Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Masalah Banjir, Suspensi Elektronik ZF untuk Motosikal BMW Dijangka Lewat
Auto Terkini

Masalah Banjir, Suspensi Elektronik ZF untuk Motosikal BMW Dijangka Lewat

WahidBy Wahid24/09/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KELEWATAN bekalan sudah jadi normal sejak tahun lalu dan tahun ini disebabkan penangguhan rantaian bekalan selepas dunia berdepan krisis Covid-19.

Sebelum itu bekalan mikrocip terjejas hingga menyebabkan banyak pengeluaran motosikal dan kereta tertangguh.

Pada 12-15 Julai lalu pula, hujan lebat berterusan menyebabkan banjir buruk melanda bahagian barat beberapa negara Eropah seperti Jerman, Austria, Belgium, Perancis, Itali, Croatia, Republik Czech, Luxemborg, Belanda, Romania, Switzerland, dan Britain.

BACA >>> #ApaNakBuat: Bagaimanakah Mengesan Kereta Pernah Tenggelam Banjir?

Daerah Ahrweiler di Jerman dilanda banjir besar hingga meragut nyawa ramai penduduk, dan ramai dilaporkan hilang sejak Ogos lalu. Banjir itu adalah paling buruk pernah melanda Ahrweiler sejak 1910 yang mengakibatkan kematian 2,000 orang. Bandar paling teruk dilanda bencana alam tersebut ialah Bad-Neuenahr-Ahrweiler melibatkan banyak kediaman dan premis bangunan yang mengalami kerosakan teruk.

Bandar tersebut ialah lokasi terletak kilang ZF yang menghasilkan suspensi elektronik ESA (Electronic Suspension Adjustment) untuk BMW Motorrad. Kilang tersebut menggajikan 280 pekerja yang menghasilkan bahagian suspensi itu secara pembuatan tangan. (bahagian suspensi disambungkan dan dilengkapkan menggunakan tangan). Penggunaan mesin hanya untuk menghasilkan komponen suspensi berasingan.

Kilang tersebut dilaporkan sudah memulakan semula pengeluaran, dan dijangka mengambil masa beberapa bulan sebelum mencapai tahap pengeluaran seperti sebelum berlaku bencana.

BACA >>> Mangsa Banjir Titi Hayun Boleh Ganti Dokumen Lesen, Geran Percuma di JPJ

Suspensi ESA digunakan model BMW popular seperti M1000RR, S1000XR, R1250GS/GS Adventure, R1250RT dan lain-lain lagi sebagai opsyen tambahan. Jadi, bekalan suspensi ESA untuk model tersebut mungkin terjejas.

Pihak berkuasa Jerman berpendapat pihak berkuasa di daerah tersebut tidak mengeluarkan amaran jelas yang mana amaran diuarkan terlalu lambat kepada penduduk bandar Bad-Neuenahr-Ahrweiler. Padahnya, mereka tidak cukup masa untuk melarikan diri.

Pihak berkuasa daerah Ahrweiler kini disiasat di bawah tuduhan menyebabkan kematian akibat kecuaian.

BACA >>>> #ApaNakBuat: Lakukan 9 Tip Ini Jika Kereta Tenggelam Banjir

SUMBER: DeutscheWelle

Auto Terkini Bad-Neuenahr-Ahrweiler Banjir Jerman Bencana Alam BMW Masalah Masalah Banjir Suspensi ESA
Wahid

    Artikel Berkaitan

    Harga EV CBU tidak lagi murah mula 1 Julai 2026
    Auto Terkini

    Selepas 1 Julai, Lupakan EV Import Murah, Harga Dijangka Bermula RM300,000

    29/06/2026
    LRT3 Laluan Shah Alam
    Auto Terkini

    LRT3 Laluan Shah Alam Mula Operasi Hari Ini, Tambang Sebulan Percuma hingga 31 Julai

    29/06/2026
    F1 2026 | GP RedBull Ring
    Formula Satu

    #F12026: Russell Menang GP Austria, Rampas Semula Ranking Kedua Juara Dunia

    29/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    Protected: Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

    28/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.