Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Mercedes-Benz GLC 300 4MATIC (2023) Serba Baharu Lancar di Malaysia, Harga RM429k!
Roda4

Mercedes-Benz GLC 300 4MATIC (2023) Serba Baharu Lancar di Malaysia, Harga RM429k!

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize07/04/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MERCEDES-Benz Malaysia hari ini melancarkan Mercedes-Benz GLC 300 4Matic (2023) serba baharu untuk pasaran Malaysia pada harga RM429,888 (harga disyorkan* dengan cukai jualan 10 peratus).

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Presiden Mercedes-Benz Malaysia (MBM), Sagree Sardien berkata, sebagai kenderaan utiliti sukan (SUV) terlaris Mercedes-Benz, GLC memiliki pengikut kukuh di Malaysia dengan lebih 12,000 unit terjual sejak 2016.

Menurutnya, GLC menggabungkan keseronokan pemanduan dinamik, rekabentuk moden dan ciri canggih seperti kokpit luar jalan dan navigasi MBUX Augmented Reality yang  menetapkan standard baharu SUV mewah menerusi pengalaman pemanduan lancar.

Luaran Mercedes-Benz GLC 300 (2023)

Gaya ekspresif AMG Line memberikan sentuhan luaran dan sporty dan eksklusif pada luaran. Rekabentuk badan mengetengahkan rekabentuk permukaan penuh dengan bentuk tepat di sisi.

Ini menekankan perkadaran, menyerlahkan gerbang roda maskular dan mewujudkan keseimbangan antara keanggunan dan prestasi luar jalan. GLC baharu ini dilengkapi dengan rel bumbung aluminium yang digilap dan papan larian yang kelihatan aluminium dengan stud getah. Penggayaan badan AMG terdiri daripada apron hadapan AMG dengan salur masuk udara sporty dan elemen kemasan krom dan apron belakang AMG seperti difusser.

Ciri lain penampilan sporty dan yakin ialah trek lebar dan tayar aloi ringan berbilang jejari AMG 20 inci dan gril radiator dengan corak Mercedes-Benz. Lampu belakang dua bahagian baharu mempunyai bahagian dalam dengan rupa tiga dimensi dan menekankan kelebaran hujung belakang. Ini juga mempunyai pelindung bawah krom simulasi, yang membungkus paip ekor rupa krom simulasi.

Mercedes-Benz GLC 300 4MATIC (2023) didatangkan dengan Digital Light, iaitu teknologi lampu depan revolusioner yang dinamik dan tepat untuk agihan cahaya resolusi tinggi dengan sasaran mengikut situasi semasa. Hasilnya, jarak pandangan pemandu jadi sangat baik tanpa menjejaskan penglihatan pengguna jalan raya lain.

Dimensi utama baharu menekankan penampilan SUV yang dinamik dan berkuasa dengan panjang 4,716 mm, iaitu 60mm lebih panjang dan 4mm lebih rendah daripada model lama. Lebar trek dipertingkat 6 mm di depan (kini 1627 mm) dan 23mm di belakang (kini 1,640mm).

SUV ini juga lebih panjang yang memberi manfaat kepada jarak roda, manakala lebar kekal sama pada 1,890mm.

Ini ialah SUV yang senyap dan tenang dengan golekan tayar dan deseran angin rendah. Ini dicapai dengan mengoptimum akustik kulit badan dan penebat bunyi canggih menerusi membran akustik dalam cermin depan sebagai standard. Kaca penebat haba yang berkesan secara akustik memenuhi jangkaan keselesaan lebih tinggi.

Bahagian Dalaman Mercedes-Benz GLC 300 (2023)

Didatangkan dalam varian tunggal, Mercedes-Benz GLC 300 4MATIC (2023) menampilkan bahagian dalam AMG Line. seperti upholsteri kulit Artico hitam sebagai standard, mikrofiber Microcut dan pedal sport AMG.

Upholsteri kulit dwi-tona Artico hitam coklat Sienna juga tersedia untuk unit import (CBU) terhad. Kemasan itu memastikan rekabentuk dalaman menjadi dinamik dan menyerlahkan gaya pemanduan sporty.

Stereng sport multifungsi dalam balutan kulit Nappa menonjol jelas dengan bahagian bawah rata.

Bahagian bawah mempunyai ruang kemasan luas yang mengalir harmoni ke konsol tengah kemasan struktur logam lengkung.

Kluster instrumen depan pemandu jenis apung dan dalam resolusi tinggi bersaiz 12.3 inc. Unit infotainment bersaiz 11.9 inci dalam posisi vertikal, diposisikan kemas dan tanpa sambungan dari konsol tengah yang juga dalam rekaan apung.

Seperti papan pemuka, permukaan skrin condong sedikit ke arah pemandu untuk paparan lebih jelas.

Sistem MBUX (Mercedes-Benz User Experience) generasi terkini menjadikan akses unit infotainment lebih digital dan pintar.

Kedua-dua skrin paparan menawarkan pengalaman holistik, penuh estetika dengan maklumat yang disalur tersusun dan jelas. Navigasi skrin penuh memberikan pemandu panduan laluan terbaik dengan realiti terimbuh MBUX Augmented Reality. Sebuah kamera berfungsi merekodkan persekitaran depan SUV.

