Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Mercedes-Benz VLE Elektrik dengan Jarak Pandu Lebih 700km, Kerusi Boleh Tanggal
Auto Terkini

Mercedes-Benz VLE Elektrik dengan Jarak Pandu Lebih 700km, Kerusi Boleh Tanggal

Abang HirataBy Abang Hirata16/03/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Mercedes-Benz VLE

MERCEDES-BENZ melangkah ke era baharu menerusi pengenalan van elektrik Mercedes-Benz VLE dengan jarak gerak lebih 700km dan pelbagai teknologi canggih.

Mercedes-Benz VLE ialah model pertama yang dibangunkan menggunakan platform Van Architecture yang bersifat modular, fleksibel, dan boleh skala.

Mercedes-Benz VLE menggabungkan kualiti pemanduan dan pengendalian sebuah limosin (panggilan Mercedes-Benz) dengan aspek praktikaliti dan versatiliti sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV).

Berbanding MPV Jepun seperti Lexus LM, Alphard atau Vellfire, VLE bersaing terus dengan model dari China seperti Zeekr 009, Denza D9, Xpeng X9 dan beberapa lagi.

Rekabentuk Luaran, Aerodinamik

Mercedes-Benz VLE 300
Mercedes-Benz VLE 300

Penggunaan platform Van Architecture membolehkan Mercedes-Benz VLE tampil dengan estetika inovatif yang menawan.

Ia menampilkan gaya rendah yang diperkemas bagi memastikan kecekapan udara luar biasa. Hasilnya, VLE mencatatkan pekali seretan (Cd) serendah 0.25, juga angka yang sangat impresif bagi sebuah kenderaan saiz besar.

Rekabentuk itu bukan saja mementingkan gaya, tetapi menyumbang secara langsung kepada prestasi jarak gerak yang lebih jauh.

Fleksibiliti Ruang Dalaman, Sistem Kerusi

Mercedes-Benz VLE 300
Mercedes-Benz VLE 300

Ruang kabin Mercedes-Benz VLE direka untuk memuatkan sehingga lapan penumpang dengan tahap keselesaan tinggi.

Pengguna ditawarkan tempat duduk Roll & Go manual, yang mana kerusi dilengkapi empat roda bersepadu untuk memudahkan pergerakan ke depan atau belakang, dikunci pada mana-mana posisi, atau dikeluarkan terus dari kabin dengan mudah.

Mercedes-Benz VLE 400
Mercedes-Benz VLE 400

Bagi pilihan elektrik, fungsi Remote Variable Rear Space membolehkan pelarasan kerusi dibuat melalui aplikasi atau menu utama pada papan pemuka.

Mercedes-Benz turut memperkenalkan kerusi Grand Comfort elektrik yang dilengkapi bantal tambahan, pengecasan wayarles, sokongan lumbar, fungsi urutan dan sokongan betis.

Teknologi Infotainmen MBUX, MB.OS

Mercedes-Benz VLE 300

Aspek digital dikuasakan Mercedes-Benz Operating System (MB.OS) yang menggunakan kecerdasan buatan (AI). Sistem itu terdiri daripada pembantu maya MBUX Virtual Assistant yang mampu memahami perbualan kompleks dengan memori dan bertindak balas secara natural.

Di depan, MBUX Superscreen merangkumi tiga unit paparan dengan kluster instrumen pemandu 10.25 inci, unit infotainmen di tengah 14 inci dan skrin penumpang depan 14 inci.

Penumpang belakang pula menikmati MBUX Rear Space Experience menerusi skrin panoramik 8K saiz 79 31.3 inci yang boleh ditarik balik dari siling, lengkap dengan fungsi pembahagi skrin dan kamera 8 megapiksel.

Keselesaan Pemanduan, Pengendalian

Mercedes-Benz VLE 300
Mercedes-Benz VLE 300

Bagi memastikan mutu pemanduan tenang, Mercedes-Benz VLE dilengkapi sistem suspensi udara AIRMATIC yang mempunyai kawalan ketinggian 40mm.

Selain itu, sistem stereng gandar belakang dengan sudut 7ยบ memberikan kelincahan luar biasa, yang membolehkan VLE mencatatkan radius pusingan dari tembok ke tembok hanya 10.9 meter, sekali gus memudahkan pergerakan di kawasan sempit atau tempat parkir kereta bertingkat.

Trenkuasa, Varian

Varian pertama bakal dilancarkan ialah Mercedes-Benz VLE 300 elektrik yang menjana kuasa 203kW (276ps) dengan jarak gerak melebihi 700km (WLTP).

Seterusnya, Mercedes-Benz akan memperkenalkan varian tertinggi iaitu Mercedes-Benz VLE 400 4MATIC elektrik.ย  Model prestasi itu mampu menghasilkan kuasa lebih 300kW (408ps) dan berupaya memecut 0 – 100kmj sepantas 6.5 saat.

