Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Malaysia Kini Ada 4,100 Pusat Pengecas EV!
Auto Terkini

Malaysia Kini Ada 4,100 Pusat Pengecas EV!

SyafieBy Syafie09/09/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Stesen pengecas EV di Malaysia.

MALAYSIA kini mempunyai lebih 4,100 pusat pengecasan kenderaan elektrik (EV) seluruh negara bagi memenuhi permintaan pasaran yang semakin meningkat.

Perkara itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air ketika menyampaikan ucapan pembukaan di Persidangan Antarabangsa Kejuruteraan Kimia dan Tenaga (ICChEE) 2025 di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Malaysia Menuju Hab Mobiliti Hijau

Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Persidangan Antarabangsa Kejuruteraan Kimia dan Tenaga (ICChEE) 2025 di Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Fadillah berkata, pembangunan ekosistem EV adalah sebahagian usaha Kerajaan mengurangkan emisi karbon sektor pengangkutan dalam jangka panjang, selain meletakkan Malaysia sebagai hab serantau mobiliti hijau mampan.

Di bawah tunjang mobiliti hijau, Malaysia giat memperluas ekosistem EV daripada infrastruktur pengecasan di seluruh negara, elektrifikasi armada awam hingga dasar yang menggalakkan pembuatan EV tempatan dan rantaian bekalannya.”

Sasaran Emisi Sifar Bersih 2050

Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR)

Berpandukan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), Malaysia merangka strategi berfasa menuju matlamat Pelepasan Sifar Bersih menjelang 2050.

Berikut enam tunjang utama NETR:

  • Kecekapan tenaga
  • Tenaga boleh baharu (TBB)
  • Biotenaga
  • Hidrogen
  • Mobiliti hijau
  • Pemerangkapan karbon

Perkongsian Tenaga Boleh Baharu 70 Peratus

Persidangan Antarabangsa Kejuruteraan Kimia dan Tenaga (ICChEE) 2025 di Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Bagi menyokong elektrifikasi pengangkutan, Malaysia menetapkan sasaran 70 peratus perkongsian tenaga boleh diperbaharui dalam campuran tenaga menjelang 2050, selain meningkatkan penjimatan kecekapan tenaga negara kepada 22 peratus.

Antara langkah sedang dilaksanakan:

  • Pengubahsuaian bangunan skala besar
  • Piawaian kecekapan lebih ketat untuk peralatan elektrik
  • Penggunaan biodiesel diperluas daripada B10 kepada B20 dalam sektor pengangkutan

Hidrogen Jadi Pemacu Baharu Tenaga Negara

Pelan Hala Tuju Teknologi dan Ekonomi Hidrogen (HETR)

Fadillah turut menekankan peranan Pelan Hala Tuju Teknologi dan Ekonomi Hidrogen (HETR) yang membayangkan Malaysia, sebagai hab hidrogen bersih Asia-Pasifik menjelang pertengahan abad.

Potensi hidrogen di Malaysia:

  • Menjana hasil lebih RM400 bilion
  • Mewujudkan 200,000 peluang pekerjaan baharu
  • Mengurangkan 15 peratus emisi gas rumah hijau menjelang 2050

Antara projek perintis sedang dijalankan adalah pembakaran bersama ammonia di kemudahan TNB yang berjaya mencapai campuran hingga 60 peratus, sekali gus membuktikan bahan api lebih bersih boleh dikembangkan secara selamat.

ICChEE 2025 Platform Peralihan Tenaga

Logo iCChEE 2025

Fadillah menegaskan penganjuran ICChEE 2025 penting sebagai platform kerjasama rentas sektor, penyediaan dasar berpandangan jauh dan galakan inovasi dalam mempercepatkan peralihan tenaga negara.

Dengan kerjasama semua pihak, Malaysia bukan saja memperkukuh daya tahan tenaga domestik, tetapi turut menyumbang dalam perjalanan sifar bersih global.”

Malaysia Serius ke Arah Mobiliti Hijau

Dengan lebih 4,100 pusat pengecas EV, dasar progresif NETR dan fokus kepada hidrogen bersih, Malaysia kini berada di landasan jelas untuk menjadi hab mobiliti hijau serantau.

Usaha tersebut bukan saja memperkukuh ekosistem EV dan industri automotif tempatan, tetapi membuka peluang ekonomi baharu yang mampan untuk masa depan negara.

SUMBER: SinarHarian

Auto Terkini Datuk Seri Fadillah Yusof Kenderaan Elektrik (EV) Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) Persidangan Antarabangsa Kejuruteraan Kimia dan Tenaga (ICChEE) 2025 Pusat Pengecas EV Timbalan Perdana Menteri
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Castrol Edge Roving Truck 2026
    Auto Terkini

    Bukan Sekadar Iklan Digital, Castrol Turun Padang dengan Lori LCD Gergasi ‘Roving Truck’

    22/06/2026
    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    20/06/2026
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    19/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    By Shazwan Hisam18/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.