Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Malaysia Autoshow 2019 Buka Pintu 11 April Ini, Jangkaan 350,000 Pengunjung Datang
Auto Terkini

Malaysia Autoshow 2019 Buka Pintu 11 April Ini, Jangkaan 350,000 Pengunjung Datang

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju05/04/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MALAYSIA AutoShow 2019 bakal membuka pintu buat kali kelima bermula 11-14 April ini bertempat di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Serdang, Selangor. Bertemakan ‘Mobiliti Untuk Semua’, pameran automotif ini kekal meneruskan tradisi dengan mempamerkan banyak model kenderaan masa kini dan kepelbagaian teknologi termaju di pasaran.

Tahun ini, sebanyak 32 OEM dan 170 pempamer dari tujuh negara menjadi peserta. Institut Automotif, Robotik dan Iot Malaysia (MARii) menjangka kedatangan seramai 350,000 pengunjung sepanjang empat hari acara  berlangsung.

BACA >>> Tiket Percuma ke Malaysia Autoshow 2019

Malaysia AutoShow 2019 dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:

DEWAN A

Seperti mana tahun sebelumnya, Dewan A menjadi lokasi utama mempamerkan kenderaan terkini di Malaysia, termasuk model cekap tenaga baharu. Lebih 100 kenderaan daripada OEM bakal terlibat, dan tidak ketinggalan, pengunjung akan ditawarkan pakej promosi dan kewangan istimewa menerusi rakan usahasama bank.

DEWAN C

Dewan C akan mempamerkan International Auto Modified (IAM), khas buat penggemar modifikasi, ubah suai dan restorasi tempatan yang boleh dijadikan ilham menerusi pameran gaya hidup modifikasi dan kustom kenderaan.

DEWAN D

Dinamakan Dewan Mobiliti MARii. Sebaik saja melangkah masuk, pengunjung akan berada dalam kembara automotif menerusi gaya, rekabentuk, kejuruteraan dan pembuatan. Pengunjung akan dijelaskan tentang visi sistem mobiliti eko Malaysia. Lebih 25 pempamer mengambil bahagian, terdiri daripada 100 pemain industri automotif, pembekal servis kejuruteraan, Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan agensi Kerajaan akan menayangkan pelbagai teknologi, proses dan gerak kerja, termasuk teknologi baharu seiring Industri 4.0.

BACA >>> Malaysia Autoshow 2019 Kembali Lagi, Janjikan Lebih Keterujaan dan Keseronokan!

Acara tahun ini juga menampilkan ‘Bandar Mobiliti’ dan ‘Arena Aktiviti MARii’ dengan menyediakan aktiviti keluarga seperti robotik, kelas pengekodan dan pertandingan e-Sports. Buat kali pertama, MARii akan berkolaborasi dengan Sabah’s Kinabalu Coders untuk membawakan ‘Kejohanan Robot Combat’.

GALERI
Industri 4.0 Institut Automotif Malaysia Automotive Robotics and IoT Institute (MARii) Malaysia Autoshow 2019 MARii Pameran Auto Robotik dan IoT Malaysia (MARii) Sabah's Kinabalu Coders
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    PMX: Hubungan Baik Agong dan Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

    27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    27/07/2026
    Auto Terkini

    Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

    26/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.