Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Menangi Perodua Axia dengan Peraduan Servis & Menang Bermula 1 April – 30 Jun 2017
Autotainment

Menangi Perodua Axia dengan Peraduan Servis & Menang Bermula 1 April – 30 Jun 2017

Han OthmanBy Han Othman06/04/20173 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MAHU dapat Perodua Axia percuma? Ya, anda boleh mencuba nasib dengan menyertai Peraduan Servis & Menang Perodua yang baru saja bermula 1 April – 30 Jun ini.

Caranya, anda mesti membelanjakan sekurang-kurangnya RM300 di mana-mana Pusat Servis Perodua seluruh negara untuk melayakkan diri dipilih sebagai pemenang dengan syarat perbelanjaan mesti melibat pembelian minyak enjin Perodua Genuine Oil.

Lebih menarik, jika anda melakukan servis di Pusat Servis Perodua (bersama minyak enjin Perodua Genuine Oil), peluang anda menang 5 kali lebih tinggi. Sebaliknya, jika sekadar membeli minyak enjin Perodua Genuine Oil bersama alat ganti lain (bernilai RM300 ke atas) dan bukan servis, peluang anda cuma sekali.

BAGAIMANA NAK MENANG?


Mudah saja, selepas selesai berbelanja RM300 seperti disyaratkan di atas, perkara kedua perlu anda lakukan adalah menjawab satu soalan bocor mudah, iaitu:

Apakah jenama minyak enjin Perodua?
A. Perodua Genuine Oil
B. Perodua Total Oil
C. Perodua Ultimate Oil

‘Kacang’ bukan?

Langkah paling akhir, sila hantar JAWAPAN anda menerusi kiriman pesanan ringkas (SMS) kepada 63660 dengan format berikut:

PERODUA<ruang>89112104xxxx<ruang>WD583B<ruang>A

* 89112104xxxx – Nombor kad pengenalan
* WD583B – Nombor pendaftaran kereta yang diservis
* A – Jawapan soalan bocor 😛

Ya, itu saja. Anda tak perlu pun menghantar sebarang resit pembelian kerana maklumat anda akan dimasukkan dalam sistem pembelian atau rekod servis. Jika anda ada buat servis dengan menggunakan Perodua Genuine Oil, nama anda akan didaftarkan lima kali. Ingat, tidak perlu pun hantar SMS lima kali.

Tetapi jika cuma minyak enjin Perodua Genuine Oil dibeli tanpa servis (bernilai RM300), anda akan didaftarkan sekali sahaja.

HADIAH APA YANG MENARIK?


Bagi kami, soalan diberikan cuma sekadar gimik peraduan atau apa yang dipanggil orang sekadar ‘cukup syarat’. Faktanya, pemenang-pemenang akan dipilih secara cabutan undi. Jadi, sudah tentu mereka yang melakukan servis minyak enjin Perodua Genuine Oil berpeluang cerah memenangi Hadiah Utama, terutama mereka yang ada banyak model Perodua dalam garaj rumah. 😛

Selain Hadiah Utama – 1x Perodua Axia Standard G – anda juga berpeluang memenangi 5 hadiah lain seperti berikut:

  • 9x TV LED UHD Samsung 55″
  • 5x baucar melancong bernilai RM3,000
  • 5x telefon pintar Huawei P9
  • 30x baucar Perodua bernilai RM500
  • 40x kad petrol Petronas bernilai RM200

Tunggu apa lagi? Hidupkan kereta dan pergi servis sekarang!

 

autotainment minyak enjin Perodua peraduan Peraduan Servis & Menang Perodua 2017 Perodua Perodua Axia Perodua Genuine Oil Service & Win Contest
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenapa Sesetengah Jalan Raya Guna Lampu Isyarat Biru?

25/06/2026
Elektrifikasi

Protected: Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

25/06/2026
Elektrifikasi

Protected: 4WD Hanya untuk Off-Road? GWM Hi4 Buktikan Ciri Itu Lebih Penting untuk Pemanduan Harian

25/06/2026
Elektrifikasi

Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

25/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

By Syafie19/06/2026
Auto Terkini

Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

By Syafie19/06/2026
Roda2

SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

By Shazwan Hisam21/06/2026
Roda2

Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

By Abang Hirata18/06/2026
Honda N-BOX 2027
Roda4

Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

By Abang Hirata22/06/2026
Roda2

#KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

By Shazwan Hisam18/06/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

By Syafie23/06/2026
Roda2

Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

By Abang Hirata20/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.