Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Masalah Lampu DRL: Ducati Panggil Balik Panigale V2 Keluaran 2020-2023
Auto Terkini

Masalah Lampu DRL: Ducati Panggil Balik Panigale V2 Keluaran 2020-2023

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju11/07/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DUCATI Amerika Utara mengeluarkan notis panggil balik semua unit Panigale V2 keluaran 2020-2023 disebabkan masalah perisian yang boleh mengaktifkan lampu siang (DRL) ketika menunggang malam.

Jika berlaku, lampu utama mungkin menghasilkan kadar pencahayaan tidak mencukupi untuk penunggang melihat jalan dengan jelas hingga boleh mengundang risiko terbabas.

Ducati Amerika Utara menganggarkan 3,315 unit atau 5 peratus daripada jumlah pengeluaran terlibat isu tersebut.

Unit motosikal terjejas ialah model dihasilkan antara 4 Disember 2019 dan 23 Mei 2023, membabitkat motosikal dengan nombor casis ZDMHAATW0LB000230 hingga ZDMHAATWXPB012777 (secara rawak).

Masalah itu diketahui selepas beberapa pemilik mengadu masalahan tersebut kepada Ducati sebelum dirujuk kepada agensi keselamatan Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Lebuh Raya Kebangsaan (NHTSA) di Amerika Syarikat (AS).

Masalah itu turut dilaporkan menimpa produk di beberapa pasaran utama seperti China, Sepanyol, Jepun dan AS. Antara aduan pengguna ialah latar cahaya panel meter dalam mod automatik kadangkala bertukar kepada mod siang pada malam tanpa sebarang sebab.

Selepas pemeriksaan, Ducati mendapati ada masalah kalibrasi fotodiod panel meter yang turut mengawal latar cahaya meter dan DRL.

Jika berlaku, Ducati menasihatkan penunggang membuat penukaran secara manual dengan mengaktifkan lampu rendah dengan menekan suis sebelah hendal kiri ketika menunggang malam, dan berkunjung ke pengedar rasmi terdekat untuk servis panggilan balik.

Ducati akan memasang perisian diperbaharui untuk semua model terjejas secara percuma dan tiada penggantian komponen dibuat.

SUMBER: RideApart

Auto Terkini Ducati North America (Ducati Amerika Utara) Ducati Panigale V2 Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Lebuh Raya Kebangsaan (NHTSA) Recall Ducati roda2
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda Batal 3 EV, Bos Besar Potong Imbuhan!

    14/03/2026
    Jetour T2 2026
    Roda4

    SUV Kompak, Jetour T2 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM156,800!

    14/03/2026
    Sukan Permotoran

    Kejuaraan e-Sukan Porsche Malaysia, PESCM 2026 Buka Pendaftaran!

    14/03/2026
    Auto Terkini

    Ferrari Amalfi Spider Versi Bumbung Boleh Buka Tampil Anggun!

    13/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Aveta Bellagio 125
    Roda2

    Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

    By Syafie05/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

    By Han Othman08/03/20261
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.