Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»MForce Tawar Tiga Kapcai Bajet, Harga Bawah RM3.9k!
Roda2

MForce Tawar Tiga Kapcai Bajet, Harga Bawah RM3.9k!

ShawkathBy Shawkath10/04/2023
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TIDAK ramai tahu, MForce Bike Holdings (MForce) menawarkan tiga pilihan kapcai mampu milik di bawah tanda harga asas RM3,900 di pasaran tempatan.

Tiga model jaocai kategori bajet itu ialah SM Sport 110E, WMoto VE1-110E dan WMoto WM110 yang hadir dengan spesifikasi terkini untuk keperluan sasaran pelanggan.

1. SM Sport 110E

Kapcai dengan lencana SM Sport ini dijual pada harga mula RM3,859 dalam tiga warna pilihan: merah, biru dan kuning.

Dijana enjin 4-lejang 2-injap silinder tunggal 109cc berkuasa 6.03hp @ 7,500rpm dan tork 7Nm @ 5,000rpm. Sistem suspensi fork teleskopik konvensional di depan dan dwi-absober (belakang).

Bahagian roda menggunakan rim aloi 17 inci dengan tayar 70/90 di depan, dan 80/90 (belakang), manakala sistem brek jenis dram.

Memiliki dimensi panjang 1,930mm, lebar 700mm, tinggi 1,080mm, dan jarak roda 1,250mm. Tinggi pelana 760mm, jarak tinggi bumi 125mm, berat kerb 100kg, dan kapasiti tangki petrol 4 liter. Juga ada ruang ruang simpanan luas bawah pelana untuk memuatkan pelbagai barangan peribadi.

2. WMoto VE1-110E

Ini ialah model paling murah dalam siri WMoto, cuma RM3,748 sahaja dalam tiga pilihan warna: merah, biru dan kuning.

Kapcai ini dijana enjin 4-lejang 2-injap silinder tunggal 106.7cc berkuasa 4.9hp @ 8,000rpm dan tork 6.9Nm @ 6,000rpm dengan transmisi manual 4-kelajuan.

Sistem suspensi menggunakan fork teleskopik konvensional di depan, dan dwi-absorber (bekalang), manakala bahagian roda dipasangkan aloi 17 inci yang dibalut tayar saiz 70/90 di depan, dan 80/90 (belakang).

Sama seperti SM Sport 110E, sistem brek WMoto VE1-110E juga menggunakan brek dram pada kedua-dua roda. Kapcai ini memiliki dimensi panjang 1,900mm, lebar 685mm, tinggi 1,230mm, dan jarak roda 1,235mm dengan tinggi pelana 765mm.dan tinggi lega bumi 115mm.

3. WMoto WM110

Kapcai WMoto ini dijual pada harga RM3,788 setiap satu dalam tiga warna pilihan: biru, merah dan hitam. Model ini dijana enjin 4-lejang 2-injap silinder tunggal 109cc berkuasa 7.1hp @ 8,000rpm dan tork 7.2Nm @ 6,000rpm dengan kotak gear manual 4-kelajuan.

Bahagian suspensi menggunakan fork teleskopik konvensional di depan dan dwi-absober Kayaba (belakang). Bahagian roda pula dipasangkan rim aloi 17 inci yang dibalut tayar saiz 2.50 di depan, dan 2.75 (belakang) bersama sistem brek cakera di depan dan brek dram di belakang.

Aspek dimensi memiliki panjang 1,910mm, lebar 690mm, tinggi 1,0800mm, dan jarak roda 1,280mm serta kapasiti tangki minyak 4 liter.

Semua model kapcai boleh didapati di rangkaian pengedar sah MForce seluruh negara. Setiap pembelian layak mendapat waranti dua tahun atau jarak perbatuan 20,000km (mana satu tiba dulu).

BACA >>> MForce Bakal Jadi Pengedar Rasmi Motosikal, Skuter Elektrik Yadea di Malaysia?
BACA >>> #TunggangUji [dari Turkiye]: Pakej CFMoto 450SR (2023) Mampu Hapus Stereotaip Negatif
BACA >>> CFMoto 450SR (2023) Lancar dalam Dua Warna Pilihan, 49.6hp, Harga RM28.8k!

SM Sport 110E
WMoto VE1-110E
WMoto WM110
Kapcai Kapcai 110cc kapcai bajet Mforce Bike Holdings Sdn Bhd Motosikal Bajet roda2 WMoto
Shawkath

Artikel Berkaitan

Aveta Vanguard 250 2026
Roda2

Aveta Vanguard 250 2026 Dikemas Kini dengan 10 Naik Taraf Baharu

27/02/2026
Roda2

Ducati DesertX V2 2026 dengan Enjin V2 890cc Baharu, Lebih Mudah Selenggara

27/02/2026
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Korang – Naked, Sportbike, Cruiser atau Touring?

26/02/2026
Roda2

Indian Motorcycle Sambut 125 Tahun, Lancar Empat Model Edisi Khas

26/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.