JIKA anda sedang tercari-cari kenderaan utiliti sukan (SUV) yang ranggi dan sporty, Mitsubishi ASX Adventure edisi terhad boleh dimasukkan dalam senarai pilihan. Hanya terhad sebanyak 60 unit, dan model baharu Mitsubishi itu kini sudah boleh ditempah pada harga RM123,988 (tidak termasuk insurans).
APA MENARIK?
Mitsubishi ASX Adventure edisi terhad hadir dengan beberapa penambahbaikan luaran dan dalaman yang menampakkan ia lebih segar. Sudut luaran SUV ini menampilkan rekaan gril depan baharu berwarna gelap yang lebih lebar. Begitu juga pandangan sisi turut memperlihatkan pelindung fender yang memanjang hingga ke belakang.
Lebih tampak garang adalah padanan set rim aloi lebih besar bersaiz 18-inci.
Memasuki ruang dalaman, Mitsubishi ASX Adventure edisi terhad juga menampilkan beberapa kekemasan, seperti kerusi balutan kulit bersama lencana ASX dan pedal gear aluminium. Lebih istimewa, Mitsubishi ASX Adventure edisi terhad ditawarkan dalam warna biru sahaja.
BACA >>> Inilah 5 Sebab Utama Kenapa Anda Perlu Pilih Mitsubishi Outlander 2.0L 4WD CKD!
ENJIN SAMA
Ruangan enjin Mitsubishi ASX Adventure edisi terhad masih kekal sama dengan dipadankan enjin bersesaran 2.0L 4-silinder MIVEC yang mampu menghasilkan kuasa 150hp dan tork 197Nm. Bersama paduan transmisi automatik INVECS-III CVT, SUV edisi istimewa ini dipacukan dalam sistem pacuan 2-roda (2WD).
Tunggu apa lagi, rebut sekarang kerana hanya ada 60 unit di Malaysia!
Carl says
Mana saya nak dapat kan body kit ni .
ABG GYL says
Kami dimaklumkan bodykit ini tak dijual secara berasingan.
Farid says
Pengunaan minyak camna ye