Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Michelin, KTM Jalin Kerjasama Pacu Sukan Permotoran di Asia Tenggara
Auto Terkini

Michelin, KTM Jalin Kerjasama Pacu Sukan Permotoran di Asia Tenggara

SyafieBy Syafie05/09/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MICHELIN Malaysia dan KTM Asia secara rasmi mengumumkan kerjasama mereka bagi memacu sukan permotoran dengan mencabar batasan prestasi, inovasi, dan daya tahan di Asia Tenggara.

Kedua-dua jenama ini akan membuktikan usaha mereka dalam acara Rimba Raid 2024 yang merupakan satu perlumbaan kembara motosikal terbesar di dunia dan bakal berlangsung pada 25 hingga 29 September di Lembah Lenggong, Perak.

Tahun ini, Rimba Raid bakal mempamerkan integrasi yang sempurna di antara tayar bertaraf dunia Michelin Enduro Medium dan motosikal berprestasi tinggi KTM 890 Adventure R dengan membawa slogan “Ready To Race“.

Kolaborasi ini turut dikendalikan pasukan hebat yang dianggotai lima pelumba elit dari Singapura, Malaysia, dan Korea Selatan.


Tayar Michelin ini mempunyai blok bunga tayar berekaan rumit untuk menjamin cengkaman dan kestabilan di atas landasan mencabar, manakala motosikal KTM pula tampil dengan rekabentuk asal serta membawa penambahbaikan KTM Powerparts secara terus daripada katalog rasmi.

Pengarah Urusan Michelin Malaysia, Singapura, dan Brunei, Prichapakorm Dangrojana berkata;

Di Michelin, tayar kami melambangkan prestasi dan daya tahan tinggi yang dikehendaki bagi mengharungi landasan-landasan yang paling mencabar.

“Menerusi usaha sama dengan KTM Asia, kita bukan sahaja menaik taraf pengalaman perlumbaan tetapi juga memacu keecerlangan sukan permotoran ke depan, sejajar dengan inisiatif #WeRaceForChange kita, yang memberi fokus kepada kemampanan, diversiti, dan inovasi dalam sukan permotoran.”

“Melalui usaha sama ini juga, kita bukan sahaja mencabar batasan prestasi tapi turut bantu mencorak alaf baharu yang lebih mampan dan terangkum bagi sukan perlumbaan.”

Pengurus KTM Asia, Enrico Remigio turut berkata;

KTM Teruja untuk berkolaborasi dengan rakan pengeluar tayar yang benar-benar memahami tuntutan ekstrem dalam temasya perlumbaan yang penting seperti ini.”

“Usaha sama ini membuktikan dedikasi yang dikongsi bersama terhadap kecemerlangan sukan permotoran, dan kami teruja untuk melihat kolaborasi ini berdepan ujian yang terhebat di Rimba Raid Lenggong 2024.”

Auto Terkini kolaborasi KTM 890 Adventure R KTM Asia Lenggong Michelin Enduro Medium Michelin Malaysia Rimba Raid 2024
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    17/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Auto Terkini

    Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.