
MITSUBISHI Motors Malaysia turut memperkenalkan tiga pakej aksesori khas untuk Mitsubishi Xforce bagi membolehkan pelanggan menyesuaikan gaya dan fungsi SUV tersebut mengikut keperluan masing-masing.
Pakej utama adalah Excitement Package berharga RM4,100 yang menampilkan elemen sporty menerusi tambahan kemasan bawah hadapan, sisi dan belakang, sekali gus meningkatkan penampilan lebih agresif.
Selain itu, Fashion Roof Rail Package ditawarkan pada harga RM2,200, memberikan gabungan estetika dan fungsi dengan penambahan rel bumbung untuk kegunaan lebih versatil.
Bagi kegunaan harian, Practical Package berharga RM700 pula menyediakan aksesori seperti pelapik ruang kargo dan mud guards untuk meningkatkan praktikaliti penggunaan.
Promosi Terhad Pelancaran

Sempena pelancaran, MMM menawarkan diskaun istimewa 20 peratus bagi pakej aksesori ini kepada 50 pelanggan terawal.
Berikut harga promosi yang ditawarkan:
- Excitement Package – RM3,280
- Fashion Roof Rail Package – RM1,760
- Practical Package – RM560
Peluang ini memberi nilai tambah kepada pembeli untuk memperibadikan Mitsubishi Xforce dengan aksesori premium pada harga lebih menarik.











