Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Mazda MX-5 Miata Edisi Khas yang Serba Eksklusif Sempena Aniversari ke-30
Roda4

Mazda MX-5 Miata Edisi Khas yang Serba Eksklusif Sempena Aniversari ke-30

Han OthmanBy Han Othman11/02/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MAZDA menghasilkan MX-5 Miata edisi terhad sempena meraikan ulang tahun kelahiran kereta sport ikonik itu yang ke-30 sejak kali pertama diperkenalkan kepada umum di Pameran Auto Chicago 1989.

Selepas debut, MX-5 Miata tidak mengambil masa lama untuk menjadi jentera yang dihormati ramai pencinta kereta sport sedunia dengan bersandarkan keseronokan memandu ditawarkan. Ia sebuah model yang ringan, dan dinamik dengan rekabentuk menawan, termasuk memiliki kualiti realibiliti terbaik.

Ini dibuktikan apabila ramai pemilik MX-5 Miata menjadikan kereta sport itu untuk sebagai kenderaan harian. Malah, ada yang menjadikan ia sebagai kereta untuk berniaga. Jadi tidak hairan faktor realibel menjadi sebab kenapa Mazda mampu menjual MX-5 lebih sejuta unit seluruh dunia.

BACA >>> Kereta Sport Jadi Kenderaan Berniaga – Mamat Jepun Jual Ubi Manis Guna Mazda MX-5

WARNA EKSKLUSIF

MX-5 Miata edisi khas ini tampil berbeza dengan model standard menerusi warna baharu eksklusif dipanggil Racing Orange dan rim aluminium tempa Rays 17 inci. Lencana khas dengan nombor siri turut memberikan nilai istimewa buat model ini. Brek kaliper turut dijinggakan.

Peliknya, Mazda menggunakan unit brek berbeza untuk model ini, iaitu Brembo di depan dan Nissin di belakang. Transmisi manual dilengkapkan bersama damper Bilstein dan kerusi Recaro khas. Transmisi automatik turut ditawarkan kepada mereka yang terlupa tentang bagaimana memandu dengan tiga pedal.

Di dalam, model ini diberikan sistem bunyi premium Bose yang disokong ciri konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto. Bagaimanapun, tiada apa yang baharu di sebalik bonet. MX-5 Miata ini kekal dijana enjin natural aspirasi (NA) 4-silinder 2.0L berkuasa 181hp, dan tork 204Nm.

Sempena aniversari ke-30 tahun, cuma 3,000 unit Mx-5 dihasilkan, dan 300 unit dikhaskan untuk Amerika. Pembeli boleh memilih antara gaya badan bumbung keras atau konvertibel.

BACA >>> #PanduUji: Mazda MX-5 Si Pencuri Hati

Harga pula AS$35,915 (RM146,192), termasuk fi penghantaran AS$920 (RM3,744) untuk negeri-negeri dalam AS. Tempahan boleh dibuat secara atas talian.

GALERI
Kereta Sport mazda Mazda MX-5 Aniversari ke-30 Mazda MX-5 Miata Mazda USA Roda4
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Honda N-BOX 2026 – Wajah N-BOX Custom lebih garang!

19/06/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

#KLIMS2026: Zeekr 009 Grand – MPV EV Ultra Mewah, Harga Anggaran RM600K

18/06/2026
Roda4

#KLIMS2026: Honda Prelude Baharu Akhirnya Di Malaysia – Casis Type R, Harga RM278,000

18/06/2026
Auto Terkini

Audi A6 allroad 2027, Wagon Versi Lasak Untuk Pelbagai Permukaan Jalan

17/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

By Syafie19/06/2026
Auto Terkini

Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

By Abang Hirata16/06/2026
Auto Terkini

Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

By Syafie15/06/2026
PHEV

#KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

By Syafie12/06/2026
Roda2

#MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

By Syafie09/06/2026
Roda2

Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

By Abang Hirata18/06/2026
Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
Roda2

#MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

By Syafie09/06/2026
Roda4

#KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

By Syafie15/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.