• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / MIROS: Tidak Pakai Tali Keledar Bakal Kena Demerit, Lesen Boleh Ditarik

MIROS: Tidak Pakai Tali Keledar Bakal Kena Demerit, Lesen Boleh Ditarik

October 28, 2020 By Azizi H Leave a Comment

891
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


INSTITUT Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) meminta ahli politik, penjawat awam dan pemimpin masyarakat memberikan contoh terbaik kepada rakyat dalam pemakaian tali keledar kenderaan sama ada depan atau belakang.

Pengerusi MIROS, Datuk Suret Singh berkata, kajian MIROS mendapati kadar pematuhan pemandu mengenai pemakaian tali keledar tahun ini ialah 90 peratus, iaitu 70 peratus untuk penumpang depan dan 11 peratus penumpang belakang.

Menurutnya, Pemakaian tali keledar yang betul bagi pemandu dan penumpang depan dan belakang dapat mengurangkan risiko kecederaan parah dan kematian akibat kemalangan sebanyak 50 peratus.

BACA >>> #ApaNakBuat: Bagaimanakah Cara Selenggara Tali Keledar Kereta Anda?

Penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) yang dipasang dengan betul dan sesuai dengan ketinggian serta berat badan pula membantu mengurangkan risiko kematian bayi sebanyak 71 peratus dan kanak-kanak 1-4 tahun (54 peratus).

Sureth berkata lagi, hampir semua kenderaan dikeluarkan sejak 1993 dilengkapi tali keledar dan masyarakat sepatutnya menjadikan pemakaian tali keledar sebagai kebiasaan dan budaya harian.

MATA DEMERIT JIKA TIDAK PAKAI TALI KELEDAR

Kerajaan menerusi Kementerian Pengangkutan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan MIROS bakal melaksanakan Rombakan Sistem Pemberian Mata Demerit Jalan Raya (Kejara) selepas integrasi data antara JPJ dan PDRM selesai.

Tidak memakai tali pinggang keledar akan menyebabkan anda dikenakan mata demerit. Tidak berbaloi lesen memandu anda ditarik hanya kerana tidak memakai tali pinggang keledar, yang hanya memerlukan tiga saat.

"Amat menyedihkan apabila melihat penumpang dan bayi tercampak keluar dari kenderaan dalam kemalangan jalan raya. Penyelesaian untuk mencegahnya ada di tangan kita.

"Jadikan tali pinggang keledar dan CRS sebagai kebiasaan sebelum memulakan perjalanan."

- PENGERUSI MIROS, Datuk Suret Singh

SUMBER: Bernama

891
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Datuk Suret Singh, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS), Mata Demerit, MIROS, Tali Keledar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Selepas Menang Cabutan Bertuah, Kaki Pancing Hadiahkan Mustang untuk Ayah
    Selepas Menang Cabutan Bertuah, Kaki Pancing Hadiahkan Mustang untuk Ayah
  • Honda ADV 150 Akhirnya Lancar di Malaysia, Harga RM11,999!
    Honda ADV 150 Akhirnya Lancar di Malaysia, Harga RM11,999!

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my