Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Mazda MX-30 e-SkyActiv R-EV (2023) Mula Keluar, Enjin Rotari Pertama Sejak 2012!
Roda4

Mazda MX-30 e-SkyActiv R-EV (2023) Mula Keluar, Enjin Rotari Pertama Sejak 2012!

Abang HirataBy Abang Hirata18/07/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TARIKH 22 Jun lalu mencatatkan sejarah buat Mazda yang memulakan pengeluaran skala besar MX-30 e-SKYACTIV R-EV (2023) pasaran Eropah di Kilang Ujina No 1 di bandar raya Hiroshima, Jepun.

Mazda MX-30 e-SkyActiv R-EV (2023) menggunakan enjin rotari dan pengeluaran skala besar pertama sejak Mazda RX-8 ditamatkan pada Jun 2012.

Teknologi enjin rotari memang sinonim dengan Mazda dan pengeluar itu sudah mengeluarkkan lebih 1.99 juta unit kenderaan bernadikan enjin tersebut.

Mazda MX-30 diperkenal pada 2020 sebagai kenderaan elektrik bateri (BEV) massa pertama Mazda, manakala Mazda MX-30 e-SkyActiv R-EV (2023) menyusul pada Januari 2023 dengan trenkuasa hibrid plug-in (PHEV) unik.

Enjin rotari 830cc dengan rotor tunggal sebagai generator pembekal kuasa kepada motor elektrik yang memacu roda. Dalam mod EV, kereta ini boleh dipandu sejauh 85km.

Selain itu, selari tema alam sekitar, Mazda MX-30 menggunakan gabus dan fabrik kitar semula, serta turut mengambil beberapa langkah bagi mengurangkan impak alam sekitar dalam proses pengeluaran model berkenaan.

Proses Cat Pelbagai Tona Warna – Inisiatif Jimat Tenaga

Mazda MX-30 ditawarkan dalam pilihan dua atau tiga tona. Dalam proses mengecat, Mazda memperkenalkan penyembur cat tepat pada bahagian yang perlu dibuat berasingan.

Teknologi pengecatan itu mengurangkan kehilangan cat dengan kawalan tepat milimeter demi milimeter antara jarak muncung penyembur dan permukaan badan.

Proses pengeringan pula Mazda menggunakan cat baharu yang boleh mengeras pada suhu sekitar 80ºC berbanding memanaskannya sehingga 140 darjah selsius.

Proses tersebut mengurangkan penggunaan tenaga secara signifikan berbanding proses mengecat pelbagai tona biasa dan turut mengurangkan pelepasan karbon dioksida (CO2)sekitar 34 peratus hingga 37 peratus (tahunan).

Langkah mengurangkan CO2 dan kompaun organik sudah lama dilakukan, misalnya Sistem Cat Basah Tiga Lapis diperkenalkan pada 2002 dan Sistem Cat Teknologi Akua (2009) yang digunakan pada Mazda MX-30.

Sistem Tenaga Solar

Sistem tenaga solar di Kilang Mazda Hiroshima yang mula beroperasi Julai 2021 mempunyai output 1.1MW. Tenaga yang dihasilkan diguna untuk mengecas model EV MX-30 dan SkyActiv R-EV. Sistem itu juga membekalkan elektrik ke kilang.

Tiga Varian, Harga Mula £31,250

Di Britain, Mazda MX-30 SkyActiv R-EV (2023) ditawarkan dalam varian Prime-Lime, Exclusive-Line, Makoto dan Edition R (400 unit sahaja).

Harga pula bermula £31,250 (RM186,381) dan £37,950 (RM226,350) untuk varian terhad Edition R.

BACA >>> Enjin Rotari Kembali Lagi untuk Mazda MX-30 e-SkyActiv R-EV Berkuasa 168hp, Tork 260Nm
BACA >>> Sistem KPC Buat Mazda MX-5 Miata Sedap Layan ‘Corner’!
BACA >>> Mazda MX-30 e-SkyActiv R-EV (2023) Menang Anugerah Inovasi TopGear.com!
BACA >>> Mazda6 20th Anniversary Edition (2023) Tampil Elegan dengan Warna Merah Spesial!

Teknologi SKYACTIV R-EV
Mazda MX-30 e-SKYACTIV R-EV
Auto Terkini Kenderaan Pelbagai Guna (SUV) mazda Mazda MX-30 Mazda MX-30 e-Skyactiv R-EV Mazda MX-30 e-SkyActiv R-EV (2023) Roda4 SUV EV SUV PHEV
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Wanita jatuh platform stesen LRT Abdullah Hukum
    Auto Terkini

    Jatuh Landasan Tren Sebab Ralit Main Telefon? Ini Penjelasan Insiden LRT Abdullah Hukum

    04/04/2026
    Volkswagen Atlas 2027 | NYIAS 2026
    Roda4

    #NYIAS2026: Volkswagen Atlas 2027 Serba Baharu Lancar di Amerika

    05/04/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    03/04/2026
    BSH memang hadiah utama MMOTY 2026
    Auto Terkini

    BSH Dominasi Anugerah Allianz – Bikes Republic MMOTY 2026, Umum Peluas Rangkaian BigWing di Utara

    03/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Ron95
    Auto Terkini

    Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

    By Syafie31/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Kenderaan Elektrik (EV)

    SUV EV Toyota Urban Cruiser 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM197,480

    By Syafie05/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.