Paparan tengah menunjukkan imej bergerak dan menindih objek virtual, maklumat dan penanda, seperti anak panah arah, cadangan tukar lorong dan nombor rumah yang menjadikan pengalaman navigasi lebih mudah, terutama di bandar.

Sementara itu, bantuan arahan suara Hey Mercedes dibangunkan berasaskan algoritma terkini yang mana sistem dapat menyesuaikan diri mengikut kehendak dan pilihan pengguna.

Penyedia strim muzik boleh disepadu lancar dalam MBUX, dan pelanggan boleh menikmati pengalaman muzik peribadi dalam model ini menerusi sistem bunyi sekeliling 3D Burmester yang berkualiti tinggi.

Kapasiti but mendapat manfaat anjur (overhang) belakang lebih besar yang meningkat ketara kepada 620 liter (+70 liter berbanding model terdahulu). Mercedes-Benz GLC 300 4MATIC (2023) mempunyai pintu belakang Easy-Pack sebagai standard untuk memudahkan buka dan tutup pintu dengan sentuhan butang pada kunci, suis pintu pemandu atau hendal buka kunci pintu belakang.

Enjin 4-silinder elektrik secara sistematik

Mercedes-Benz GLC 300 4MATIC (2023) dijana enjin hibrid ringan (MHEV) dengan teknologi 48V dan generator pemula bersepadu generasi kedua.

Trenkuasa 4-silinder 2.0L diambil daripada siri enjin Mercedes-Benz FAME (Family of Modular Engines) yang menghasilkan output kuasa  258hp @ 5,800 dan tork 400Nm @ 2,000 – 3,200rpm, manakala pecutan 0-100kmj sepantas 6.2 saat dan kelajuan maksimum 240kmj.

Sistem suspensi menampilkan absorber empat pautan baharu di depan dan absorber independan multi-link yang dipasang pada subfrem. Ciri Agility Control memberikan cengkaman jalan optimum tanpa menjejaskan keselesaan.

Sistem keselamatan dan bantuan terkini GLC 300

Mercedes-Benz GLC 300 4MATIC (2023) baharu dilengkapi perlindungan kenderaan GUARD 360° yang menawarkan pemantauan menyeluruh terhadap persekitaran kenderaan seperti sistem penggera pecah masuk dan antikecurian dengan perlindungan tunda.

Selain itu, SUV ini turut menerima Bantuan Kekal Lorong Aktif (ALKA), dan jika potensi bahaya dikesan, sistem bantuan akan campur tangan secara aktif. Ciri keselamatan lain diberikan ialah Bantuan Titik Buat (BSA), Bantuan Brek Aktif (ABA), dan sistem praselamat Pre-Safe serta banyak lagi.

Sistem Parkir GLC 300

Mercedes-Benz GLC 300 4MATIC (2023) dilengkapi pakej parkir baharu dengan kamera 360º dan Bantuan Parkir Aktif (APA) dengan Parktronic yang menawarkan pandangan menyeluruh terbaik bagi memudahkan proses memarkir tepat.

Paparan tengah menunjukkan sekeliling kenderaan ketika memarkir yang terdiri daripada empat imej kamera individu dari pandangan depan, belakang dan dua sisi kenderaan, termasuk pandangan virtusl mata burung (bird-eye).

Paparan juga menunjukkan sudut pandangan berbeza seperti mod depan, belakang atau treler. Pemandu turut boleh memilih sama ada memarkir secara manual atau menyerahkan kawalan kepada sistem APA.

Offroad dengan GLC 300?

Mercedes-Benz GLC 300 4MATIC (2023) juga direka untuk pemanduan off-road dengan dilengkapi ciri dan sistem baharu seperti mod pandu Off-Road dan Regulasi Halaju Turun Bukit (DSR).

Dalam mod Off-Road, kamera 360º memaparkan rupa depan tanpa bonet dengan menghilangkan pandangan bonet, sebaliknya menunjukkan pandangan virtual bawah bonet, termasuk roda depan dan posisi stereng.

Mod ini sangat membantu kerana membolehkan pemandu mengenali halangan seperti batu besar atau jalan berlubang dalam di laluan pada peringkat awal.

BACA >>> Sentuhan Premium Jadikan smart #1 Mercedes Mini Versi Elektrik
BACA >>> Mercedes-Benz GLC Langgar Traktor Sampai Putus Dua!

2023 GLC Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Mercedes-benz Mercedes-Benz GLC 300 4Matic Roda4 SUV
Sharil Tarmize

    Artikel Berkaitan

    Honda henti pengeluaran tiga model EV
    Auto Terkini

    Honda Batal Pembangunan Tiga Model EV, Bos Besar Dipotong Imbuhan!

    14/03/2026
    Jetour T2 2026
    Roda4

    SUV Kompak, Jetour T2 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM156,800!

    14/03/2026
    Land Rover Range Rover Velar | Spyshot
    Roda4

    #Spyshot: Land Rover Range Rover Velar Generasi Baharu Tukar Jadi Wagon EV?

    13/03/2026
    Audi RS 3 Competition Limited 2026
    Roda4

    Audi RS 3 Competition Limited 2026 – Model Edisi Terhad Rai 50 Tahun Enjin 5-Silinder

    13/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Aveta Bellagio 125
    Roda2

    Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

    By Syafie05/03/2026
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.