Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»MINI John Cooper Works Countryman (2024) Tanpa Trenkuasa Elektrik dengan Enjin 2.0L Turbo!
Roda4

MINI John Cooper Works Countryman (2024) Tanpa Trenkuasa Elektrik dengan Enjin 2.0L Turbo!

Abang HirataBy Abang Hirata27/11/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DALAM kemeriahan penawaran kenderaan elektrifikasi hari ini, MINI John Cooper Works Countryman (2024) tampil berbeza dengan enjin 2.oL turbo seperti sebelumnya.

Namun, pelanggan yang berminat tetap ditawarkan trenkuasa elektrik untuk model terbaharu Mini Countryman (E dan SE ALL4).

Walaupun enjin sama, beberapa perkakasan diusik seperti piston, rod penyambung dan mounting enjin dioptimum untuk mengeluarkan lebih kuasa.

Bersama turbo kembar dan ambilan udara tanpa sekatan (dethrottled), crossover ini menghamburkan kuasa 300hp dan tork 400Nm, serta dipadankan transmisi dual-klac (DCT) 7-kelajuan dalam pacuan semua roda (AWD) All4. Pecutan 0-100kmj hanya memerlukan 5.4 saat, manakala kelajuan maksimum 250kmj.

Sistem brek prestasi tinggi memastikan kereta ini mampu dihentikan dengan cemerlang dengan warna kaliper Chili Red (merah) memeriahkan lagi penampilan sisi kereta.

Selain itu, karakteristik ekzos dengan sistem flap menyerlahkan MINI John Cooper Works Countryman (2024) sebagai model prestasi.

Menjadi kelaziman kereta prestasi hari ini ialah janaan bunyi enjin dalam kereta. Bunyi khas JCW melonjakkan lontaran deruman enjin ketika dihidupkan dengan irama diilhamkan daripada perlumbaan.

Dari segi rekabentuk, model ini masih berlegar dengan gaya terdahulu dan ciri JCW yang sporty. Lencana JCW direka baharu dan buat kali pertama digunakan dalam skema warna klasik hitam, merah dan putih.

Pada bahagian depan, objek aerodinamik dengan reflektor menegak menonjolkan lebar kereta. Bahagian depan juga tampil menarik dengan gril baharu corak oktagon hitam kilat dan logo tiga warna JCW.

Bumbung gaya apung tampil menyerlah dalam warna Chili Red dengan bentuk condong ke belakang yang membawa ciri sporty di sebalik tambahan tinggi dan lebar kereta.

Lampu belakang membantu memperkemas bentuk badan menegak selain lebar kereta. Walaupun sosok badan besar, pekali seretan kereta ini hanya 0.26, juga antara model paling aerodinamik dalam kelasnya.

Selain itu, diameter tayar ditambah 30mm kepada 710mm, dan dilebarkan kepada 245mm untuk meningkatkan rasa go-kart yang tipikal untuk kereta MINI. Rim pula dioptimum untuk aerodinamik dalam saiz 19 dan 20 inci.

Ruang kabin menghidangkan papan pemuka balutan fabrik daripada poliester kitar semula yang direka ringkas berserta suis kawalan diatur sebaris.

Paling menyerlah ialah skrin bulat di tengah papan pemuka dengan paduan gabungan aksen merah dan hitam. Gabungan warna itu diteruskan pada kerusi sport JCW. Kerusi belakang boleh laras hingga 13sm dan jika dilipat ke bawah, ruang 460 liter dapat bertambah hingga 1,450 liter.

Dari segi ciri keselamatan, MINI JCW Countryman mempunyai 12 sensor ultrasonik dan empat kamera keliling.

Mini Mini Countryman Mini John Cooper Works Countryman MINI John Cooper Works Countryman 2024 Roda4
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Geely Auto No.1 di China 2 Bulan Berturut-Turut!

10/03/2026
Roda4

Audi Q7 S line CKD Kini Dari RM399,990, SUV 7 Tempat Duduk, Enjin V6 3.0L

09/03/2026
Lotus Eletre X Hybrid 2026
HEV

Lotus Eletre X Hybrid Guna Teknologi Hibrid Berkuasa 952ps, Tork 935Nm

09/03/2026
Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.