Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Merokok ketika Memandu, Menunggang Boleh Didenda, atau Penjara 3 Bulan
Auto Terkini

Merokok ketika Memandu, Menunggang Boleh Didenda, atau Penjara 3 Bulan

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize12/01/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

TAHUKAH anda merokok ketika memandu atau menunggang di Indonesia boleh dikenakan denda hingga Rp750,000 (RM210) atau penjara 3 bulan?

Ini kerana perbuatan merokok sambil memandu atau menunggang berisiko mengurangkan fokus seperti dinyatakan Akta 283 ditetapkan Undang-Undang Nomor 22 Tahun 2009 tentang Lalu Lintas dan Angkutan Jalan (UU LLAJ).

Setiap orang yang mengendalikan kenderaan bermotor di jalan tidak wajar melakukan kegiatan lain atau dipengaruhi sesuatu yang boleh mengganggu fokus pemanduan. Jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dipenjara maksimum tiga bulan atau denda maksimum Rp750,000.”

Ketua Subdirektorat Penguatkuasa Polis Daerah Metro Jaya, Jhoni Eka Putra berkata, walaupun akta berkenaan tidak menyebut perbuatan rokok secara spesifik, tetapi mengatakan apa saja kegiatan lain ketika memandu adalah tidak wajar.

Jika kita memandu, teruskan memandu tanpa melakukan kegiatan lain. Jika kegiatan lain dilakukan, itu namanya mengganggu fokus,” katanya.

Merokok mampu mengganggu pengguna lain kerana abu rokok boleh terbang memasuki mata pengguna jalan raya lain di belakang. Selain membahayakan kesihatan, merokok juga boleh menyebabkan kemalangan atau lebih teruk, kebakaran.

Peraturan Menteri Pehubungan Nomor 12 Tahun 2019 mengenai Perlindungan Keselamatan Pengguna Motosikal juga menyatakan penunggang motosikal dilarang merokok.

Penunggang dilarang merokok dan melakukan aktiviti lain yang mengganggu konsentrasi ketika sedang menunggang motosikal.”

MEROKOK DI MALAYSIA?

Di Malaysia pula, anda boleh disaman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) jika merokok atau menggunakan rokok elektronik (vape) ketika memandu, tetapi tertakluk kenderaan tertentu seperti:

  • Bas bermotor – kenderaan perkhidmatan awam yang mempunyai 7 tempat duduk atau lebih
  • Bas sewa persendirian – bas yang disewa dibawah suatu kontrak bagi penggunaan kenderaan tersebut secara sepenuhnya
  • Bas persendirian – bas dimiliki mana-mana individu dan digunakan hanya untuk membawa pekerja pemilik bas, atau membawa individu berkaitan perniagaan.
  • Bas sekolah
  • Teksi

Menurut Akta Pengangkutan Awam Darat 2010, tiada indiviu dibenarkan merokok atau mengambil keluaran tembakau di dalam atau atas mana-mana kereta api, kenderaan perkhidmatan awam atau kenderaan pelancongan.

Sesiapa yang melanggar larangan boleh didenda tidak lebih RM10,000 atau dipenjara tidak lebih dua tahun atau kedua-dua sekali.

Bagaimanapun, JPJ tiada kuasa mengeluarkan saman ke atas pemandu kenderaan persendirian kerana ia ruang peribadi seperti dijelaskan bekas Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye.

BACA >>> Penjara 3 Bulan, Denda Jika Hisap Rokok Sambil Menunggang Motosikal di Indonesia
BACA >>> #ApaNakBuat: Cara Bajet Hilangkan Bau Asap Rokok dalam Kereta
BACA >>> Padah Campak Keluar Puntung Rokok Depan Ketua Polis, Terus Kena Saman Lebih RM2k
BACA >>> Puerto Rico Denda RM1k Jika Merokok dalam Kereta Dinaiki Kanak-Kanak, Remaja

SUMBER: Kompas.com 

Indonesia JPJ Menunggang Sambil Merokok merokok merokok dalam kereta Rokok Saman
Sharil Tarmize

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Auto Terkini

    Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km, Harga Munasabah

    20/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    LaLaport Transportation Hub (LTH)
    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    20/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.