Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Audi RS 3 Competition Limited 2026 – Model Edisi Terhad Rai 50 Tahun Enjin 5-Silinder
Roda4

Audi RS 3 Competition Limited 2026 – Model Edisi Terhad Rai 50 Tahun Enjin 5-Silinder

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam13/03/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Audi RS 3 Competition Limited 2026

AUDI memperkenalkan model edisi khas Audi RS 3 Competition Limited 2026 sempena meraikan ulang tahun ke-50 enjin 5-silinder turbo ikonik jenama dari Ingolstadt itu.

Model itu dibangunkan sebagai tribut kepada antara enjin Audi paling terkenal yang menjadi sebahagian penting sejarah prestasi jenama tersebut.

Edisi khas itu dibina berasaskan model RS 3 sedan dan hatchback, iaitu dua model terakhir dalam barisan Audi yang masih menggunakan enjin 5-silinder legenda tersebut.

Rekabentuk Lebih Agresif, Eksklusif

Audi RS 3 Competition Limited 2026

Bagi menonjolkan identiti edisi istimewa, Audi RS 3 Competition Limited 2026 menerima beberapa peningkatan rekabentuk seperti bampar depan lebih agresif dengan elemen aerodinamik tambahan bagi meningkatkan daya mendap (downforce).

Bahagian sisi dilengkapi sil sisi yang dipanjangkan dan difuser belakang gentian karbon dengan paip ekzos besar, termasuk dipadankan rim khas 10-jejari silang 19 inci warna Matte Neodymium Gold (emas kusam).

Audi turut menawarkan tiga warna eksklusif: Malachite Green Finish (hijau), Daytona Gray (kelabu) dan Glacier White Matte (putih).

Enjin 5-Silinder 2.5L Turbo, 400hp

Audi RS 3 Competition Limited 2026

Di bawah bonet, Audi RS 3 Competition Limited 2026 masih mengekalkan enjin 5-silinder 2.5L turbo yang menghasilkan output kuasa 400hp dan tork 500Nm.

Enjin yang dikenali secara dalaman sebagai EA855 R5 itu turut digunakan pada model TT RS sebelum ini.

Enjin tersebut membolehkan pecutan 0 – 100kmj dicapai dalam masa kurang 4 saat dengan konfigurasi pembakaran unik 1 – 2 – 4 – 5 – 3 menghasilkan deruman enjin unik yang menjadi identiti model 5-silinder Audi sejak era rali Group B.

Suspensi, Pengendalian Dipertingkat

Audi RS 3 Competition Limited 2026

Audi RS 3 Competition Limited 2026 turut menerima beberapa penambahbaikan pada casis seperti sistem suspensi koilover khas yang boleh dilaras mengikut situasi pemanduan.

Model itu juga dilengkapi stabilizer belakang baharu, dan brek karbon seramik dari kilang bagi meningkatkan keupayaan membrek dan pengendalian keseluruhan.

Pengeluaran Terhad 750 Unit

Audi RS 3 Competition Limited 2026
Audi RS 3 Competition Limited 2026

Audi hanya menghasilkan 750 unit Audi RS 3 Competition Limited 2026 seluruh dunia, dan dijadualkan mula dijual di Eropah dalam masa terdekat.

Harga bermula €102,680 (RM465,420) untuk versi sedan dan €100,680 (RM456,350) bagi hatchback, yang menjadikan model itu antara varian Audi RS 3 paling eksklusif pernah ditawarkan Audi.

Audi RS 3 Competition Limited 2026
Audi RS 3 Competition Limited 2026
Audi RS 3 Competition Limited 2026
Audi RS 3 Competition Limited 2026
Audi RS 3 Competition Limited 2026
Audi RS 3 Competition Limited 2026
Audi RS 3 Competition Limited 2026
Audi RS 3 Competition Limited 2026
Audi RS 3 Competition Limited 2026
Audi RS 3 Competition Limited 2026
Audi RS 3 Competition Limited 2026
Audi RS 3 Competition Limited 2026

SUMBER: GearPatrol.com

Audi Audi hot hatch audi limited edition Audi RS 3 Competition Limited 2026 Audi RS3 Audi RS3 Competition Limited hot-hatch
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Logo GWM
    PHEV

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    24/06/2026
    Auto Terkini

    Škoda Peaq, SUV EV 7 Tempat Duduk, Jarak Lebih 640 km!

    24/06/2026
    Pelancaran Chery Tiggo 9 di Bangunan Sultan Abdul Samad, Dataran Merdeka, KL
    Roda4

    SUV Segmen-D Premium, Chery Tiggo 9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM166,800!

    24/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

    23/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    By Shazwan Hisam18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.