Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Model Retro Klasik – Kawasaki W175 Masuk Malaysia?
Roda2

Model Retro Klasik – Kawasaki W175 Masuk Malaysia?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju04/03/201823 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELAIN Kawasaki Ninja 250 (2018) yang disahkan akan masuk ke Malaysia, ada satu lagi model bakal tiba – Kawasaki W175. Bagaimanapun, Kawasaki Motors Malaysia (KMM) masih enggan mendedahkan maklumat terperinci tentang kedatangan model berkenaan.

BACA >>> Kawasaki W175, Lagi Model Baharu Retro-Moden Masuk Pasaran Indonesia

Pengurus Besar dan Pengarah KMM, Datuk Jeffrey Lim berkata, model klasik bersesaran kecil itu berada dalam senarai Kawasaki 2018 untuk pasaran negara ini.

“Buat masa ini, kami sedang meneliti dan berbincang dengan Kawasaki Jepun mengenai rancangan membawa masuk model tersebut . Masih tiada kata putus, ada beberapa perkara perlu dikaji untuk memastikan model berkenaan sesuai untuk pasaran tempatan,” katanya.


Seandainya KMM membawa masuk W175, model itu dijangka tiba penghujung tahun ini. Di Asean, model itu sudahpun dilancarkan di Indonesia dan Thailand pada harga jualan sekitar RM7,000-RM9,000 seunit. Jika Malaysia dapat membawa masuk model klasik itu, harga jualan dijangka di bawah RM15,000 selepas mengambil kira kadar cukai.

Kawasaki W175 menampilkan rekabentuk retro klasik dengan dilengkapi pelbagai teknologi terkini. Kawasaki mempertaruhkan enjin silinder tunggal 177cc SOHC yang berupaya menghasilkan kuasa 12hp pada 7,500rpm dan tork 13.2Nm (3,000rpm) dengan transmisi 5-kelajuan.

BACA >>> Kawasaki Ninja 250 (2018) Meluncur di Indonesia, Harga Mula Rp61.9 Juta (RM19k)

Dimensi W175 berukuran 1,930mm panjang, 765mm (lebar), dan 1,030mm (tinggi) serta jarak roda, 1,275mm. Tinggi pelana, 775mm dengan berat jentera 126kg. Keselesaan tunggangan dipertaruhkan kepada suspensi jenis teleskopik 30mm di depan dan dwi absorber di belakang.

Apapun, masih tiada keputusan akhir tentang W175 ke Malaysia kerana masih lagi di peringkat perbincangan. Apa kata pembaca semua? Apakah anda berminat dengan moden ini? Perlu atau tidak W175 dibawa masuk?

GALERI
Kawasaki Motors Malaysia Kawasaki W175 KMM model retro retro klasik roda2 W175
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Aveta Rasmi Bawa Peugeot Motocycles Ke Malaysia – Sasar Segmen Premium Urban

    07/05/2026
    BMW M2 Coupe RR Edition dan BMW M 1000 RR M2 Edition 2026
    Roda4

    BMW, BMW Motorrad Afrika Selatan Bekerjasama Perkenal Tiga Model Edisi Terhad

    07/05/2026
    Roda2

    Triumph Trident 660 2026 Kemaskini Di Malaysia

    04/05/2026
    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    30/04/2026

    23 Comments

    1. KC on 05/03/2018 09:34

      Motor jenis ini senang di jaga. Tak ada coverset /fairing bermakna tak ada bunyi coverset.

      Lagi best kalau pengeluar mengeluarkan enjin twins 180 atau 200 cc yang lagi smooth dan sesuai di KL yang trafiknya penuh sesak.

      Reply
    2. Abdul kadir ismail on 24/04/2018 09:36

      Sangat perlu..
      Kembalikan gaya retro di Malaysia

      Reply
    3. Kushela on 12/08/2018 14:16

      Kalau w175 masuk malaysia bawah 15000,confirm beli hari pertama,I’m waiting kawasaki make my dream come true.

      Reply
    4. Kushela on 12/08/2018 14:39

      This bike will sell like hotcakes here,all the hipsters cafe racer retro lovers will be waiting to throw their money for this,so economical too the cc,pretty sure it’s consumption will be really efficient too,damn what a waste it will be if malaysia doesn’t put this bike for sale.

      Reply
    5. Dol on 23/08/2018 03:12

      Sudah tentu perlu di bawa masuk ke Malaya. La ni motor retro CB (China Bikin) yg berlambak, semuanya dapat sambutan. Kalau motor retro Kawasaki mosti lagi dapat sambutan. Kapasiti kecil, makna golongan yg pendapatan kecil pun ada peluang nak guna. Kos senggara pun kecil juga. Kita sama2 tunggu.

