Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Microbus Kembali! Volkswagen I.D. Buzz Sah Masuk Pasaran Menjelang 2022
Roda4

Microbus Kembali! Volkswagen I.D. Buzz Sah Masuk Pasaran Menjelang 2022

Han OthmanBy Han Othman19/04/20182 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEPERTI dijangka, Volkswagen (VW) mengesahkan model konsep I.D. Buzz akan memasuki barisan pengeluaran dan memenuhi bilik pameran pengedar pengeluar dari Jerman itu menjelang 2022, kira-kira lima tahun lagi.

Pengumuman tersebut dibuat Volkswagen pada pameran permotoran Pebble Beach Concour d’Elegance di California, Amerika Syarikat (AS). I.D. Buzz juga akan menjadi kenderaan kedua dalam barisan famili I.D. selepas model kompak I.D. hatchback yang ditayangkan di Paris, tahun lalu.

VW tidak mendedahkan sama ada I.D. Buzz akan menggunakan trenkuasa sama seperti model konsep tersebut ataupun menampilkan enjin baharu. Bagaimanapun, VW mengesahkan pek bateri akan ditempatkan di bahagian lantai.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) VW, Dr Herbert Diess berkata, keputusan meluluskan kenderaan itu untuk pengeluaran dibuat selepas pameran auto antarabangsa di Detroit, dan Geneva.

Kami menerima banyak surat dan e-mel daripada pelanggan yang merayu supaya membina kereta berkenaan.

“Microbus sudah menjadi sebahagian daripada gaya hidup masyarakat California. Kini, kami bawakan ia kembali sebagai kenderaan elektrik.”

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bagi VW Amerika Utara, Hinrich J Woebcken, mengakui gembira dan berbesar hati dengan keputusan dibuat VW untuk menghasilkan I.D. Buzz.

“Kenderaan ini adalah keseimbangan sempurna antara emosi, kebolehgunaan dan kelestarian, termasuk memaparkan kepimpinan teknologi kami..

“Posisi duduk tinggi, kapasiti kargo, keseluruhan versatiliti dan pakej opsyen pacuan semua roda (AWD) dalam rekabentuk menarik adalah apa yang pelanggan mahukan daripada kami. Dan ini ialah padanan yang sempurna untuk gaya hidup Amerika yang sifar pencemaran.”

SUMBER: Car Scoops

EV Kenderaan Elektrik (EV) Pebble Beach Concour d'Elegance Volkswagen Volkswagen I.D. Buzz vw
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Audi Q7 Gen-3 Debut, Enjin V6 Diesel MHEV, 7 Tempat Duduk!

10/06/2026
Roda4

Ferrari 849 Testarossa Kini Di Malaysia โ€“ Pengganti SF90 Stradale, Dari RM2.18 Juta

09/06/2026
Auto Terkini

Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

09/06/2026
Auto Terkini

Honda Civic Dengan Aksesori Mugen Baharu, Rim FS10, Performance Damper

09/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda4

Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

By Abang Hirata04/06/2026
Roda2

Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

By Abang Hirata08/06/2026
Roda2

#MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

By Syafie09/06/2026
Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
Roda2

#MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

By Syafie09/06/2026
Roda2

#MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

By Syafie09/06/2026
Auto Terkini

XPENG X9 Kini Lebih Berbaloi! Ganjaran Sehingga RM45,000 Sempena Program ‘MEGA X9 REWARDS’

By Syafie04/06/2026
Roda2

#MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

By Syafie04/06/2026
Auto Terkini

Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

By Han Othman09/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.