Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Menteri: Laluan KM66.1 Lebuhraya KL-Karak Buka Jam 7 Malam Ini
Auto Terkini

Menteri: Laluan KM66.1 Lebuhraya KL-Karak Buka Jam 7 Malam Ini

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju26/07/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MENTERI Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menyatakan laluan KM66.1 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KL-Karak) dijangka dibuka semula kira-kira jam 7 malam ini.

Beliau meninjau lokasi kejadian tanah mendap pagi tadi sebelum menghadiri program Lawatan Tapak ke Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) Seksyen 6: Persimpangan Kapar – Persimpangan Assam Jawa.

Alexander berkata;

Saya telah turun meninjau keadaan jalan mendap (sinkhole) di Lebuhraya KM66.1 Lebuhraya KL-Karak (Bentong) pada jam 9.30 pagi tadi.

“Bagi memastikan keselamatan pengguna, saya telah mengarahkan kesemua agensi yang terlibat untuk mengambil tindakan segera dan pemantauan berterusan dilaksanakan bagi mengesan sebarang kegagalan bawah tanah di lokasi.

“Kerja-kerja membaik pulih dijangka dapat diselesaikan seawal jam 7 petang ini tertakluk kepada penilaian akhir pihak jurutera ECRL, LLM dan ANIH Berhad. Keselamatan rakyat dan pengguna jalan raya adalah keutamaan saya.”

Terdahulu, beliau berpuas hati dengan kerja-kerja pemantauan dan pembaikan yang berjalan lancar, selain memuji sistem kontraktor yang berjaya mengesan pergerakan tanah dengan langkah penutupan jalan dibuat lebih awal.

Beliau dipetik Sinar Harian berkata;

Mereka buat sistem untuk mengetahui ada movement (pergerakan) tanah dekat kawasan ini. Memang ada sistem pengesan, jadi dipasang banyak sensor (alat pengesan).

“Oleh kerana itu apabila akan berlaku, mereka akan cepat-cepat menutup jalan… oleh sebab itu tiada kenderaan lalu semasa kejadian. Itu boleh kita puji sistem guna di sini dapat halang sebelum berlaku kejadian.”

Auto Terkini Datuk Seri Alexander Nanta Linggi KM66.1 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) Tanah mendap
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    19/06/2026
    Auto Terkini

    Tukar Minyak Enjin Pun Boleh Dapat Perlindungan? Ini Yang Ditawarkan Automaster Care

    19/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    18/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026 Nissan X-Trail e-Power e-4ORCE Facelift Sah Tiba Di Malaysia Suku Keempat 2026

    By Shazwan Hisam12/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.