Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Modenas Bakal Perkenalkan Dominar 400 Tahun Ini, Harga Sekitar RM18,000?
Roda2

Modenas Bakal Perkenalkan Dominar 400 Tahun Ini, Harga Sekitar RM18,000?

Abang GYLBy Abang GYL12/07/20176 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEMALAM rakan media kami, Funtasticko.net ada menyiarkan sekeping foto, dikatakan sebagai Bajaj Dominar 400, kini sedang diuji pihak Modenas. Motosikal naked bike itu berjaya dirakamkan Mohammad Nazri di stesen minyak Petronas dekat pekan Gurun, Kedah.

Selepas tersiar foto berkenaan, kami sempat bertanya kepada salah seorang sumber, apakah model tersebut bakal dilancarkan Modenas tidak lama lagi.

Jawapan diberikan; YA. Bajaj Dominar 400 bakal diperkenalkan Modenas tidak lama lagi berikutan penerimaan positif daripada barisan model Modenas Pulsar dan V15. Buat anda yang tidak tahu, Modenas Pulsar RS, NS dan V15 ialah motosikal penjenamaan semula (rebadged) daripada jenama Bajaj Auto dari India.

BACA >>> Lepas 2 Minggu Bawa Modenas Pulsar RS200, Inilah Pengalaman Saya Dapat!!!

ENJIN 373CC

Bajaj Dominar 400 ialah motosikal street bike dengan enjin silinder tunggal bersesaran 373cc DTS-i yang turut digunakan KTM Duke 390. Hasil bantuan kotak gear 6-kelajuan, motosikel itu mampu menghasilkan kuasa sebanyak 35hp pada 8,000rpm berserta tork 35Nm (6,500rpm). Pecutan 0-100kmj mampu dibuat sepantas 8.2 saat.

Bajaj Dominar 400 mampu memecut pada kelajuan maksimum 160kmj berdasarkan beberapa video yang dimuat naik beberapa pengguna di laman YouTube.

HARGA SEKITAR RM18,000?

Ini soalan terawal kami tanya. Bagaimanapun, sumber tersebut enggan mendedahkan harga jualan, sebaliknya meminta kami membuat anggaran sendiri.

Ramalan kami, Modenas Dominar 400 (nama yang akan digunakan jika sudah dilancarkan di Malaysia) bakal dijual pada harga ‘tidak masuk akal’. Mungkin di bawah RM20,000 atau sekitar RM18,000. Buktinya, lihat saja Modenas Pulsar NS, RS dan V15 yang juga dijual pada harga ‘tidak masuk akal’.

Maka tidak hairan sekiranya Modenas Dominar 400 turut akan mengikuti jejak langkah adik-adiknya.

BACA >>> Modenas Lancar 3 Model Bajaj – Harga Pula ‘Tak Masuk Akal’, Bermula RM5,989!

BILA PELANCARAN?

Buat masa ini, kami masih belum ada jawapan bilakah Bajaj Dominar 400 akan diperkenalkan untuk pasaran tempatan. Besar kemungkinan sebelum tamat tahun ini, iaitu suku keempat (Oktober – Disember).

Jadi masih sempat lagi untuk anda kumpul duit dan paling penting dapatkan lesen B dahulu di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) 🙂

GALERI

bajaj dominar 400 bajaj dominar 400 Malaysia harga bajaj dominar 400 harga modenas dominar 400 modenas dominar 400 modenas dominar 400 malaysia naked bike
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    KTM 390 Duke | Jepun
    Roda2

    KTM 390 Duke 2026 untuk Jepun Terima Sistem Brek WP Baharu, Enjin 399cc Berkuasa 45ps

    27/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    24/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026

    6 Comments

    1. Saga3 on 21/07/2017 00:15

      Pada pandangan saya adalah lebih manis jika namanya lebih ringkas, contoh :-MODENAS ‘RS’ 200 / MODENAS ‘NS’ 200..
      Perkataan Pulsar ditiadakan..
      modenas akan melancarkar model baru dominar 400..
      Apa kata nama model dominar 400 digantikan dengan MODENAS ‘NS’ 400 / MODENAS ‘RS’ 400..

      Apa kata anda..!!!

      p/s : dah mula kumpul duit untuk dominar 400

      Reply
      • Awanglokan on 26/11/2017 03:14

        Assalmmualaikum elok buang dominor ltk datuk pendekar 400 bru ada ciri-2 modenas ape daa..klu doh sunat tu comel wrna merah grng
        laksmana 400

        Reply
        • falcon on 06/12/2017 09:09

          betul juga…..letak nama melambangkan imej malaysia

          Reply
      • falcon on 06/12/2017 09:04

        saya setuju sanagat ……gunalah nama kite yang baru menandakan imej malaysia

        Reply
    2. Ridhuan on 27/12/2017 16:16

      Modenas Pusaran ok tak… Hehee

      Reply
    3. Mok on 18/04/2018 09:48

      sebenarnya tak de isu nak bubuh nama apa pun untuk model ni. walau bagaimanapun, saya rasa modenas mengambil inisiatif mengekalkan nama ‘DOMINAR’ seabagai kredit kepada pengeluar asal motor tersebut. bukan sekadar posting dalam facebook, instagram dan tweetter (betul ke ejaan saya ni) yang memerlukan kredit keatas pemilik asal, tapi pengeluar kenderaan pun nak juga kredit tersebut… (sekadar pandangan sayalah)

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.