Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Martin Hadiahkan Kemenangan Pertama Buat Pramac Ducati di Austria
Auto Terkini

Martin Hadiahkan Kemenangan Pertama Buat Pramac Ducati di Austria

AryonBy Aryon09/08/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JORGE Martin meraih kemenangan pertama buat Pramac Ducati musim ini selepas hampir 20 tahun bersaing dalam Kejuaraan Dunia MotoGP 2021 di GP Styrian, Austria, semalam.

Rookie Sepanyol itu semakin menyerlahkan masa depannya sebagai bintang baharu MotoGP dengan beraksi cemerlang dengan mengetepikan ramai pelumba lain yang lebih berpengalaman.

Apa menakjubkan, kemenangan di litar Red Bull Ring itu diraih Martin dalam aksi ke-10 dilakukan dalam karier MotoGP yang pastinya cukup menggembirakan Pramac Ducati yang bersaing sebagai pasukan satelit Ducati sejak 2002, tetapi tidak pernah meraih sebarang podium.

Dalam aksi semalam, Martin bermula di petak depan (pole) yang juga kali kedua diperoleh sepanjang kariernya tetapi diatasi Jack Miller sebelum dipintasnya semula di Turn3 pada lap 3 sebelum dapat mendahului pelumba lain hingga tamat perlumbaan.

Bagaimanapun, dia perlu bersaing sengit dengan pelumba Suzuki Ecstar, Joan Mir selaku juara bertahan MotoGP 2020. Ini juga kemenangan pertama Martin selepas meraih 24 podium yang menyamai apa dilkukan Miguel Oliveira untuk Tech3 yang memberikan kemenangan pertama selepas 21 tahun mencuba.

BACA >>> Martin Selamat Bedah, Terlepas Dua Pusingan MotoGP
BACA >>> Pramac Racing Kekal Bersama Ducati Hingga 2024

Perlumbaan semalam terpaksa bermula dua kali selepas terhenti lama berikuta kemalangan tragis menimpa Lorenzo Savadori dan Dani Pedrosa, yang memaksa Savadori menarik diri daripada berlumba.

Martin dan Mir terut dominan sepanjang perlumbaan hingga jauh meninggalkan pelumba lain di belakang seperti Fabio Quartararo di tempat ketiga.

Aksi juga dramatik apabila pelumba KTM, Brad Binder berjaya membolot tempat keempat selepas melepasi Johann Zarco (Pramac Ducati), 6, dan Takaaki Nakagami (LCR Honda), 5, di lap akhir.

Marc Marquez mengekalkan momentum untuk berada di bawah kelompok 10 terbaik apala mendapat tempat ke-8 di belakang Alex Rins (7), manakala tempat ke-9 dan ke-10, dilengkapkan Alex Marquez (LCR Honda) dan Pedrosa sebagai pelumba KTM.

Veteran Valentino Rossi yang mengumumkan persaraannya hujung musim ini menamatkan saingan di tempat ke-13 di atas adiknya Luca Marini.

Dalam perkembangan lain, pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah gagal menamatkan saingan Moto2, dan begitu juga rakan pasukannya Barry Baltus.

BACA >>> Rossi Sah Bersara!
BACA >>> Tentang Rossi: Quartararo, Vinales dan Crutchlow Beri Pandangan

MOTOGP STYRIAN, AUSTRIA

  1. Jorge Martin SPA Pramac Ducati (GP21)* 38m 7.879s
  2. Joan Mir SPA Suzuki Ecstar (GSX-RR) +1.548s
  3. Fabio Quartararo FRA Monster Yamaha (YZR-M1) +9.632s
  4. Brad Binder RSA Red Bull KTM (RC16) +12.771s
  5. Takaaki Nakagami JPN LCR Honda (RC213V) +12.923s
  6. Johann Zarco FRA Pramac Ducati (GP21) +13.031s
  7. Alex Rins SPA Suzuki Ecstar (GSX-RR) +14.839s
  8. Marc Marquez SPA Repsol Honda (RC213V) +17.953s
  9. Alex Marquez SPA LCR Honda (RC213V) +19.059s
  10. Dani Pedrosa SPA Red Bull KTM (RC16) +19.389s
  11. Francesco Bagnaia ITA Ducati Team (GP21) +21.667s
  12. Enea Bastianini ITA Avintia Ducati (GP19)* +25.267s
  13. Valentino Rossi ITA Petronas Yamaha (YZR-M1) +26.282s
  14. Luca Marini ITA Sky VR46 Avintia Ducati (GP19)* +27.492s
  15. Iker Lecuona SPA KTM Tech3 (RC16) +31.076s
  16. Pol Espargaro SPA Repsol Honda (RC213V) +31.150s
  17. Cal Crutchlow GBR Petronas Yamaha (YZR-M1) +40.408s
  18. Danilo Petrucci ITA KTM Tech3 (RC16) +48.114s
  19. Maverick Viñales SPA Monster Yamaha (YZR-M1) +63.149s
  • Jack Miller AUS Ducati Team (GP21) DNF
  • Miguel Oliveira POR Red Bull KTM (RC16) DNF
  • Aleix Espargaro SPA Aprilia Gresini (RS-GP) DNF
  • Lorenzo Savadori ITA Aprilia Gresini (RS-GP)* DNS
Auto Terkini GP Styrian jorge martin MotoGP Pramac Ducati Red Bull Ring
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Mazda Roadster (MX-6) 2027 Untuk Jepun, Dapat Edisi Khas PS Baharu

    27/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    26/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

    26/06/2026
    Marc Marquez menang MotoGP Hungary 2025
    MotoGP

    #MotoGP2026: Marc Marquez Sambung Kontrak Dua Tahun Lagi Bersama Ducati

    26/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

    By Syafie23/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.