Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Mitsubishi Xforce Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM109,980!
Roda4

Mitsubishi Xforce Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM109,980!

SyafieBy Syafie09/04/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

MITSUBISHI Motors Malaysia (MMM) rasmi melancarkan Mitsubishi Xforce serba baharu, sebuah SUV kompak yang direka khas untuk gaya hidup urban moden dengan gabungan rekaan bergaya, praktikaliti dan keselesaan harian.

Sejak tempahan dibuka pada 5 Februari lalu, model ini sudah menerima sambutan memberangsangkan dengan 2,600 tempahan direkodkan, sekali gus mencerminkan permintaan tinggi terhadap SUV kompak yang versatil dan sesuai untuk kegunaan harian.

MMM turut mengesahkan semua pelanggan terawal layak menikmati promosi Early Bird termasuk rebat tunai RM5,000, servis buruh percuma dan penyertaan dalam kempen khas.

Model ini ditawarkan dalam dua varian iaitu Urban pada harga RM109,980 dan Ultimate pada RM119,980 (atas jalan tanpa insurans), dengan penghantaran awal sebanyak 800 unit pertama bermula sejurus pelancaran.

Prestasi dan Pengendalian Lebih Yakin

Mitsubishi Xforce dikuasakan enjin 1.5L bersama transmisi CVT yang memberikan prestasi lancar dan efisien untuk pemanduan harian.

Ia turut dilengkapi empat mod pemanduan iaitu Normal, Wet, Gravel dan Mud, bersama sistem Active Yaw Control (AYC) bagi meningkatkan kestabilan dan kawalan.

Dengan jarak kelegaan tanah setinggi 222mm, SUV ini mampu menghadapi pelbagai kondisi jalan termasuk permukaan mencabar dengan lebih yakin.

Keselesaan dan Teknologi Premium

Dari segi kabin, Xforce menawarkan ruang dalaman luas dengan kerusi belakang boleh laras 8-tahap dan sistem audio premium Yamaha 8-pembesar suara untuk pengalaman bunyi lebih imersif.

Turut disertakan ialah skrin infotainmen 12.3 inci dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, sistem nanoe X untuk penapisan udara serta penghawa dingin dwi-zon bagi keselesaan optimum.

Ciri keselamatan pula dipertingkat dengan Mitsubishi Motors Safety Sensing yang merangkumi fungsi seperti Adaptive Cruise Control, Forward Collision Mitigation, Blind Spot Warning dan Rear Cross Traffic Alert.

Auto Terkini Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) MITSUBISHI Motor Malaysia (MMM) Mitsubishi Xforce 2026 SUV segmen-B
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Nozel RON95 dan RON97
    Auto Terkini

    RON97, RON95 Naik 40 Sen, Diesel Semenanjung Naik 70 Sen

    09/04/2026
    Roda4

    Nissan GT-R R36 Sah Hybrid, Enjin VR38 Kekal, Dijangka Tiba Sebelum 2030

    09/04/2026
    Auto Terkini

    B100 Biodiesel Kini Lebih Murah, Mampu Stabilkan Harga Diesel Negara

    09/04/2026
    Auto Terkini

    Chery Lancar Aplikasi Carlinko untuk Pemilik Kenderaan PHEV

    09/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Chear Motorrad rasmi membuka bilik pameran, jualan dan servis baharu motosikal BMW di Shah Alam.
    Auto Terkini

    Chear Motorrad Shah Alam Rasmi Buka – Bilik Pameran Motosikal BMW Serba Lengkap

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Moto Morini X-CAPE 700 2026
    Roda2

    Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Ford Ranger Super Duty โ€“ 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

    By Shazwan Hisam01/04/2026
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    Auto Terkini

    Selangor Laksana BDR Tiga Hari Seminggu Mulai 15 April

    By Shazwan Hisam07/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.