Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Misteri Kehilangan Amelia Earhart, Juruterbang Wanita Pertama Cuba Keliling Dunia
Autotainment

Misteri Kehilangan Amelia Earhart, Juruterbang Wanita Pertama Cuba Keliling Dunia

Han OthmanBy Han Othman09/01/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JIKA anda pernah menonton filem komedi advencer, Night at the Museum: Battle of the Smithsonian, anda tentu kenal watak si juruterbang wanita, Amelia Earhart yang jatuh cinta dengan Larry Daley, watak utama lakonan aktor Ben Stiller.

Tahukah anda, walaupun genre filem itu ialah fiksyen, tetapi watak Amelia itu sendiri merujuk kepada individu sebenar. Amelia Earhart ialah seorang juruterbang wanita legenda, khususnya di Amerika Syarikat (AS) atas cubaannya menjadi wanita pertama cuba mengelilingi dunia. Malangnya pesawat dinaiki beliau lesap ketika merentasi Lautan Pasifik pada 1937.

Pada Oktober 2016, Pasukan Antarabangsa bagi Pemulihan Pesawat Bersejarah (TIGHAR) mengusulkan satu teori mengatakan Amelia selamat mendarat di sebuah pulau terpencil dan mati terdampar di sana. Terkini, pasukan saintis TIGHAR mendedahkan persamaan teori  – selamat mendarat dan mati terdampar – dengan penemuan rangka manusia terdampar di sebuah pulau dekat negara pulau republik Kiribati pada 1940. Kajian dan analisis yang dilakukan berdasarkan foto bersejarah Amelia nyata membongkar satu maklumat penting.

JURUTERBANG LEGENDA

Juruterbang wanita legenda, Amelia Earheart
Juruterbang wanita legenda, Amelia Earheart

Pada Mei 1932, Amelia menjadi wanita pertama yang terbang solo menyeberangi Lautan Atlantik, bermula di Kanada dan mendarat di Ireland. Tiga tahun kemudian, beliau melakukan aksi sama dengan terbang dari Hawaii ke California dan memenangi hadiah tunai AS$10,000 (RM42,153). Amelia cukup popular dan disukai warga AS bukan saja atas keberaniannya, tetapi juga kerana memiliki paras rupa yang cantik.

Bagaimanapun, dalam cubaan terbang mengelilingi dunia bersama pembantu juruterbang, Frederick J Noonan, pesawat dipandunya hilang di satu lokasi dekat Kepulauan Howland, di tengah Lautan Pasifik.

Pada Ogos lalu, salah seorang anggota TIGHAR, Ric Gillespie berkata, Amelia melakukan lebih 100 panggilan transmisi radio untuk meminta bantuan antara 2 hingga 6 Julai 1937, sekali gus mengetepikan teori yang menyatakan pesawat beliau terhempas. Panggilan Amelia dikatakan dihantar sejauh Texas dan Florida di AS serta Melbourne di Australia.

“Beliau ada membuat panggilan meminta bantuan,” kata Gillespie sambil menegaskan Amelia dapat mendarat dengan selamat kerana radio tidak akan berfungsi tanpa enjin hidup.

MAKLUMAT BERCANGGAH

Aksi Amelia Earhart dalam kokpit pesawat.
Amelia Earhart di hadapan pesawatnya.

Lebih 70 tahun lalu, ada beberapa serpihan tulang manusia ditemui di sebuah pulau dekat Nukumaroro, juga dikenali sebagai Pulau Gardner, kira-kira 482km dari selatan Pulau Howland. Tetapi, keputusan analisis pada 1940 mendakwa tulang ditemui itu ialah rangka seorang lelaki dan bukan perempuan, sekali gus mengetepikan kaitan dengan kehilangan Amelia.

Bagaimanapun, apabila TIGHAR membuka semula fail analisis berkenaan pada 1998 (18 tahun lalu), teknik analisis moden yang dibuat pada tahun itu mengesahkan tulang-tulang tersebut ialah konsisten dengan rangka seorang perempuan, termasuk ketinggian dan asal etnik yang ada kaitan dengan Amelia.

Kajian paling terbaru, pakar antropologi, Richard Jantz tampil menafikan analisis tersebut – rangka perempuan – menerusi satu analisis terkini yang menurutnya lengan bawah rangka itu terlalu besar berbanding saiz perempuan normal. Namun, tanpa mengetahui dimensi sebenar tubuh Amelia, Jantz masih tiada alasan kukuh untuk membuat perbandingan untuk mengatakan lengan bawah Amelia adalah lebih panjang berbanding perempuan normal.

PENYELESAIAN SAINS

Foto Amelia Earheart yang digunakan untuk mengukur panjang tulang yang dikatakan milik mangsa.
Foto Amelia Earheart yang digunakan untuk mengukur panjang tulang yang dikatakan milik mangsa.

Tidak berputus asa dengan penafian Jantz, saintis TIGHAR meminta pula bantuan pakar pengimejan forensik, Jeff Glickman. Dengan menggunakan foto bersejarah yang memaparkan gambar Amelia berbaju tanpa lengan, Glickman menggunakan kepakarannya untuk mengira nisbah antara tulang dalam lengan atas dan bawah.

Kerana terdapat tisu atas rangka pada manusia yang hidup, lokasi setiap hujung tulang mesti dikira.” – Jeff Glickman

Walaupun baju Amelia agak menyukarkan proses analisi, tetapi Glickman menggunakan titik pada bahu, kedutan siku dan lekukan pergelangan tangan sebagai penanda.

Berdasarkan bukti dan pengalaman saya dalam lapangan fotogrametri dan interpretasi foto, saya anggarkan nisbah radius-humerus bagi Amelia ialah 0.76.” – Jeff Glickman

Dalam kata lain, perbezaan lengan bawah dan atas boleh dikatakan identik kepada bahagian rangka manusia yang ditemui di Pasifik Selatan. Walaupun, penemuan terbaru itu masih tidak dapat mengesahkan sama ada Amelia terdampar di pulau atau maut akibat pesawat terhempas, tetapi maklumat berkenaan pastinya memberikan jejak positif ke arah kajian lain yang lebih penting.

SUMBER: New York Post

Amelia Earheart autotainment juruterbang wanita juruterbang wanita legenda Night at the Museum : Battle of the Smithsonian wanita pertama mengelilingi dunia
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

01/03/2026
Nozel pam minyak
0
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Dari Mana Datang Duit Kerajaan Malaysia Bayar Subsidi Minyak?

26/02/2026
Cara angkat motosikal besar bila jatuh
0
ApaNakBuat

#ApaNakBuat: Ini Cara Angkat Motosikal Besar Bila Jatuh, Seorang Pun Boleh

25/02/2026
5 perlumbaan motosikal paling bahaya dunia
Tahukah Anda

#TahukahAnda: 5 Perlumbaan Motosikal Paling Bahaya Dunia yang Masih Wujud

25/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

By Han Othman01/04/2026
Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
Roda4

Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

By Han Othman12/03/2026
Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
Auto Terkini

Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

By Shazwan Hisam03/04/2026
Ron95
Auto Terkini

Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

By Syafie31/03/2026
Autotainment

#ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

By Han Othman03/08/201957
Yamaha Tenere 700 2026
Roda2

HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

By Shazwan Hisam04/04/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
Kenderaan Elektrik (EV)

SUV EV Toyota Urban Cruiser 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM197,480

By Syafie05/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.