Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#MAS2024: Nissan Perkenal Teknologi e-POWER Sebagai Mobiliti Elektrik Baharu di Malaysia
Auto Terkini

#MAS2024: Nissan Perkenal Teknologi e-POWER Sebagai Mobiliti Elektrik Baharu di Malaysia

SyafieBy Syafie24/05/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


EDARAN Tan Chong Motor (ETCM) mengambil langkah proaktif dalam meningkatkan mobiliti kenderaan elektrik dengan memperkenalkan teknologi e-POWER di Malaysia Autoshow 2024.

Sistem pemacu e-POWER ialah teknologi unik Nissan yang menggabungkan enjin petrol dan bateri litium-ion untuk menjana motor elektrik lalu bertindak seperti kenderaan elektrik (EV) dengan memberikan kecepatan tork, tetapi mempunyai emisi ekzos dan kos operasi lebih rendah.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ETCM, Khoo Cheng Pah berkata;

Kenderaan elektrik bateri (BEV) sudah pasti akan menarik perhatian pengguna, tetapi ada halangan dalam pengambilan besar-besaran.

“Sebagai jenama automotif pertama mengeluarkan kenderaan elektrik besar-besaran, Nissan LEAF yang diperkenalkan ETCM pada 2013, kami bersedia memulakan satu langkah lain dalam memperkasa elektrifikasi mobiliti untuk rakyat Malaysia melalui e-POWER.

“Kenderaan Nissan yang dikuasakan e-POWER mengekalkan kedudukan sebagai antara kenderaan terlaris di Jepun dengan pemanduan mengujakan, kecekapan dan tanpa kelemahan daripada pemilikan EV.

“Kami optimis rakyat Malaysia akan mencapai kesimpulan sama apabila kami melancarkan e-POWER pertama kami pada penggal kedua tahun ini.”

Perbandingan Nissan e-POWER dengan Sistem Pacuan Lain?

Sistem hibrid menghasilkan pacuan roda secara langsung daripada enjin, manakala sistem kawalan e-POWER melaraskan enjin secara bebas berdasarkan faktor kelajuan kenderaan, kondisi jalan, tahap pecutan, dan tahap pengecasan bateri yang menawarkan pemanduan lebih senyap berbanding hibrid.

Sama seperti EV, Nissan e-POWER menyediakan kawalan pemanduan satu pedal. Operasi pedal brek mampu dikurangkan 70 peratus melalui brek regeneratif untuk memperlahankan kenderaan, termasuk mengecas semula bateri.

Trenkuasa pemacu elektrik Nissan e-POWER mendapat pengiktirafan Teknologi Terbaik (Technology of the Year) pada Persidangan Penyelidik dan Jurnalis Automotif Jepun (Automotive Researchers & Journalists’ Conference of Japan, RJC) 2021.

Auto Terkini Edaran Tan Chong Motor (ETCM) Enjin Nissan e-POWER Malaysia Autoshow (MAS) 2024 Nissan
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Suzuki meterai MoU FLUX |
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny Diskaun 69 Peratus Sempena Merdeka

    28/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.