Kedua-dua model menggunakan teknologi bateri nikel-mangan-kobalt (NMC) baharu dengan kandungan tenaga boleh guna 115kWj.

Pada tahun depan, dua lagi model akan menyusul dengan penggunaan bateri litium-besi-fosfat (LFP) yang menawarkan kandungan tenaga boleh guna 80kWj.

Ciri Keselamatan, ADAS

Mercedes-Benz VLE 300
Mercedes-Benz VLE 400

Sistem Bantuan Pemanduan Termaju (ADAS) MB.DRIVE ditawarkan untuk memudahkan pengendalian dengan ciri standard seperti Distance Assist DISTRONIC.

Pilihan tambahan MB.DRIVE ASSIST pula membawakan fungsi stereng semi autonomi di lebuh raya dan Bantuan Tukar Lorong (LCA) yang membolehkan pemandu menukar lorong dibuat automatik hanya dengan mengaktifkan lampu segnal belok.

Spesifikasi Mercedes-Benz VLE

Mercedes-Benz VLE 300
  • Mercedes-Benz VLE 300 elektrik: 203kW (276ps)
  • Mercedes-Benz VLE 400 4MATIC elektrik: Lebih 300kW (408 ps)
  • Pecutan 0 – 100kmj (VLE 400): 6.5 saat
  • Kapasiti bateri NMC: 115 kWj
  • Kapasiti bateri LFP: 80kWj
  • Jarak pandu elektrik: Lebih 700km (WLTP)
  • Pengecasan pantas (DC): 15 minit, 355km
  • Teknologi sistem: 800V
  • Penggunaan tenaga (VLE 300): 20.4kWj – 18.6kWj per 100km
  • Pekali seretan: 0.25cd
  • Konfigurasi penumpang: Sehingga 8 orang
  • Saiz skrin belakang: 31.3 inci resolusi 8K
  • Paparan pemandu: 10.25 inci
  • Paparan tengah dan penumpang: 35.6mm (14 inci)
  • Radius pusingan: 10.9 meter
  • Sistem suspensi: AIRMATIC dengan kawalan aras 40mm
  • Sudut stereng gandar belakang: 7ยบ
Mercedes-Benz VLE 300
Mercedes-Benz VLE 300
Mercedes-Benz VLE 300
Mercedes-Benz VLE 300
Mercedes-Benz VLE 300
Mercedes-Benz VLE 300
Mercedes-Benz VLE 300
Mercedes-Benz VLE 300
Mercedes-Benz VLE 300
Mercedes-Benz VLE 300
Mercedes-Benz VLE 300
Mercedes-Benz VLE 300
Mercedes-Benz VLE 300
Mercedes-Benz VLE 300
Mercedes-Benz VLE 300
Mercedes-Benz VLE 300
Mercedes-Benz VLE 300
Mercedes-Benz VLE 300
Mercedes-Benz VLE 300
Mercedes-Benz VLE 300
Mercedes-Benz VLE 300
Mercedes-Benz VLE 300
Mercedes-Benz VLE 300
Mercedes-Benz VLE 300
Mercedes-Benz VLE 300
Mercedes-Benz VLE 300
Mercedes-Benz VLE 400
Mercedes-Benz VLE 400
Mercedes-Benz VLE 400
Mercedes-Benz VLE 400
Mercedes-Benz VLE 400
Mercedes-Benz VLE 400
Mercedes-Benz VLE 400
Mercedes-Benz VLE 400
Mercedes-Benz VLE 400
Mercedes-Benz VLE 400
Mercedes-Benz VLE 400
Mercedes-Benz VLE 400
Mercedes-Benz VLE 400
Mercedes-Benz VLE 400
Mercedes-Benz VLE 400
Mercedes-Benz VLE 400
Mercedes-Benz VLE 400
Mercedes-Benz VLE 400
Mercedes-Benz VLE 400
Mercedes-Benz VLE 400
Mercedes-Benz VLE 400
Mercedes-Benz VLE 400
EV Kenderaan Elektrik (EV) Mercedes-benz Mercedes-Benz VLE Mercedes-Benz VLE 300 Mercedes-Benz VLE 400 Roda4 Van
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    LEPAS Tampil Strategi Jenama Berteraskan Komuniti Menjelang Pelancaran Malaysia

    17/03/2026
    QJMotor AX200s recall
    Auto Terkini

    Isu Mufler Retak: QJMotor Malaysia Panggil Balik Skuter AX200s

    17/03/2026
    Sukan Permotoran

    TGR Malaysia Sertai Thailand Super Series 2026

    17/03/2026
    Acara KLSCFM batal sempena Aidilfitri 2026
    Auto Terkini

    KL Car Free Morning (KLCFM) Batal 22, 29 Mac Ini Sempena Cuti Raya

    17/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.