Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Mitsubishi Eclipse Cross Menang Good Design Award 2018
Roda4

Mitsubishi Eclipse Cross Menang Good Design Award 2018

Abang HirataBy Abang Hirata06/10/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MITSUBISHI Motors kini sedang dalam era kebangkitan. Xpander misalnya menjadi antara model Mitsubishi yang menerima sambutan hangat di Indonesia hingga pengeluaran terpaksa ditambah. Lebih mengujakan, kenderaan pelbagai guna (MPV) itu berjaya bersaing hebat dengan model ‘sejuta umat’, Toyota Avanza.

Pernah juga jualan Xpander mengatasi Avanza. Apabila dipasarkan di negara kita kelak pasti lebih meriah dan menarik kerana ia bakal bersaing dengan Honda BR-V yang cukup popular sekarang ini.

BACA >>> Brosur Bocor Dedahkan Nama MPV Mitsubishi Baharu, ‘Xpander’ Bukan ‘Expander’

Selain Xpander, Mitsubishi mempunyai sebuah lagi model yang meningkat naik, iaitu Eclipse Cross. Sama seperti Xpander, kenderaan utiliti sukan (SUV) yang diposisikan antara ASX (subkompak) dan Outlander (kompak) itu masih belum dipasarkan secara meluas, baru saja dipasarkan di Singapura, Jepun, Australia dan Amerika Syarikat (AS).

DIIKTIRAF BADAN PROFESIONAL


Namun, Eclipse Cross sudah diiktiraf badan profesional seperti Institut Galakan Rekabentuk Jepun (Japan Institute of Design Promotion) yang memilih SUV itu untuk Anugerah Rekabentuk Baik (Good Design Award) 2018. Tidak menghairankan kerana sekali pandang pun memang nampak unik dan menarik.

Rekabentuk luaran menggabungkan gaya SUV dalam bentuk coupé. Walaupun ala kereta sport, badannya tinggi dan ruang kabin juga luas. Rekabentuk begitu sudah jadi trend automotif, cuma bezanya Mitsubishi kekal dengan elemen malar segar dan tidak terlalu agresif seperti robot bergerak.

BACA >>> Apakah Pro dan Kontra Mitsubishi Eclipse Cross (2018)?

Antara faktor pemilihaan Eclipse Cross untuk anugerah itu ialah bentuk baji (wedge) yang menyerlah dan garis badan menarik. Jawatankuasa pemilihan juga menggemari saiz kabin dan keselesaan SUV itu walaupun bergaya coupé.

Anugerah tersebut bukan biasa-biasa,  dimulakan sejak 1957 dan pernah dikenali melalui tanda G. Sejak  60 tahun lalu, lebih 45,000 tanda G dikeluarkan dan terkenal serata dunia. Seperkara lagi yang ingin dikongsi, penulis pernah terserempak Eclipse Cross dari Singapura di Lembah Klang dan memang benar SUV tersebut begitu  terampil dan unik!

BACA >>> Apakah Pro dan Kontra Mitsubishi Eclipse Cross (2018)?

GALERI
Anugerah Rekabentuk Baik (GDA) 2018 Good Design Award (2018) Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Mitsubishi Mitsubishi Eclipse Cross Mitsubishi Motors Rekabentuk Roda4 SUV
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

    26/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.