Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Aksesori»Michelin POWER Perkenal 4 Tayar Motosikal Baharu untuk Esktra Prestasi Atas Jalan, Trek
Aksesori

Michelin POWER Perkenal 4 Tayar Motosikal Baharu untuk Esktra Prestasi Atas Jalan, Trek

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju21/07/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MICHELIN memperkenalkan empat tayar motosikal baharu ke pasaran, terdiri daripada POWER 5, POWER GP, POWER Cup 2 dan POWER Slick 2.

Pengenalan itu menandakan pembaharuan keseluruhan penawaran hypersport dan perlumbaan Michelin sebagai pelengkap kepada barisan Michelin POWER dengan mensasarkan kalangan penunggang yang sukakan kelajuan.

Tayar baharu Michelin ini dikhaskan kepada penunggang yang mencari penampilan sporty, rekabentuk tapak bunga unik, kestabilan, dan prestasi unggul pada kelajuan tinggi. Tayar ini dibangunkan untuk meningkatkan sensasi, prestasi, dan keseronokan menunggang.

BACA >>> Michelin Passion Experience 2019: Pengalaman Rasai Sendiri Kehebatan Tayar Michelin

MICHELIN POWER 5 DAN MICHELIN POWER GP

MICHELIN POWER 5
MICHELIN POWER GP
  • Berorientasikan kegunaan jalan raya biasa, POWER 5  menggunakan sebatian getah inovatif yang menggabungkan silika dan karbon hitam. Tayar ini 100 peratus dibangunkan untuk kenikmatan maksimum atas jalan kering dan memberikan keselamatan di jalan basah dengan nisbah rongga bunga 11 peratus.
  • POWER GP pula khas untuk kegunaan jalan biasa dan trek dengan nisbah 50:50 untuk prestasi terbaik atas jalan kering dan basah.  Tayar ini memiliki rekaan bunga untuk kegunaan jalan raya biasa dan litar dengan bahagian bahu licin untuk cengkaman dan kestabilan luar biasa serta nisbah rongga bunga 6.5 peratus.

BACA >>> Honda Civic Type-R Sport Line yang Lebih Sopan-Santun

MICHELIN POWER CUP 2 DAN MICHELIN POWER SLICK 2

MICHELIN POWER CUP 2
MICHELIN POWER SLICK 2
  • Berorientasikan kegunaan litar, POWER Cup 2 dikhas untuk tunggangan 10 peratus  atas jalan raya biasa dan 90 peratus atas trek. Bunga tayar adalah versi litar yang juga lulus untuk kegunaan jalan biasa.
  • POWER Slick 2 pula tayar untuk kegunaan trek sepenuhnya, dikhaskan untuk aktiviti hari trek (track day) yang menawarkan pemanasan pantas. Kedua-dua tayar terbukti memberikan masa lap terbaik dan prestasi jangka masa panjang.

Semua tayar ditawarkan pada rim 17 inci dan berkongsi teknologi asas Michelin seperti senibina tayar ACT+, dua kompaun bunga 2CT+ dan rekaan bunga berkomputer optimum. Selain itu, tayar itu juga memiliki dinding sisi unik yang menjadi signatur Michelin dengan paten ‘Premium Touch Technology’ untuk kontra estetika dan warna hitam dengan efek baldu.

Semua barisan tayar baharu Michelin POWER ini sudah ada di pusat jualan Michelin. Maklumat saiz dan harga adalah seperti berikut:

BACA >>> Kawasaki Thailand Lancar Ninja ZX-25R, Cuma Satu Varian SE ABS, Harga RM36k
BACA >>> 3 Sebab Kenapa Tunggang Kapcai di Lorong Kiri, dan Had Laju 70kmj Tidak Praktikal?

 

aksesori Michelin Michelin Power Michelin Power 5 Michelin Power Cup 2 Michelin Power GP Michelin Power Slick 2 Tayar
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Aksesori

    Siri Plat P-P Cecah 6,000 Pembida – JPJ Sasar Sambutan Luar Biasa

    24/04/2026
    Aksesori

    TuneBoss Perkenal ECU Untuk Honda NSS 250

    24/04/2026
    Helmet YOHE lancar di Malaysia
    Aksesori

    YOHE Rasmi Lancar Empat Model Helmet, Harga Mula RM319!

    21/04/2026
    YOHE Helmets rasmi tembus pasaran Malaysia
    Auto Terkini

    YOHE Bukan Jenama Baharu, Rasmi Tembus Pasaran Malaysia

    21/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    MyJPJ Guna MyDigital ID Sepenuhnya Bermula 1 Mei 2026

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Roda4

    Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

    By Syafie30/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Roda4

    Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

    By Shazwan Hisam24/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    IONIQ 5 N, IONIQ 6 N Dibuka Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM450k, RM460k

    By Syafie02/05/2026
    Auto Terkini

    Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei – Ini Laluan Alternatif

    By Shazwan Hisam22/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.