Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Mazda CX-5 (2017) Serba Baharu CKD Dilancarkan, Harga Bermula RM134k, Varian Diesel Paling Premium
Roda4

Mazda CX-5 (2017) Serba Baharu CKD Dilancarkan, Harga Bermula RM134k, Varian Diesel Paling Premium

Han OthmanBy Han Othman28/09/20173 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MAZDA CX-5 serba baharu selamat dilancarkan sebentar tadi di kilang pemasangan Inokom dekat Kulim, Kedah dengan semua varian dihasilkan secara pemasangan tempatan (CKD). Lebih istimewa, Mazda kali ini dengan berani mempertaruhkan model diesel sebagai varian paling premium yang dilengkapkan dengan ciri keselamatan aktif lengkap.

Ada lima varian ditampilkan, iaitu tiga varian petrol, dan dua varian diesel. Berikut perincian varian, termasuk harga:

  • 2.0L GL SKYACTIV-G (petrol) – RM134,605.50
  • 2.0L GLS SKYACTIV-G (petrol) – RM148,650.50
  • 2.5L GLS SKYACTIV-G (petrol) – RM160,996.70
  • 2.2 GLS SKYACTIV-D 2WD (diesel) – RM164,579.10
  • 2.2L GLS SKYACTIV-D AWD (diesel) – RM175,179.10

CX-5  paling premium menampilkan sistem pacuan semua roda (AWD) dan ciri keselamatan termaju lengkap seperti Lampu Utama Adaptif (ALH), Pemantaun Titik Buta (BSM), Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA), Sistem Amaran Tukar Lorong (LDWS), Sistem Bantuan Kekal Lorong (LAS), Amaran Perhatian Pemandu (DAA) dan Sokongan Brek Bandar Pintar (SCBS) pada roda depan dan belakang.

Dimensi panjang keseluruhan generasi kedua Mazda CX-5 ini ialah 4,550mm, lebar (1,840mm), dan tinggi (1,675mm) dengan pertambahan 20mm, manakala jarak roda kekal sama 2,700mm. Jarak kelegaan tanah pula 185mm dan berat SUV mencecah 1,572kg.

KEMASAN KAYU DAN GAN METALIK


Ruang kabin menggunakan kemasan kayu dan metal dengan warna gan metalik pada papan pemuka. Kluster instrumen dilengkapi skrin warna LCD TFT 4.6-inci berserta sambungan Bluetoooth. Malah, CX-5 serba baharu ini turut dibekalkan 4 port USB. Varian petrol menawarkan mod pemanduan Sport yang tiada pada model diesel.

Selain Malaysia, SUV saiz pertengahan versi CKD ini juga akan dihantar ke pasaran negara Asean lain  seperti Filipina, Thailand dan Indonesia dengan kapasiti pengeluaran tahunan sebanyak 20,000 unit. Mazda menjanjikan kualiti yang sama seperti model yang dipasang di Jepun menerusi pemantauan dan pemeriksaan ketat.

Nantikan perincian lengkap kami dalam artikel susulan selepas ini.

Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) kilang Inokom mazda Mazda CX-5 2017 Roda4 SUV
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

21/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

20/07/2026
Volkswagen ID. Cross 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km dengan Harga Munasabah

21/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

20/07/2026

3 Comments

  1. Mohd Aswad bin Mohd Razi on 29/09/2017 18:05

    Mmg nampak premium

    Reply
  2. Halim on 29/09/2017 23:59

    Need test drive

    Reply
  3. Earl on 30/09/2017 21:09

    Love it..

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.