Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Masa Menunggu Sempadan Johor-Singapura Kini Kurang 2 Jam
Auto Terkini

Masa Menunggu Sempadan Johor-Singapura Kini Kurang 2 Jam

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize17/07/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KERJASAMA berterusan antara Kerajaan Malaysia dan Singapura berjaya mengurangkan masa kesesakan lalu lintas di Tambak dan Laluan Kedua sekurang-kurangnya dua jam, kata Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Beliau berkata, ini dilakukan melalui perbincangan dan perbincangan berterusan melibatkan agensi Kerajaan di kedua-dua negara bagi menyelesaikan masalah trafik berpanjangan dihadapi kira-kira 450,000 pengguna harian di kedua-dua lintasan sempadan.

Ada kira-kira 300,000 penumpang yang perlu bangun seawal jam 4 pagi ke Singapura untuk bekerja melalui Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) setiap hari.

Dengan kerjasama berterusan semua pihak terlibat, beliau yakin dapat membantu mengurangkan masa kesesakan lalu lintas sekurang-kurangnya sejam lagi menjelang akhir tahun ini.

Sebelum ini ada yang ambil masa empat jam untuk masuk ke sini, sedangkan Tambak Johor itu tidak sampai satu kilometer, betapa dekat Johor dengan Singapura.

“Tetapi, dengan kerjasama ini kita dapat membantu menyuraikan kenderaan lebih baik dan efektif serta sedikit sebanyak membantu mengurangkan masa kesesakan di BSI dan KSAB sekurang-kurangnya dua jam sehari. Malah, akhir tahun ini, kita harap dapat kurangkan lagi mungkin satu jam,” katanya.

Onn Hafiz bulan lalu berkata, semua isu melanda CIQ di BSI dan Kompleks Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Iskandar Puteri, dijangka dapat dikurangkan akhir September ini.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri juga terus komited menambah baik kesalinghubungan Johor, terutama menambah baik perkhidmatan dua kompleks CIQ itu kerana Tambak Johor-Singapura adalah antara lintasan sempadan paling sibuk dunia.

BACA >>> Kerajaan Akan Naik Taraf Laluan Motosikal CIQ BSI untuk Atasi Kesesakan
BACA >>> Kerajaan Johor Akan Bina Parkir Motosikal Tambahan Sebelum Masuk Singapura

SUMBER: The Star

Auto Terkini Bangunan Sultan Iskandar (BSI) Datuk Onn Hafiz Ghazi Imigresen dan Kuarantin (CIQ) kesesakan Kompleks Kastam MB Johor Sempadan Johor-Singapura Tambak Johor waktu mengunggu
Sharil Tarmize

    Artikel Berkaitan

    Perdana Menteri DS Anwar Ibrahim, turunkan harga RON95 1.99 seliter mula 30 September ini.
    Auto Terkini

    MOF: Salah Guna Subsidi BUDI95, MyKad Individu Terlibat Disekat

    24/03/2026
    PMX umum turun harga petrol RON95 RM1.99 seliter
    Auto Terkini

    Subsidi Bahan Api Melonjak RM3.2 Bilion Susulan Krisis Minyak Global

    24/03/2026
    Auto Terkini

    Semua Stesen Minyak di Bangladesh Mungkin Tutup Sepenuhnya

    24/03/2026
    Petrol RON97
    Auto Terkini

    Lebih 400 Stesen Minyak di Filipina Ditutup Susulan Kenaikan Harga Bahan Api

    24/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tol
    Auto Terkini

    Diskaun Tol 50 Peratus Sempena Aidilfitri 2026!

    By Shazwan Hisam18/03/2026
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    QJMotor AX200s recall
    Auto Terkini

    Isu Mufler Retak: QJMotor Malaysia Panggil Balik Skuter AX200s

    By Shazwan Hisam17/03/2026
    Veteran ATM bakal dapat lesen bawa kenderaan berat.
    Trak dan Lori

    Kerajaan Bakal Perkenal Program Lesen Kenderaan Berat untuk Veteran ATM

    By Shazwan Hisam18/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.