Centenario 2026 – Superbike Paling Ekstrem Dunia, Hanya 500 Unit

03/04/2026

5 Comments

  1. Man on 21/02/2018 20:04

    Pulsar rs200..

    Reply
  2. Razman on 23/02/2018 09:48

    Tumpang tanya saya peminat tegar capchai,
    Ingin bertanya caverset Kriss sg ekor petak masih ada lagi tidak@

    Convert pada Kriss 100 lepas atau tidak

    Reply
  3. NPC on 03/03/2018 22:57

    Petikan ini tak boleh pakai untuk jangka masa panjang; habis duit modify, tahan laa maximum 2 tahun, keluar lagi modal,nak modify; penulis tak ada pengalaman modifikasi motosikal nie. >*modifikasi FZ150i yang mampu memberikan hasil menakjubkan*

    Reply
  4. Farid Imran Nazemi on 01/02/2019 01:54

    kalau harga basic ns200 berapa starting darii 9k-berapa??

    Reply
  5. Muhammad Haiqal Bin Ghani on 09/09/2019 13:13

    Ns 200 better dri fz150i
    Minyak jimat,
    Klau sembang pasal modifikasi.
    Ns 200 klau modified ,lgi better dri fz

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

By Han Othman01/04/2026
Ron95
Auto Terkini

Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

By Syafie31/03/2026
Autotainment

#ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

By Han Othman03/08/201957
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
Roda4

Isuzu D-Max 2026 2.2L 8AT Kini Jadi Single Cab Automatik Pertama Malaysia!

By Syafie01/04/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

SUV EV Toyota Urban Cruiser 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM198,000

By Syafie03/04/2026
Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
Auto Terkini

Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

By Shazwan Hisam03/04/2026
Yamaha Tenere 700 2026
Roda2

HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

By Shazwan Hisam04/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.