Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Mitsubishi Mirage (2021) Diperkenal di AS, Kini Lebih Moden, Bergaya!
Roda4

Mitsubishi Mirage (2021) Diperkenal di AS, Kini Lebih Moden, Bergaya!

Abang HirataBy Abang Hirata08/01/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MITSUBISHI Mirage
generasi keenam bukan model asing di Malaysia yang mana hatchback itu dan sedan Attrage pernah dijual di pasaran tempatan sebelum dihentikan pengeluaran.

Di pasaran luar, model dikeluarkan pada 2012 itu masih dijual termasuk di Amerika Syarikat (AS) yang mana Attrage (versi sedan) dikenali sebagai G4. Walaupun sudah berusia, Mirage kekal segar dengan model facelift dilancarkan di Thailand pada 2019. Model itu tampil dengan gaya Dynamic Shield seperti model Mitsubishi baharu lain.

Terbaharu, Mitsubishi memperkenalkan Mirage hatchback dan Mirage G4 (2021) di AS. Menarik mengenai Mirage, itu ialah model petrol dan bukan hibrid.

APA BAHARU TENTANG MIRAGE (2021)?

Asasnya nampak sama seperti model 2019-2020 dengan gril Dynamic Shield seperti model Mitsubishi lain. Apa yang menarik ialah perumah lampu kabus dengan empat garisan tajam melintang. Selain itu, lampu depan LED rekaan baharu dengan lampu nyalaan siang LED ditawarkan pada varian teratas Mirage dan Mirage G4 SE.

Ada dua warna pilihan baharu, White Diamond dan Sand Yellow (Mirage hatchback sahaja).

Bahagian belakang, lampu kombi LED tampil dengan paten huruf L dan dipadankan rekaan bampar unik yang menjadikan Mirage baharu ini tampak lebih moden dan sporty.

Aksesori menarik ialah rim aloi Sparco seperti gambar yang diberikan, tetapi setakat ini tiada maklumat lanjut mengenainya.

TEKNOLOGI CANGGIH JADI CIRI STANDARD

Baharu untuk model 2021 ialah semua varian Mirage dan Mirage G4 dilengkapi teknologi Mitigasi Pelanggaran Berdepan (FCM) dengan Pengesan Pejalan Kaki. Selain itu, Amaran Tukar Lorong (LDW) dan Lampu Suluh Tinggi Automatik (AHB) ditawarkan sebagai pilihan untuk varian Special Edition (SE).

BAHAGIAN DALAMAN

Semua varian Mirage dan Mirage G4 didatangkan dengan skrin 7 inci Smartphone Link Display Audio (SDA) System dengan konektiviti fungsi Apple CarPlay dan Android Auto. Turut diperbaharui ialah kemasan Mirage ES seperti perehat lengan baharu, balutan soft touch di beberapa bahagian dan gaya gentian karbon pada suis tingkap berkuasa.

MIRAGE CARBONITE EDITION

Khas buat pembeli yang mahukan Mirage dan Mirage G4 lebih sporty, Mitsubishi menawarkan varian Carbonite Edition (CE) dengan ciri khas berikut:

  • Gril depan, air dam (lip depan dan tepi).
  • Air dam (lip) belakang dengan corak karbon dan aksen merah.
  • Kemasan pada pilar-B.
TRENKUASA

Kedua-dua Mirage dan Mirage G4 dijana enjin 3-silinder 1.2L MIVEC berkuasa 78hp dan tork 100Nm yang dipadankan dua pilihan transmisi, manual 5-kelajuan dan automatik CVT.

HARGA

Mirage AS pada harga bermula AS$14,295 (RM57,720) untuk varian asas Mirage ES manual hingga AS$18,195 (RM73,470) untuk varian premium, Mirage G4 SE.

BACA >>> Mitsubishi Siar Foto Acah Outlander Serba Baharu, SUV Penting untuk Saingan Global
BACA >>> Filipina Lancar Toyota Wigo (Perodua Axia) Versi Facelift, Ada Varian TRD S!

2021 Mitsubishi Mirage
Mitsubishi Mitsubishi Mirage Mitsubishi Mirage G4 Mitsubishi USA
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia
    Aksesori

    Dunlop Tetapkan Hala Tuju Pertumbuhan Jangka Panjang di Malaysia

    19/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.