Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Mercedes-AMG GLS 63 (2023), SUV MHEV V8 dengan Pecutan 0-100kmj Sepantas 4.2 Saat!
Roda4

Mercedes-AMG GLS 63 (2023), SUV MHEV V8 dengan Pecutan 0-100kmj Sepantas 4.2 Saat!

Abang HirataBy Abang Hirata02/05/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MERCEDES-AMG GLS 63
adalah antara siri kenderaan utiliti sukan (SUV) Mercedes-Benz GLS yang dinaik taraf selepas dilancarkan Oktober 2019.

Berbeza varian GLS lain, Mercedes-AMG GLS 63 tampil dengan gril vertikal Panamericana, dan bampar lebih agresif, manakala logo bintang Mercedes ditukar kepada logo AMG, sama seperti model prestasi lain.

Ada beberapa pilihan rim untuk pelanggan, sama ada kekal dengan rim aloi standard 21 inci, atau pesan rim 22 inci dan 23 inci jenis tempa (forged).

Menambah gaya, nyalaan AMG dengan pemancar logo baharu akan terpampang atas permukaan jalan apabila pintu depan dibuka. Bahagian belakang pula lebih ringkas dengan corak suluhan lampu ditukar kepada tiga unit blok berbanding lingkaran sebelum ini.

Pelanggan diberikan dua pilihan warna baharu, Manufaktur Alpine Grey (bukan metalik) dan Sodalite Blue Metallic.

Bahagian dalaman, kerusi AMG dan kluster instrumen dibalut kulit nappa Ekslusif, manakala kabin menampilkan skema warna baharu, Bahia Brown dan hitam, atau Macchiato Beige dan hitam.

Untuk aksen, pelanggan ditawarkan Glossy Brown Lime Wood atau Manufaktur Glossy Black Piano Lacquer. Sama seperti model baharu lain, model ini turut dilengkapi unit infotainmen MBUX terbaru dengan skrin khas AMG.

Mercedes turut menambah ciri standard seperti stereng AMG baharu, bumbung suria panoramik jenis gelangsar, kerusi depan dengan fungsi pemanas dan penyejuk, dan pemegang cawan kawalan suhu.

Kenderaan utiliti sukan (SUV) ini turut dilengkapi Bantuan Lampu Suluh Tinggi Adaptif (AHB), Integrasi Telefon Pintar, sistem audio Burmester, Parking Pilot 360º, pakej Memory, pakej Keyless-G0 dan Bantuan Dalaman MBUX.

Selain ciri standard, pelanggan ditawarkan pilihan MBUX Augmented Reality, lampu depan Multibeam LED dan pakej AMG Driver untuk pemanduan lebih prestasi.

Senarai diteruskan dengan pakej Air Balance, kerusi depan pelbagai kontur, paparan dongak (HUD), stereng dengan ciri pemanas dan kemasan ala gentian karbon.

Mercedes-AMG GLS 63 ialah varian GLS paling berkuasa dengan enjin AMG 4.0L V8 Biturbo berkuasa 612hp @ 5,750-6,500 rpm dan tork 850Nm @ 2,500-4,500 rpm.

Enjin dipadankan sistem hibrid ringan (MHEV) 48V dan alternator penghidup bersepadu (ISG) dengan fungsi Boost untuk kuasa tambahan 16kW (22hp) dan tork 250Nm. Pecutan dari 0-100kmj hanya memerlukan 4.2 saat, manakala kelajuan maksimum mencecah 280kmj.

Enjin SUV ini juga dilengkapi teknologi nyah aktif silinder bagi mengurangkan penggunaan petrol dan kuasa enjin dihantar kepada transmisi AMG Speedshift TCT 9G dan pacuan semua roda (AWD) AMG Performance 4MATIC+.

Tugas pemanduan dan pengendalian mantap diserahkan kepada suspensi AMG Ride Control+ dengan damper boleh laras adaptif. Sistem penstabil oleng dan suspensi udara dikemas kini perisian dan diberikan tetapan baharu.

BACA >>>Mercedes-AMG C 63 S E Performance 2.0L Hybrid (2023), Enjin 4-Silinder Terkuat Dunia!
BACA >>> Mercedes-Benz 300 SLR Uhlenhaut Coupé (1955) Ini Dijual RM630j!

Mercedes-AMG GLS 2023
AMG Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Mercedes Mercedes-AMG Mercedes-AMG GLS Mercedes-AMG GLS 63 4MATIC+ Mercedes-benz Roda4 SUV
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    Mercedes-AMG A45 S Final Edition – Edisi Perpisahan Sebelum Diganti EV

    28/07/2026
    Porsche Cayenne Turbo Electric previu di Malaysia
    Roda4

    Porsche Cayenne Turbo Electric Tayang di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2 Juta!

    28/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    By Syafie27/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.