      Reply
    6. Hj ismail on 13/09/2018 16:03

      Bawa masuk cepat. Org malaysia nak beli terutama geng retro

      Reply
    7. Agus maiden on 17/09/2018 01:20

      Bila nak masuk Malaysia,group kami menungu,kami setia menungu…hidup retro!!!

      Reply
    8. deeretro on 25/09/2018 16:17

      harap masuk model SG 175 review kt youtube utk keluaran 2019 dekat indon mmg lawaaa….

      Reply
    9. zaidi on 03/12/2018 15:49

      dah tgok ade test model ni kt jln elite ke NKVE..gantung plate besar harap2 masuk malaysia tahun depan

      Reply
    10. M.Shazwan M.Sharif on 03/01/2019 19:07

      Saya suka akan model w 175 kawasaki bila rasanya akan di lancarkan dalam Malaysia …gaya klasik yang sungguh teruja bila di lihat dalam media sosial kerana ingin merasai menunggang moto klasik di jalan raya model kawasaki w 175 yang kelihatan retro…

      Reply
    11. Aali H. on 23/01/2019 10:57

      SETUJU! Harus dibawa masuk secepat mungkin ke Malaysia model W175 & sekarang pun kawasaki dah keluarkan W175 cafe. Motor retro ini akan laris seperti pisang goreng panas! Ayuh Kawasaki Malaysia tunaikan impian kami!

      Motor klasik idaman rakyat Malaysia!!!

      Reply
    12. Salim Menan on 03/04/2019 11:27

      Bila hang nak Mai ( Kawasaki W175 cafe Retro )…Aku sedia menanti…

      Reply
    13. Mgt Azuam on 22/05/2019 23:17

      Tgk gmbr enjin sama modenas jaguh 175.. mungkin dinaikkn taraf sedikit seperti karburator ke injection..

      Reply
    14. Zamzuri Tajudin on 23/06/2019 16:16

      Saya amat tertarik dgn model kawasaki w175 ni,kenapa kat Malaysia tak keluar lagi,Thailand dan Indonesia dah lama keluar dgn pelbagai warna yg cukup menarik dan harga yg berpatutan.Malaysia selalu lewat dalam mengeluarkan sesuatu..

      Reply
    15. nik iphoneseller on 12/07/2019 16:48

      saya nak motor w175 nie masuk mlaysia bulan nov 2019 nie
      tolong la bwk masuk….dah buntu dah nak kene pilih motorsikal yg bukan minat(motor plastik)
      tek masuk jugak terpaksa la kau beli ex5 plastik tu utk gandi motorsikal aku yg uzur nie

      Reply
    16. Jow on 14/03/2020 05:39

      Kalau dh masuk Mlysia…sya nk booking 3 biji. Serius buyer

      Reply
    17. Mat bon on 07/11/2020 03:51

      Harga kasi baik la sikit. Biar org ‘mampu pakai’, jgn sekadar ‘mampu tengok’ je. Bwh 10K ok la.

      Reply
    18. Ah seng on 15/06/2021 12:18

      Da 2021 da… mana motornye?

      Reply
    19. Zarn on 22/06/2021 23:33

      Kalau sekadar pertunjukan mata sahaja tidak perlulah jual motorcycle di Malaysia. Z250fx lebih menarik tapi hanya tontonan sahaja

      Reply
    20. ariff on 28/06/2021 20:39

      saya amat setuju kawasaki w175 atau w175tr masuk ke malaysia. kerana ia sesuai di tunggang di jalan raya atau aktiviti offroad. saya minta secepat yang mungkin lah kerana duit simpanan saya untuk motor w175 ni dah cukup.

      Reply
    21. fikri on 10/12/2021 18:02

      bawak masuk malaysia cepat.. dh gigil tengok ni.. emmmm..

      Reply
    22. kodin on 07/08/2022 14:55

      dah tahun 2022,modenas pun dah bawak masuk ninja 250 & z250..
      harap modenas bwk masuk w175tr..minat betul retro tracker ni..

      Reply
    23. din on 19/02/2023 09:49

      harap kawasaki bawak masuk w175 melalui modenas..dah masuk tahun 2023 ni..tgk gpx legend agak laku keras jgk..tambah² legend twin tu..bawak masuk spec indo pun takpa dah,kalau ikutkan spec india lebih moden(abs,fi,meter ada fuel indicator)

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

    By Han Othman06/05/2026
    Auto Terkini

    MyJPJ Guna MyDigital ID Sepenuhnya Bermula 1 Mei 2026

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026: Festival Automotif Terbesar Kembali dengan Tawaran Hebat, Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    IONIQ 5 N, IONIQ 6 N Buka Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM450k, RM460k

    By Syafie06/05/2026
    Roda4

    Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

    By Syafie30/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.