Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Marquez: Tidak Berlumba Keputusan Terbaik
Auto Terkini

Marquez: Tidak Berlumba Keputusan Terbaik

AryonBy Aryon21/03/2022
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MARC Marquez terpaksa menarik diri daripada aksi pusiangan kedua Kejuaraan Dunia MotoGP 2022 di Litar Mandalika, Indonesia kerana mengalami kecederaan akibat terjatuh dalam kemalangan yang dianggap antara terburuk pernah dialaminya.

Selepas menunjukkan prestasi memberangsangkan dalam ujian pramusim di litar sama Februari lalu, Marquez bergelut dengan isu tayar belakang Michelin. Pelumba Sepanyol itu sudah terjatuh tiga kali sepanjang sesi latihan dan kelayakan yang meletakkan beliau di petak grid ke-14.

BACA >>> Trek Basah Bantu Julang Oliveira Juara Pertama Litar Mandalika!

A seriously big crash for @marcmarquez93 today

A testament to how good modern protective gear is, we’re incredibly happy to see and hear that he’s OK! See you in Argentina, Marc! 💪#IndonesianGP 🇮🇩 pic.twitter.com/GKAaOAFauw

— MotoGP™🏁 (@MotoGP) March 20, 2022

Namun kemalangan pada sesi pemanasan (warm-up) sebelah pagi padas kelajuan hampir 200kmj nyata mengejutkan ramai  pemerhati. Ketika memasuki selekoh kanan pantas 5-6-7, belakang jenteranya tergelincir dan membidas hingga menyebabkan beliau terpelanting ke udara dan mendarat keras atas trek serta hampir dilanggar motosikal sendiri.

Bagaimanapun, Marquez dilihat masih mampu bangun, berdiri dan berjalan perlahan. Pelumba berusia 29 tahun itu kemudian dibawa ke pusat perubatan sebelum dipindahkan ke hospital tempatan untuk pemeriksaan lanjut.

Apa boleh aku cakap. Ini bukan hari minggu kami. Kami bergelut dan ada masalah sejak mula. Ia kemalangan besar dalam sesi pemanasan pagi, mungkin antara terburuk pernah aku hadapi.

“Aku pergi hospital tempatan dan walaupun tiada masalah serius, aku buat keputusan tak sepatutnya berlumba. Sudah tentu memalukan, tapi inilah keputusan terbaik.”

Sementara itu, bos Repsol Honda, Alberto Puig berkata;

Ia kemalangan besar, konkusi besar pada kepala, biasanya kemalangan jenis ini kau perlukan masa untuk pulih. Bukan idea yang sangat baik untuk hantar dia berlumba. Jadi kami semua putuskan perkara terbaik dilakukan adalah tidak menyertai Grand Prix dan cuba untuk pulih dan lihat perkembangan (kondisi fizikal) dalam masa 12-24 jam berikut.”

“Tiada kesakitan, tapi dia dah hadap tiga kemalangan kuat hujung minggu ini dan  salah satu sangat teruk. Jadi, bukan kerana dia alami kecederaan patah, tetapi ia sangat tidak selesa apabila kepala kau kena impak, kau kena lebih hati-hati berbanding tulang.”

Pusingan ketiga MotoGP 2022 dijadualkan berlangsung di Termas de Rio Hondo, Argentina, pada 3 April ini.

BACA >>> Bastianini Juara GP Qatar, Marquez Menyerlah, Quartararo Semakin ke Belakang!
BACA >>> #TahukahAnda: Ini 6 Fakta Menarik Tentang Sistem Brek Brembo MotoGP 2022

SUMBER: Crash.net

Auto Terkini GP Indonesia GP Mandalika Kejuaraan Dunia MotoGP 2022 Marc Marquez MotoGP 2022 Repsol Honda
Aryon

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Honda CR-V Generasi Ke-6 Kini di Jepun, Lambat Tetapi Lebih Canggih

27/02/2026
Chery taja kejuaraan Piala Lee Chong Wei (LCWC) 2026
Auto Terkini

Chery Taja Kejuaraan Piala Lee Chong Wei 2026, Pentas Cungkil Bakat Muda Badminton

26/02/2026
Auto Terkini

Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan Petros, Tuntutan RM7.95 Juta Petronas Sah

26/02/2026
Volvo EX30 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Volvo EX30 2026 Dapat Nafas Baharu Berkuasa 150ps, Jarak Maksimum 476km

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.