MITSUBISHI Motors Malaysia (MMM) memperkenalkan tiga pakej aksesori khas untuk Mitsubishi Xforce 2026 serba baharu bagi membolehkan pelanggan menyesuaikan gaya dan fungsi kenderaan utiliti sukan (SUV) tersebut mengikut keperluan masing-masing.
Pakej utama Excitement Package berharga RM4,100 yang menampilkan elemen sporty menerusi tambahan kemasan bawah depan, sisi dan belakang, sekali gus meningkatkan penampilan lebih agresif.
Selain itu, Fashion Roof Rail Package ditawarkan pada harga RM2,200, memberikan gabungan estetika dan fungsi dengan tambahan rel bumbung untuk kegunaan lebih versatil.
Bagi kegunaan harian, Practical Package berharga RM700 pula menyediakan aksesori seperti pelapik but dan madgad untuk meningkatkan praktikaliti penggunaan.
Promosi Terhad Pelancaran
Sempena pelancaran, MMM menawarkan diskaun istimewa 20 peratus bagi pakej aksesori kepada 50 pelanggan terawal.
Berikut harga promosi yang ditawarkan:
- Excitement Package – RM3,280
- Fashion Roof Rail Package – RM1,760
- Practical Package – RM560
Peluang itu memberi nilai tambah kepada pembeli untuk personalisasi Mitsubishi Xforce 2026 dengan aksesori premium pada harga lebih menarik.












