Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Menteri: Pengeluar Bas Jangan Lupa Pasaran Sabah, Sarawak
Auto Terkini

Menteri: Pengeluar Bas Jangan Lupa Pasaran Sabah, Sarawak

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju02/03/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

MENTERI Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook meminta pengeluar dan pembekal bas tidak hanya menumpukan tawaran kenderaan baharu di Semenanjung, tetapi turut melibatkan Sabah dan Sarawak.

Beliau mendakwa menerima banyak maklum balas daripada rakyat Sabah dan Sarawak mengenai pelbagai perkhidmatan baharu diperkenalkan di Semenanjung termasuk mod pengangkutan baharu dan mutu perkhidmatan lebih baik.

BACA >>> Ramai Pemandu Pengangkutan Malaysia Pilih Singapura Sebab Gaji Tinggi
BACA >>> Anthony Loke: Serap Kos Ujian Lesen Bantu Anak Muda Ceburi Ekonomi Gig

Loke berkata;

Apa yang saya cadangkan pihak pengeluar (kenderaan) dan pihak pembekal pergi memperkenalkan produk ke Sabah dan Sarawak.

“Ini supaya operator di sana ada ruang untuk naik taraf flit masing-masing. Mana tau mereka juga sudah bersedia untuk melabur (naik taraf perkhidmatan).

“Saya nak katakan, di Sabah dan Sarawak ada juga pasarannya. Selalunya pengeluar lebih bertumpu produk untuk Semenanjung saja. Saya harap mereka juga boleh pasarkan kepada operator di Sabah dan Sarawak.

“Jika di Sabah dan Sarawak sudah bersedia untuk melabur, mereka boleh berbincang dengan pelbagai agensi Kerajaan untuk melihat bagaimana kita boleh memudah cara. Umpamanya dari segi pembiayaan, ada Bank SME , Bank Pembangunan dan dana yang boleh dimohon untuk mendapatkan pelaburan memiliki flit baharu.

“Agensi seperti MIROS (Institup Kajian Jalan Raya Malaysia), juga boleh membantu memberi nasihat dari segi teknikal. Inilah saya maksudkan.”

BACA >>> Allianz General Lancar Pakej Allianz Truck Warrior untuk Kenderaan Barangan Hingga 7.5 Tan

Beliau turut menjelaskan Kerajaan sebenarnya tidak memiliki sebarang syarikat bas ekspres. Ini kata beliau:

Jadi, apa saya nak katakan bas-bas baharu ini bukan dibeli Kerajaan dan Kerajaan tidak memiliki apa-apa syarikat bas ekspres.

“Kerajaan tidak mengendalikan industri bas ekspres tetapi apa dikendalikan ialah bas henti-henti atau bas dalam bandar seperti RapidKL.

“Untuk bas ekspres rentas negeri atau antara negeri, semuanya dikendalikan pihak swasta. Jadi, pihak swasta perlu membelanja kos mereka dan melabur untuk mendapatkan bas-bas baharu ini.

“Ini ada ekosistem, iaitu sokongan pihak institusi kewangan seperti bank dan pengeluar kenderaan di pasaran.”

BACA >>> Kerajaan Belanja RM1 Bilion Tampung Kos Bas Henti-Henti Sejak 2012
BACA >>> Perkhidmatan Bas Rapid KL Kini dalam Google Maps Secara ‘Real-Time’

Anthony Loke autoterkini Institup Kajian Jalan Raya Malaysia (MIROS) Kementerian Pengangkutan (MOT) Volvo
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    20/06/2026
    Auto Terkini

    Honda N-BOX 2026 – Wajah N-BOX Custom lebih garang!

    19/06/2026
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    19/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026 Nissan X-Trail e-Power e-4ORCE Facelift Sah Tiba Di Malaysia Suku Keempat 2026

    By Shazwan Hisam12/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.