Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Modenas Bakal Lancar 4 Model Kawasaki Versi CBU, Satu Model CKD 650cc Tahun Ini
Auto Terkini

Modenas Bakal Lancar 4 Model Kawasaki Versi CBU, Satu Model CKD 650cc Tahun Ini

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju29/07/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PADA majlis pelancaran siri Ninja 250 dan Z250 ABS, Modenas ada menyediakan satu ruang pameran empat model motosikal kuasa tinggi yang dijangka memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Empat model itu ialah Kawasaki Ninja ZX-10R, Versys 1000 SE, Ninja 1000 SX dan Z900RS versi import (CBU). Jika anda masih ingat, Modenas pernah mengumumkan pelan memperkenalkan empat model CKD dan enam model CBU dalam tempoh dua tahun ini.

BACA >>> Sah! Modenas Bawa Masuk Kawasaki Ninja ZX-25R Tahun Depan

Dua model lagi, Versys 1000 dan Ninja ZX-6R serta sportbike 4-silinder 250cc, Ninja ZX-25R dijangka masuk Malaysia tahun depan.

Mengulas mengenai status kehadiran empat model CBU itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Modenas, Roslan Roskan berkata;

Model (empat CBU) yang dibawa masuk dan dipamerkan ini adalah untuk (permohonan) VTA (Kelulusan Jenis Kenderaan) dan proses homologasi. Jika semua berjalan lancar, kita akan bawa masuk menjelang Oktober ini.

“Strateginya, kami lancar dulu model 250cc macam hari ini (Ninja 250, Ninja 250 ABS dan Z250 ABS). Selepas itu model 650cc, semua jenis 2-silinder. Tahun depan, kami akan bawa masuk beberapa model import (CBU).”

BILAKAH KAWASAKI 1000CC AKAN TIBA?

Modenas juga akan cuba membawa masuk produk motosikal satu liter sekurang-kurangnya empat model seawal Oktober ini atau sebelum akhir tahun. Mungkinkah pada penganjuran MotoGP 2022 Malaysia?

Roslan berkata lagi;

Model satu liter mungkin datang awal, lewat atau sama (pada pelancaran 650cc). Kalau masa baik dan produk sudah tiba (ke Malaysia), kami akan lancar sekali.”

“Rancangan kami, empat model itu kalau tiada sebarang masalah. Anda pun tahu masalah global mengenai bekalan mikrocip dan sebagainya yang sedang dihadapi pengeluar kereta dan motosikal dunia.

“Kami sedang berbincang membawa masuk keempat-empat model ini. Tahun depan, kami bawa masuk ZX-25R.”

Roslan mengesahkan pelan diumumkan mengenai ZX-25R adalah sama seperti diumumkan di Gurun, Kedah sebelum ini. Maksudnya, peminat sportbike ‘4 dapur’ kena tunggu tahun depan. Sabar, dah tak lama lagi tu…

SATU MODEL CKD 650CC?

Roslan mendakwa rancangan Modenas memperkenalkan model 650cc adalah sekitar Oktober atau November tahun ini. Model itu dipasangkan di kilang Modenas di Gurun, Kedah.

Pengeluaran belum bermula. Dijangka mula Oktober dan pelancaran pada November tahun ini. Buat masa ini, hanya satu model 650cc, iaitu Vulcan.

“Insya-Allah bermula sekarang, kita akan buat pengumuman setiap dua hingga tiga bulan. Tidak semestinya (setiap pengumuman) kita buat pelancaran (motosikal).”

STATUS PENGELUARAN SIRI MOTOSIKAL 250CC

Roslan menjelaskan, keutamaan pengeluaran motosikal 250cc akan menumpukan Ninja ABS, disusuli Z250 ABS dan Ninja 250 standard. Kiranya, nisbah model ABS lebih tinggi kerana ia produk baharu pasaran Malaysia.

Setakat ini, jumlah tempahan diterima untuk bulan pertama ialah 200 unit. Bagaimanapun, permintaan diterima lebih tinggi berbanding jumlah pengeluaran.

Kami akan cuba meningkatkan pengeluaran dan melihat trend permintaan di pasaran serta membuat penyelarasan jumlah pengeluaran,” katanya.

Buat masa ini, Modenas memiliki 40 pengedar termasuk Kawasaki Service Point seluruh negara. Model Modenas Ninja 250 ABS, Ninja 250 bukan ABS dan Z250 ABS akan memasuki pasaran bermula 1 0gos ini. Sekadar makluman, semua model CKD 650cc akan menggunakan lencana Modenas.

KAWASAKI ZX-10R
KAWASAKI NINJA 1000 SX
KAWASAKI VERSYS SE
KAWASAKI Z900RS
autoterkini CBU Modenas-Kawasaki CEO Modenas Modenas x Kawasaki Modenas-Kawasaki ZX-25R roda2 Roslan Roskan
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    20/06/2026
    Auto Terkini

    Honda N-BOX 2026 – Wajah N-BOX Custom lebih garang!

    19/06/2026
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    19/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026 Nissan X-Trail e-Power e-4ORCE Facelift Sah Tiba Di Malaysia Suku Keempat 2026

    By Shazwan Hisam12/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.