Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Mitsubishi Triton (2019) Lebih Seksi dan Garang Kini di Malaysia, Harga Bermula RM100k
Auto Terkini

Mitsubishi Triton (2019) Lebih Seksi dan Garang Kini di Malaysia, Harga Bermula RM100k

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju31/01/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MITSUBISHI Motors Malaysia (MMM), selaku pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia rasmi melancarkan model trak pikap Triton (2019) serba baharu ke pasaran tempatan. Kali ini Mitsubishi Triton @ L200 (2019) menampilkan rekabentuk lebih seksi dan garang berkonsepkan Engineered Beyond Tough.

Jika dibandingkan versi terdahulu, trak pikap itu, yang dihasilkan dari kilang Laem Chabang milik Mitsubishi Motors (Thailand) Co Ltd (MMTh), bukan saja berimej baharu tetapi juga dilengkapkan pelbagai ciri terkini dengan menambah baik aspek keselamatan.

ENJIN

Walaupun didatangkan dalam lima pilihan varian, Mitsubishi Triton (2019) cuma ada satu varian enjin saja, bersesaran 2.4L Mivec turbodiesel VVT dengan teknologi Variable Geometri Turbo (VGT) yang mampu menghamburkan kuasa 179hp dan tork maksimum 430Nm. Hantaran kuasa lancar ke roda disalurkan menerusi transmisi automatik 6-kelajuan.

BACA >>> #KLIMS2018: Tempahan Mitsubishi Triton Baharu Dibuka, 1,000 Pembeli Awal Dapat Beg Thule Edisi Terhad

5 PILIHAN VARIAN

  • Mitsubishi Triton VGT Adventure X – RM135,200
  • Mitsubishi Triton AT Premium – RM118,600
  • Mitsubishi Triton MT Premium – RM112,500
  • Mitsubishi Triton AT – RM105,990
  • Mitsubishi Triton MT – RM100,200

* Harga termasuk SST 10%, tanpa insurans

IMEJ LUARAN TAMPIL UNIK BERBANDING PESAINGNYA

Aplikasi bahasa rekabentuk Dynamic Shield menjadikan penampilan Mitsubishi Triton (2019) lebih unik dan futuristik berbanding pesaing lain. Ini diserlahkan menerusi lampu depan LED tirus yang disatukan dengan gril krom. Garis bonet enjin tinggi dan lampu besar yang juga terletak tinggi memberikan rupa depan lebih berkuasa. MMM menawarkan empat pilihan warna iaitu putih, hitam, perak dan kelabu metalik.

BACA >>> 5 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Mitsubishi Triton (2019) – Masuk Malaysia Tahun Depan!

KABIN DENGAN CIRI PENDAHULU

Kabin lebih sporty dipadankan agihan pengudaraan pertama dalam kelas menerusi corong penyaman udara individu untuk menyejukkan ruang dalaman lebih pantas. Malah ciri slot USB untuk mengecas telefon menjadikan perjalanan semakin menyenangkan buat penumpang. Rupa berkualiti tinggi terhasil daripada material pad lembut dan sulaman pada konsol lantai, perehat lengan dan brek parkir.

KEMAS KINI SISTEM 4WD MAMPU TAKLUK PELBAGAI RUPA BUMI

Mitsubishi Triton (2019) 4WD ditawarkan dengan  Super-Select 4WD II yang memberikan traksi optimum dan karakteristik pengendalian untuk menangani sebarang cabaran rupa bumi. Dengan tambahan mod Off Road, terdiri daripada mod Gravel (kerikil),Mud/ Snow (lumpur/salji),Sand (pasir), dan Rock (batu) yang mampu mengawal kuasa enjin, transmisi dan brek untuk mengatur jumlah gelincir roda dan memaksimumkan prestasi atas pelbagai permukaan bumi.

BACA >>> Trak Pikap Pertama Hyundai Sudah Siap, Akan Muncul Secepat Mungkin!

CIRI KESELAMATAN TERMAJU

Demi ketenangan minda pemilik, Mitsubishi Triton (2019) ditawarkan dengan ciri keselamatan termaju, terdiri daripada:

  • Mitigasi Perlanggaran Depan (FCM) – Mengesan kenderaan dan pejalan kaki di depan.
  • Amaran Titik Buta (BSW dengan LCA) – Membantu mengesan kelibat kenderaan lain ketika mahu menukar lorong dengan mengesan objek di belakang atau di sepertiga belakang, dan memberi amaran kepada pemandu dengan amaran audibel dan kelipan lampu pada cermin sisi.
  • Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA) – Mengelak perlanggaran ketika mengundur.
  • Sistem Mitigasi Nyahpecutan Ultrasonik (UMS) – Mengurangkan kemalangan yang disebabkan kesilapan menggunakan pedal minyak ketika mengundur kenderaan di parkir atau ruang tertentu.

Mitsubishi Triton (2019) turut dilengkapi dengan ciri keselamatan lengkap lain iaitu:

  • 7 beg udara
  • Agihan Tekanan Brek Elektronik, Bantuan Brek (BA),
  • Stabiliti Aktif dengan Kawalan Traksi (ASTC)
  • Bantuan Daki Bukit (HSA)
  • Kawalan Turun Bukit (HDC)
  • Bantuan Stabiliti Trailer (TSA)
  • Sistem Brek Override dan fungsi amaran rehat (ikut varian)
  • Lampu Suluh Tinggi Auto (AHB)

BACA >>> 16 Fakta Pantas – Ford Ranger Serba Baharu Kini di Malaysia, Harga Bermula RM91k

WARANTI

Mitsubishi Triton (2019) serba baharu dipakejkan dengan waranti 5 tahun atau 200,000km.

GALERI
2019 Mitsubishi Triton enjin Mitsubishi Triton 2019 harga Mitsubishi Triton 2019 Mitsubishi Mitsubishi Thailand Mitsubishi Triton (2019) Mitsubishi Triton (2019) malaysia mitsubishi triton baru Osamu Masuko Roda4 Thailand top speed Mitsubishi Triton 2019 Trak pikap
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Audi Nuvolari Kereta Super Hibrid Pertama Audi, 1,001 PS Lebih 349km/j

    05/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Terima 2 Warna Baharu, Harga Mula RM18,484 Di Jepun

    05/06/2026
    Suspek nahas Simpang Renggam didakwa bawah Seksyen 302
    Auto Terkini

    Nahas Simpang Renggam: Suspek Direman Empat Hari Lagi, Kes Disiasat Bawah Seksyen 302

    05/06/2026
    Nozel RON95 dan RON97
    Auto Terkini

    RON97 Susut 30 Sen, RON95, Diesel Turun 20 Sen Seliter

    04/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata04/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie04/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

    By Syafie29/05/2026
    Aksesori

    #MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

    By Syafie30/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

    By Syafie29/05/2026
    Moto Morini C3 1/2 Sport dan Rumble 350 previu di Malaysia Bike Show (MBS) 2026 yang berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS), Selangor.
    Roda2

    #MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

    By Syafie03/06/2026
    Auto Terkini

    XPENG X9 Kini Lebih Berbaloi! Ganjaran Sehingga RM45,000 Sempena Program ‘MEGA X9 REWARDS’

    By Syafie04/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: KOMINE Lancar Koleksi 2026SS Di MBS, Fokus Keselamatan Penunggang

    By Shazwan Hisam04/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.