Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»MITI: Kerajaan Kekal Beri Insentif Pacu Infrastruktur Pengecas EV
Auto Terkini

MITI: Kerajaan Kekal Beri Insentif Pacu Infrastruktur Pengecas EV

SyafieBy Syafie20/11/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KERAJAAN kekal komited memberikan insentif bagi memacu pembangunan infrastruktur pengecas kenderaan elektrik (EV) walaupun tidak dinyatakan secara rasmi dalam Belanjawan 2025.

Kementerian Pelaburan, Perdagangan, dan Industri (MITI) berkata, Program Elaun Cukai Pelaburan Hijau (GITA) adalah salah satu insentif diberikan Kerajaan yang mana pengendali tapak pengecasan (CPO) yang memenuhi kriteria galakan cukai dapat memperoleh pengecualian cukai berbentuk Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 100 peratus selama lima tahun.

Elaun itu juga menjadi pendapatan berkanun yang boleh ditolak hingga 100 peratus bagi setiap tahun taksiran cukai.

Di samping itu, insentif dalam bentuk pengecualian cukai pendapatan juga sedang ditawarkan kepada syarikat pengeluar peralatan pengecasan EV, iaitu dalam bentuk pengecualian sepenuhnya cukai pendapatan ke atas pendapatan berkanun bermula tahun taksiran 2023 hingga tahun taksiran 2032.”

Justeru Kerajaan menjangka jumlah terkumpul kenderaan jenis elektrifikasi (xEV) yang berada atas  jalan akan mencecah sekurang-kurangnya 400,000 unit kenderaan penumpang dan perdagangan menjelang 2030.

Dalam tempoh sembilan bulan 2024, jumlah jualan tahunan dicapai adalah 33,319 unit, manakala jumlah keseluruhan 2023 4.12 peratus, bersamaan 35,723 unit. Berikut antara xEV yang direkodkan sepanjang Januari-September 2024:

  • Kenderaan hibrid
  • Kenderaan hibrid plug in (PHEV)
  • Kenderaan elektrik berkuasa bateri (BEV)
  • Kenderaan elektrik sel bahan bakar (FCEV)

Dalam menyokong pembangunan petak pengecasan EV (EVCB), subsidiari Petronas, Gentari dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dianggarkan melabur dan berbelanja RM76 juta hingga Jun 2024.

Kesannya memberikan suntikan dana besar dan lebih banyak EVCB dapat dibina seluruh Malaysia yang turut disokong CPO lain.

Perkembangan positif ini dapat membantu meningkatkan keyakinan peminat EV untuk membeli dan menggunakan jenis kenderaan tersebut, serta dianggarkan 30 syarikat CPO kini beroperasi di pasaran tempatan.

SUMBER: Bernama

Auto Terkini gentari Kementerian Pelaburan Perdagangan dan Industri (MITI) Kenderaan Elektrik (EV) kenderaan jenis elektrifikasi (xEV) petak pengecasan EV (EVCB) Program Elaun Cukai Pelaburan Hijau (GITA) Tenaga Nasional Berhad (TNB)
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Nozel RON95 dan RON97
    Auto Terkini

    RON97, RON95 Tanpa Subsidi Turun 25 Sen, Diesel Semenanjung Malaysia Turun 30 Sen

    25/06/2026
    Auto Terkini

    Etnik Rohingya Tidak Layak Miliki Lesen Memandu Malaysia

    25/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Elektrifikasi

    Protected: Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

    25/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Elektrifikasi

    Protected: 4WD Hanya untuk Off-Road? GWM Hi4 Buktikan Ciri Itu Lebih Penting untuk Pemanduan Harian

    25/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    By Shazwan Hisam18/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

    By Syafie23/06/2026
    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    By Abang Hirata20/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.