Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»McLaren Buka Tempahan Supercar 765LT Spider Edisi Terhad, Harga Mula RM1.8j!
Roda4

McLaren Buka Tempahan Supercar 765LT Spider Edisi Terhad, Harga Mula RM1.8j!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju28/07/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

MCLAREN Automotive sudah memperkenalkan sebuah model baharu  765LT Spider iaitu kereta sport convertible yang dihadkan jumlah pengeluaran kepada 765 unit untuk pasaran global.

Kereta sport itu didakwa sebagai model paling berkuasa firma tersebut hasil aplikasi kejuruteraan termaju dan harga asas dikenakan bermula serendah £310,500 (RM1.8 juta). Berikut ialah perinciannya:

  • Trenkuasa 4.0 liter turbo berkembar V8, menghasilkan kuasa 754hp @  7,500 rpm dan tork 800Nm @ 5,500 rpm. Mampu pecut sehingga 100kmj dalam masa 2.8 saat dan 200kmj selepas 7.2 saat. Kelajuan maksimum ialah 330kmj.
  • Sistem transmisi 7-kelajuan Kotak Gear Syif Sequential (SSG) menghantar kuasa ke roda belakang. Model LT Spider didakwa ada daya pecutan lebih pantas iaitu 15 peratus pecutan gear berbanding model 720S. 
  • Lebih berat 49kg berbanding varian 765LT coupe Convertible tetapi ringan 80kg kalau dibandingkan 720S Spider. Berat sebenar 765LT Spider ialah 1,388kg.
  • Menggunakan material binaan ringan berprestasi tinggi termasuk teknologi gentian karbon termaju untuk komponen badan dan monokok gentian karbon MonoCage II-S.
  • Sarat dengan material binaan ringan lain seperti sistem ekzos titanium yang mengurangkan berat 40 peratus berbanding ekzos keluli dan gred material Formula Satu untuk sistem transmisi sereta kaca lebih nipis.
  • Hadir dengan pakej aerodinamik gentian karbon sama seperti versi coupe membabitkan splitter depan dan spoiler bawah bampar, skirt sisi, bampar depan dan belakang serta diffuser belakang.
  • Ada ciri spoiler belakang jenis aktif yang diselarikan dengan posisi naik turun bumbung kereta. Daya downforce adalah 25 peratus lebih tinggi berbanding 720S Spider.
  • Bumbung keras jenis gentian karbon boleh dibuka atau ditutup secara elektrik dalam masa 11 saat walaupun sedang memandu pada kelajuan 50kmj.
  • Rim aloi 20 inci bercorak 10 jejari ringan dibalut tayar P Zero Trofeo R. Sistem henti membabitkan brek cakera seramik karbon dengan kaliper aluminium 6-piston (depan) dan 4-piston (belakang).
  • Ruang kabin berjiwa sukan bermotor dengan tempat duduk lumba gentian karbon, konsol tengah gentian karbon termasuk lantai serta balutan material Alcantara ringan.
  • Tiada sistem penyaman udara dan audio dalam versi standard kerana mahu kurangkan berat kereta. Jika mahu, pelanggan boleh membuat permohonan dan tiada kos tambahan.

BACA >>> #ApaNakBuat: Bagaimanakah Cara Selenggara Tali Keledar Kereta Anda?
BACA >>> Peraturan Cermin Gelap Kekal Seperti 2019, Kompaun RM300 Jika Tidak Patuh
BACA >>> Saksikan Kastam Filipina Musnahkan McLaren 620R Baharu yang Diseludup
BACA >>> 5 Bahagian Dalaman Kereta yang Ramai Pemandu Terlupa Cuci
BACA >>> Atuk 78 Tahun Lenjan McLaren 720S Spider Penuh Skil
BACA >>> Restorasi Sempurna, McLaren F1 Ini Ibarat Baru Keluar dari Kilang

765LT Spider McLaren McLaren 765LT Spider
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda Super-N Diperkenal, Hanya GBP20k (RM106k)!

    10/04/2026
    Auto Terkini

    Denza Z9GT: Shooting-Brake China Kini Di Eropah, Fungsi Crab-Walk, EV dan Hibrid

    10/04/2026
    Nissan Sakura 2026
    Auto Terkini

    EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

    10/04/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    10/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    By Syafie10/04/2026
    Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
    Aksesori

    MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

    By Syafie09/04/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Moto Morini X-CAPE 700 2026
    Roda2

    Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Proton X50 2026 Quartz Black
    Roda4

    Proton X50 2026 Terima Warna Quartz Black, Gantikan Passion Red

    By Shazwan Hisam09/04/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

    By Shazwan Hisam01/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.